Engagement Fund ;)

Wednesday, 19 February 2014

Dah Macam Tudung Sekolah

Manusia ni, makin kata 'jangan' makin nak buat kan? Salah seorang manusia tu Tuan Tanah la. Dah kata tak nak beli, beli jugak. Lepas tu duduk termenung mengenangkan perbelanjaan yang dah dibuat. Konon-konon nak cover balik perbelanjaan tahun 2013 yang mencurah-mencurah ke ladang gandum tu, tapi setakat ni belum berapa berjaya. Geleng kepala tengok penyata perbelanjaan tahun 2013. Ish...ish...ish...boros betul mak incik.

Bulan ni bulan borong tudung dan selendang. Konon nak cari yang sedondon dengan baju sekalinya tak sama. Ada pulak, beli sebab kenan dengan kelabuhan dan corak walau tak ada baju warna tu. Yang paling ngok ngek sekali bila beli tudung untuk padankan dengan baju tapi tak padan pun lepas tu baru teringat dah ada tudung yang sepadan dengan baju tu. Apakah? Hahahahampeh!

Minggu lepas nampak iklan satu kedai tudung online. Ada perkataan PROMOSI dalam iklan tu. Haruslah meroyan kejap kan? Tengok harga pun murah tahap gaban; lebih dari separuh ko potongan dia. Mau tak gigil tangan? Hahaha... Laju-laju hantar pesanan nak beli dua helai, warna hitam dan putih. Dua helai terus ye. Tengok, tengok,  belek, belek gambar tudung tu. Tanya, tanya, terus tempah, terus bayar.

Lepas seminggu menanti, akhirnya bungkusan poslaju yang tertera nama Tuan Tanah pun sampai. Terus koyak plastik, terus bentang atas meja gara-gara teruja. Okey, puas hati dengan warna hitam dia sebab memang betul-betul hitam. Sebelum ni pernah beli warna hitam tapi hitam arang; tak berapa nak kena kalau padankan denga  baju hitam. Tapi yang tudung putih tu kan, macam tudung sekolah pulak. Dari segi warnanya dan juga jenis kainnya. Ah, belasahlah. Janji dah ada satu yang warna putih.

No comments: