Engagement Fund ;)

Thursday, 13 February 2014

Dah Mula Tamak

Pejam celik, celik pejam, dah hari Khamis. Setiap minggu, hari yang dinanti-nanti adalah hari Rabu sebab lepas pukul 10.00 pagi je dah tak stress fikir nak masuk kelas membebel depan budak-budak. Tapi stress fikir persediaan untuk kelas seterusnya la pulak. Waktu nilah nak sediakan rancangan mengajar, rancang aktiviti, dan juga menanda tugasan. Patutnya hari ni nak siapkan tanda tugasan semester 1 tapi boleh pulak tertinggal headphone kat rumah. Isshhh, ni pasal layan drama Korea la ni malam tadi, lupa nak masukkan balik dalam beg kerja. Aku tak boleh menanda tugasan tanpa menyangkut headphone atas kepala, serius jadi lembab nak menanda. Takpe, hari ni pelan-pelan kayuh. Esok kena bawak untuk memastikan target tercapai.
Hari ni dah 13 Februari. Lagi 64 hari untuk hari itu tiba. Semalam entah macam mana waktu mengantuk tanda tugasan, gatal tangan pergi cari dan baca maklumat membelah poket di pusat-pusat membeli belah terkenal di Seoul. Lepas baca beberapa pengalaman blogger yang dah ke sana, terus rasa macam kena pasang niat. Dah kenapa nak niat bagai? Niat nak shopping kat sana. Hahaha... Tapi bajet seribu hengget je ni, cukupkah? Nak beli itu, nak beli ini, nak borong yang tu, nak sambar yang ni... Haiyo, memang sah aku ni Farahin. Pantang dengar perkataan 'shopping', 'murah', dan 'berbaloi'. Tanda-tanda tamak telah berlaku nampaknya.
Itu perancangan waktu kat sana tu, sebelum pergi ni pun duit dah mencurah-mencurah ke ladang gandum, garu kepala. Hari tu beria cakap kat Aten tak nak beli backpack sebab nak guna je yang sedia ada dan cadang nak beli kat sana je. Sekali bila masuk Al-Ikhsan yang asalnya nak tengok kasut je, terus hilang ingatan bila nampak backpack warna hijau dengan harga mampu milik. Terus lupa dah niat nak guna yang sedia. Susah juga jadi peminat fanatik warna hijau ni, pantang nampak terus nak sambar. Cet! Mulai hari ni, kena niat betul-betul untuk jangan membazir dan berhenti shopping. Beg tangan Elle yang masuk dalam mimpi tu pun kena lupakan. Kain sari corak terbaru tautan hati juga perlu diketepikan.
Simpan duit untuk shopping di sana nanti. Jangan fikir banyak sangat dan teruskan berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan. Cuma bila baca pengalaman-pengalaman orang lain ni, rasa cuak dan risau tu tetap menjengah di sanubari dan tak boleh untuk tidak memikirkan situasi buruk yang mungkin kami hadapi waktu di sana nanti. Apa yang boleh aku buat sekarang, jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi pada tour guide dan selain berfikir positif, bersedia juga untuk berfikir sebaliknya supaya kalau ada yang tak kena nanti, tidaklah terlalu ralat. Okey, tu je nak cerita.

No comments: