Engagement Fund ;)

Saturday, 22 February 2014

Memenuhi Jemputan Walimah 2013 - Episod 1

Lagi lama tangguh, lagi tak senang duduk dibuatnya, lagi tak rajin nak menaip. Sebab dah lupa-lupa ingat peristiwa yang berlaku pada hari kejadian. Inilah jadinya bila bertangguh. Edit gambar pun asal ada watermark je. Watermark lah sangat kan. Hehehe... Tengok gambar dan penerangan bawah gambar jelah ye. Ini entri ketiga terakhir untuk walimah kawan-kawan tahun lepas. Ada satu untuk walimah bulan Disember dan satu lagi entri walimah crime partner dalam draf. Yang Disember tu kena tunggu gambar masuk dalam laptop dan yang crime partner punya kena buat karangan khas sebab aku ada banyak benda nak bebel cerita. Okey, layannnn...

Kenduri Syafaf - 17 Ogos 2013 (Jenjarom)

Ini kenduri paling kelam kabut sekali sebab pada hari yang sama, anak-anak murid Abah nak datang beraya. Mana nak masak, nak berkemas, nak kondangan lagi. Tapi aku kan gigih, kalau dah nak tu buat sampai jadi. Kenduri ni aku tak ada teman. Gerak dari rumah sorang-sorang tapi paksa tiga orang crime companion ni tunggu sampai aku datang. Siap paksa suruh makan lagi sekali tu. Hahaha... Apapun, terima kasih sebab tunggu aku tau korang. Baju aku pakai tu kali pertama dan terakhir setakat ni sebabnya ia buat aku nampak gemuk kuasa lapan. Stresss!


Kenduri Ain Sarip - 31 Ogos 2013 (Masjid As-Syarif Meru)
 Kami sampai agak lewat sebab apa, aku dah tak ingat. Sebab apa eh Ten? Sampai-sampai je terus masuk dalam dewan, senduk nasi. Lapar sebab dah dekat pukul 3 petang tapi tak makan lagi. Kami disambut oleh seorang sahabat Hamidiah yang juga sepupu Ain iaitu Dila. Kami makan sambil ditemani Dila bercerita itu dan ini. Lama tak jumpa kekdahnya. Kali terakhir jumpa adalah lepas SPM. Nampak lagi kurus pulak makcik ni. Lepas makan, laju-laju kejar pengantin nak ambik gambar sebab pengantin dah nak beredar untuk solat zuhur.
Lepas makan, duduk balik makan kuih dengan kerepek-kerepek pulak. Sebabnya tiba-tiba hujan lebat sampai tak boleh nak redah. Tunggu reda baru beransur. Sebelum balik, bergambar dengan Cik Dila dulu. 


Kenduri Huzaifah & Hani - 2 November 2013 (Bangi Golf Resort)
Kedua-dua mempelai adalah kawan satu sekolah dan pernah sekelas. Waktu Form 1 kot. Lepas tu tak pernah sekelas sebab mereka pandai, mak incik tak berapa nak pandai. Apapun, terima kasih sebab sudi juga jemput. Yang ini majlis belah perempuan, majlis belah lelaki tak dapat pergi sebab aku kena ke Kelantan berkhidmat untuk institut. Ini semua kawan-kawan sekolah yang lama tak jumpa dan juga yang selalu terserempak di kenduri. Alang-alang dah beratur, mari kita naik pelamin sama-sama.

Teman-teman melepak yang sporting

Pengantin yang sama cantik sama padan dan sporting. 


Kenduri Fathiha Arif aka KP A'a - 23 November 2013 (Shah Alam)
 Kenduri yang ini pun aku gerak sendirian dari Banting. Lepas tu jumpa mek Nadya dengan mek Baz kat Masjid Negeri, baru gerak ke dewan. Nadya dengan Baz tak tau jalan, konon nak suruh aku tunjuk jalan la kan, sekali tu salah baca peta daaa... Sesat sikit. Malu mak incik! Yakin je jalan kat depan. Hahaha... Nasib baik jumpa jugak. Kami sampai pun dah lewat. Macam biasa, sampai terus makan. Waktu tengah makan, Zimah pulak datang. Sebab Zimah nak cepat, kelam kabut aku makan semata-mata nak bergambar bersama-sama. Lepas bergambar atas pelamin, Zimah balik tapi kami sambung makan. Hehehe... Ada aiskrim, haruslah ambik satu kon.

Ini kebetulan waktu keluar pengantin nak ke lokasi penggambaran, tahan kejap sambung bergambar.

Terima kasih kawan-kawan sebab sudi menjadikan Tuan Tanah sebahagian daripada watak pada hari bersejarah kalian. Tahniah buat semua pasangan; semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah. Selamat memulakan sebuah kehidupan baru.

No comments: