Engagement Fund ;)

Sunday, 23 February 2014

Niat Murni

Jumaat lepas waktu rehat tengah hari, ikut geng makan ke The Store. Kak Dayah nak tukar barang. Sementara tunggu, berjalan la aku dekat bahagian yang katanya barang dengan harga promosi. Nampak satu bakul baju yang dah lama jadi idaman hati, sejak nampak kat bilik Kak Chik. Tapi cari punya cari, payah nak jumpa. Kak Chik beli kat ikea nun, aku setakat ni tak gigih lagi nak jejak ikea yang sentiasa padat dengan manusia tu. Maka cita-cita dikuburkan. Tak lama lepas tu, ada juga ternampak dalam katalog Cosway tak silap. Pernah juga nampak kat Jusco ke Giant, tapi aku rasa mahal bebenor harga dia. Bila nampak yang ini, macam tertarik tapi terasa macam tak perlu. Kalau ikut peratus, 70% mahu 30% kata tak perlu. Lama aku belek sampai Kak Rin tegur.

Bila ada orang tegur sambil beri pendapat, terus tak ragu-ragu aku pilih yang corak warna hijau. Lagipun tengok tanda harga, promosi RM 19.90 daripada RM 23.90 harga asal. Kira murah la kan. Kalau dia tipu pun aku pasrah je asalkan aku nampak ada beza harga. Hahaha... Terus angkat satu nak bawa ke kaunter. Tapi sebelum tu korek beg dulu tengok ada duit ke tak sebab dalam dompet memang sahih ada 10 hengget je. Nasib baik dalam uncang ajaib ada 50 hengget. Selamat dah aku beli selepas sekian lama berkira-kira nak beli.

Bakul yang ini untuk hempuk baju-baju yang dah siap basuh tapi tak sempat lipat. Murni tak niat mak incik? Takde la bila bukak almari, segumpal baju jatuh. Oi, teruk perangai anak dara ni! Hahaha... Perangai ni tak buat selalu pun, bila terasa penat sampai tak larat je baru buat. Yelah, being the only woman in the house, I've to do everything by myself. Baju sendiri tentulah kena basuh sendiri, campur kain-kain lain lagi, mau tak semput? Terima kasihlah Kak Chik sebab bagi idea hempuk baju ni. Hehehe... Lepas setahun dapat idea, baru nak aplikasi, pun boleh lah....

No comments: