Engagement Fund ;)

Wednesday, 5 February 2014

RTK #3: Jalan-jalan

Sambung balik cerita Road to Kelantan tahun lepas. Bertabahlah ye. Kali ni kejadian pada hari Sabtu pulak. Tengah hari tu lepas habis sokong pasukan ping pong, kami gerak ke Kota Bharu. Tak jauh pun dari tempat kejadian tu. Mula-mula nak betulkan wiper kereta Kak Dayah lepas tu baru pergi Pasar Siti Khadijah. Memang dah macam pelancong betul dah waktu tu, sebab siap berhenti di tempat-tempat yang jual makanan yang tak jumpa kat sini. Kurang kamera muncung gabak je, kalau tak memang dah serupa dah. Hahaha... Aku memang dah cakap awal-awal nak beli keropok cap pinggan, tu yang ke situ.

Dah sampai sana, ada yang nak tengok batik pulak. Dah alang-alang semua pun ada, moh la kita tengok batik dulu. Asalnya Tukang Taip nak beli kaftan batik je sebab kaftan batik buatan Kelantan memang selesa dipakai dan tahan lama. Menjadi seorang aku, ko ingat bertahan ke tengok batik yang cantik berkilau-kilau tu? Daripada nak beli kaftan, terus TERbeli batik sepasang walaupun bajet memang cun-cun je untuk kaftan. Masalah jugak tu sebab kalau dah nak tu, boleh buat semula bajet. Balik dari sana memang garu kepala la bajet lari banyak. Hahaha...
 Semua corak akak kedai ni keluarkan

 Bersungguh dia promosi batik kat kami..nak yang pastel?corak klasik?ada batu?takde batu? semua dia bentang
 Mereka yang terkorban...hahaha

Mereka yang memulakan idea pengorbanan tapi tak terkorban

Yang tak boleh terima tu, orang yang kata nak beli batik tak beli pun. Orang yang tak kata apa-apa pulak yang angkut. Cisss! Tapi kalau tak angkut memang rugi sebab harga dia harga tak boleh diterima akal. Murah weh! Macam mana tau harga tu murah? Aku kan selalu ushar batik online, haruslah aku tahu harga dan trend terkini. Eceh... Kak Dayah yang orang Kelantan pun terjebak sama angkut sampai dua pasang lagi. Cun, ada geng bajet lari. Hehehe... Aku ambik yang tanah hitam, bunga warna koko, ada batu. Memang cantik dan murah. Kedai online jual RM 330 tapi akak ni bagi harga kawan-kawan, dapat RM 210. Mau aku tak meroyan korek duit dalam dompet? Kahkahkah... Nasib baik duit dalam bank yang berkad debit tu tak berapa nak banyak, kalau tak mau kot aku angkut tiga pasang sebab akak ni terima kad. Kelasss!

Nampak keropok yang bersusun tu? Yang tu la aku angkut dua bungkus

Laksa sedap

Lepas beli batik, turun balik nak cari keropok. Abang Faiz awal-awal dah suruh beli satu guni. Keropok biasa satu, keropok sira satu. Nasiblah aku tak tumpang kereta siapa-siapa, tak adalah rasa bersalah sangat angkut keropok sampai dua guni. Murah sangat-sangat beli borong ni. Malangnya aku dah lupa pecahan harganya. Yang aku ingat, aku beli dua guni keropok dan beberapa paket keropok keping yang mentah semuanya RM 67 sahaja. Balik borong keropok, singgah lunch dekat gerai tepi jalan dekat dengan simpang masuk ke KV. Makan laksa yang murah dan banyak dan sedap. Kerja aku kat sana memang makan aje walaupun dalam mulut ada dua biji ulser. Makan tetap makan walau sampai menitis air mata menahan sakit. Hiks.. Petangnya lepas selesai uruskan isu berbangkit, sempat juga meronda pasar malam dekat kawasan UMK. Meriah! Aku tak beli apa-apa pun melainkan makanan. Rambang mata juga tengok makanan macam-macam jenis. Tapi malam tu keluar makan nasi juga. Waktu tulah aku cuba makan belut. Rasa dia bolehlah tahan cuma bila teringat rupa belut, macam tak tertelan jugak.

Hari terakhir iaitu Ahad, kami ke Rantau Panjang. Sebelum tu singgah makan dekat pekan Pasir Mas. Kedai kelapa goncang yang sedap! Kedai dia tersorok, sebelah landasan keretapi tapi ramai orang. Macam-macam menu dia tapi aku segan nak bertukar mode blogger tegar ambik gambar sana sini. Hahaha... Berani ambik gambar makanan je. Sebab menu istimewa dia coconut shake, wajib pesan yang itu. Ada dua pilihan, gelas besar atau kecil. Selaku seorang yang tamak, harus aku order gelas besar dengan bayangan tak adalah besar mana gelasnya. Orang lain order saiz biasa je. Sekali bila order sampai, Encik Wan terus cakap; "Good luck eh Farah." Besar gabak gelas dia, ala-ala saiz jag. Ambik ko! Hahahaha... Kembung perut minum coconut shake tu. Makan pulak, aku order nasi air. Sedap...sedap..sedap...! Bertambah sedap bila rupanya ada orang bayarkan untuk makanan kami tu. Terima kasih Kak Dayah, semoga bertambah murah rezeki.

 Coconut shake saiz besar

 Nasi air

Keropok lekor panas sampai tak boleh terus ngap! Segar dari kuali kekdahnya..

Dalam tengah hari baru gerak ke Rantau Panjang. Tak beli benda pun kat situ sebab macam terkocoh-kocoh jalan nak kejar masa untuk bersedia untuk acara penutup. Ada berkenan satu kaftan tu, tapi tunggu punya tunggu, si penjual pulak tak muncul. Sekian terima kasihlah jawabnya. Aku beli gajus yang bakar tu je sebab Abah suka makan. Takpe, lain kali mesti kena datang lagi. Perjalanan balik, sambung entri lain. Sekian...

No comments: