Engagement Fund ;)

Friday, 28 March 2014

Gila Katanya?

Ha, tajuk gempak. Bosan teramat menanda tugasan budak-budak semester 1 ni, tak habis-habis. Waktu buat soalan, kemain lagi aku kan? Sekarang nak menanda, ambik ko! Oeky, berbalik pada tajuk di atas. Haritu, ada akak kat FB ni letak gambar saki baki cili padi dalam nasi goreng yang dimasak oleh suami beliau. Selaku seorang yang berlidah kebal dan bertekak Jawa, aku pun komen yang berbunyi kurang lebih begini; "Kalau saya, saya kaut semua tu kak." Lagi pedas, lagilah umppph!

Kemudian, selang beberapa hari aku letak status pasal cili jugak. Walaupun air mata dah menjejes, tetap ku kaut cili potong itu. Gitulah lebih kurang. Lepas tu akak tu komen; "Orang Banting memang gila! Hahaha..." Kahkahkah.... Akak tu nak kata kegilaan orang Banting terhadap cili padi dan pedas adalah di tahap gila. Sebab apa? Suami beliau pun orang Banting jugak. Akak, kalau tak pedas saya rasa macam telan apa je. Tak nikmat. Pedas baru sedap! Mohon diberikan suami yang makan pedas juga nanti supaya tak perlu catu cili sewaktu memasak. Belum ada, bolehlah nak memohon bagai kan? Hahaha...

Tapi aku bukan jenis yang suka gigit cili macam gigit timun, nak makan cili mentah pun kena potong-potong dulu, baru layan. Cili yang sesuai dimakan mentah pun ada jenisnya, bukan semua. Biasanya kat kedai kalau minta cili potong dia akan guna cili padi hijau yang kilat tu. Kepedasan cili yang itu boleh diterima lagi, sama juga dengan cili padi kampung. Cili padi kampung ni warna hijau juga biasanya cuma dia macam berkedut sikit. Pedasnya boleh tahan. Dua jenis cili ni sesuai kalau nak buat cili potong sebab pedas dia tak menyengat sampai otak. Gambar bawah ni sendiri tangkap tahu. Beli cili ni semata-mata untuk penggambaran blog. Kau mampu? Hehehe...

Cili padi kampung

Kalau cili padi yang merah macam yang kat bawah ni, boleh nak buat cili potong. Tapi dengan niat nak aniaya orang sebab pedas dia, huiiiii! Menyengat sampai ke otak dan air mata mengalir deras. Sekali je aku dapat cili potong guna cili padi merah ni. Pedas pedas pun, aku kaut juga cuma tak licin la. Kalau masak guna cili yang pun, aku guna sikit je. Itupun dah pedas. Tapi orang Banting tak gila tau, jangan salah cerna pulak ye. 
Cili padi merah

No comments: