Engagement Fund ;)

Saturday, 15 March 2014

Polis Robot

My all-time favourite movie! Bila cerita ni keluar panggung, terus teruja tahap melompat bintang. Tak tipu. Ura-ura cerita ni dari tahun lepas lagi bila nampak Mix.Fm tampal gambar robocop dekat dinding FB diorang. Nampak aje gambar Robocop tu, terus tak sabar tunggu beliau beraksi. Kiranya, inilah hero kegemaran zaman kanak-kanak dulu. Zaman tu mana ada hero dahsyat-dahsyat macam sekarang. Robocop ni dah kira hero paling hebatlah! Tapi satu je tak kenan dengan Robocop versi 2014 ni, rupa robot dia tak begitu menyerlah. Robocop versi lama memang nampak robot dan diperbuat daripada besi; tak macam yang baru ni. Kesan warna hitam menampakkan badan beliau seperti diperbuat dari plastik. Nasib baiklah kesan bunyi dia masih lagi kesan bunyi robot.
Tak nampak macam robot kan?

This one is better...


Aksi dalam filem ni, memang terbaik. Sampai bergegar jantung aku dengar bunyi tembakan punya kuat, punya banyak. Kalau Robocop lama, beliau lebih bersederhana dimana beliau hanya menggunakan kereta peronda polis untuk bergerak ke mana-mana. Robocop baru ni dapat motor sebijik. Cool jugaklah kan bila dia menyelit situ dan mencilok sini untuk kejar penjahat. Hehehe... Selain menonjolkan kehebatan teknologi, filem ni juga menekankan bagaimana perikemanusiaan itu penting sekalipun berhadapan dengan bahaya. Bila robot diusulkan untuk menggantikan manusia dalam organisasi polis, ramai yang membantah kerana robot hanya bertindak mengikut apa yang diprogramkan. Persepsi itu kemudian sedikit demi sedikit berubah bila Robocop muncul. Walaupun dia robot, tapi disebaliknya besi itu ada manusia. Diprogramkan untuk hanya bertindak mengikut arahan tapi akhirnya sensitivi dan emosi seorang manusia berjaya mengembalikan kewarasan beliau.
Robocop Remake dengan motorsikal beliau


Robocop dengan kereta peronda polis

Macam biasa, ada pihak jahat dan ada pihak baik.Kemuncaknya adalah sewaktu Robocop dengan sendiri menyiasat 'kematian' beliau walaupun tidak diprogramkan untuk berbuat demikian. Bila yang sepatutnya melindungi tetapi akhirnya mengkhianati, yang tidak bersalah dikorbankan. Di penghujung cerita, penaung projek berasa terancam bila Robocop tak nak ikut apa yang dia suruh sampai dia nak 'matikan' Robocop. Mujurlah si pencipta ni cepat bertindak dan berjaya menyelamatkan beliau. Si penaung akhirnya ditembak Robocop kerana melanggar perjanjian awal mereka dan aku yakin dan pasti akan ada sambungan sebab dia tak tunjuk pun penaung ni mati. Mungkinkah penaung ni nanti bertukar jadi robot jugak? Mari kita tunggu...

Tungguuuuu...

No comments: