Engagement Fund ;)

Wednesday, 19 March 2014

Sampai 4 Kali

Alhamdulillah,  selesai sudah program rutin institut untuk kali pertama bagi tahun 2014. Kali ni sambutan tetap meriah macam yang dulu-dulu cuma aku tak ada jiwa nak beria melawat setiap booth pameran. Sebelum ni poyo aku pergi tanya soalan pada setiap penjaga booth, siap ambik gambar lagi. Kali ni sekadar di pinggiran saja. Gambar pun tak sampai sepuluh keping kot. Punyalah tak ada jiwa.

Lepas dah pusing dewan, masuk pusat sumber nak tengok aktiviti apa yang ada. Sekalinya ada pemeriksaan kesihatan percuma, haruslah aku jakun nak buat kan. Hahaha... Banyak benda nak kena isi rupanya. Satu borang pemeriksaan, satu borang soal selidik kemurungan, satu lagi borang soal selidik keseluruhan. Daripada berdiri, sampai cari kerusi nak menyiapkan isi borang tu. Alhamdulillah, semua normal kecuali berat badan. Ye, masalah tu memang timbul dari dulu lagi kecuali waktu belajar kat U. Kesimpulannya, kena buang 13 kg untuk berat badan ideal.

Ada juga ujian darah untuk talasemia. Mula-mula memang nak buat terus, sekali waktu aku habis kaunseling, dah ramai yang menyerbu masuk bilik perbincangan tu nak buat jugak. Malas ah nak tunggu. Balik ofis sambung tanda tugasan budak-budak. Tak lama tu, Kak Rin ajak pergi pusat sumber balik. Ha, waktu ni dah tak ramai orang. Cepat-cepat minta borang dan isi dan masuk menunggu giliran.

Lama gila tak kena cucuk jarum oi! Cuak sikit. Hehehe... Ada dua petugas; seorang lelaki seorang perempuan. Aku mestilah pergi yang kat perempuan tu. Dia tanya; "Pernah kena ambik darah?" Aku pun blur blur jawab; "Pernah, derma darah." Yakin gila bagi jawapan. Lepas tu dia cakap; "Oh, kalau derma darah tu lain, jarum dia lagi besar." Aku pun balas balik; "Oh, ye ke? Tak sama eh? Kalau macam tu tak pernah la." Lama dia carik urat tak jumpa-jumpa. Bila dah jumpa, dia macam tak berapa nak yakin dah jumpa. Dia cucuk jugak tapi darah tak keluar. Ouch! Lepas tu cari lagi. Tangan kanan tak boleh, tengok tangan kiri pulak. Lama kena belek, tak jumpa jugak.

Tiba-tiba dia tanya; "Takut ke?" Aku pun jawab; " Tak adalah. Sebelum ni pun dah biasa derma darah." Nak kata dah biasa dengan jarum la tu. Hehehe... Lepas tu aku pulak tanya; " Kenapa urat ni boleh 'hilang'?" Dia senyum dulu sebelum jawab; "Kalau takut, urat tak nak timbul. Tapi kalau sejuk pun boleh jadi jugak." "Ha, ni sebab sejuk kot. Tu aircond direct ke sini." Aku balas sambil jeling aircond. Memang hala terus kat tempat aku duduk tu, sejuk beb! Cari punya cari, tepuk punya tepuk, tak jumpa jugak. Dia terus tak nak buat. Kang salah cucuk kang lebam tangan aku. Dia suruh yang staf lelaki tu buat. Aiseh...

Dengan yang lelaki ni, kena cucuk dua kali. Sekali dekat belah atas, sekali dekat belah bawah sikit. Ini kes tak timbul jugaklah ni. Dia nak jumpa tu pun lama jugak dok pam tangan, dok ikat, dok tekan-tekan, sampai dia cakap nak cucuk dekat belakang tapak tangan. Aaaaa, tak nak! Kat situ lagi bisa punya sebab tak banyak daging. Aku sampai nak kata 'takpelah, tak payahlah buat. Membazir jarum je.' tapi tak terkeluar. Bukan takut, tapi seram sikit je. Hahaha... Mau tak seram? Dua kali dah dia cucuk tu, sekali darah tak keluar langsung yang sekali keluar sikit gila. Lepas tu dia suruh aku bertenang dulu. Lama gak la dok melangut dalam bilik sejuk tu.

Percubaan terakhir mencari, tak berjaya jumpa sampai kena panggil lagi sorang staf yang macam ketua diorang kot; sebab sebelum ni dia dok cop dan tandatangan borang-borang je. Dengan yang ni, kejap je. Dia tengok tangan lepas tu tekan-tekan sikit, terus cucuk. Membuak-buak darah masuk dalam picagari tu. Rasa nak sujud syukur kat situ sebab akhirnya darah keluar. Tak sampai seminit pun Encik Hadi tu buat. Orang lama kot, dah pro dah. Lepas kena cucuk tiga kali oleh dua staf berbeza, percubaan kali keempat oleh staf ketiga baru berjaya. Adoi la... Nasib baik tangan tak lebam, kalau lebam memang aku boikot jarum sebab dah pernah rasa sakit lebam kena cucuk tu macam mana. Seminggu merana kesakitan. Kalau rajin, pergi korek entri lama pasal derma darah. Ada aku letak dalam ni. Terima kasihlah yang mencucuk lengan saya ni tadi sebab gigih juga cari walau sampai membazir tiga jarum. Walau sampai empat kali, rasa tenang je bila nak kena cucuk sebab semuanya baca bismillah sebelum buat. Alhamdulillah, amalan seorang muslim.

Sebenarnya kena cucuk jarum ni tak sakit, cuma bisa sikit je. Jadi toksahlah nak takut-takut dengan jarum ye. Seram sikit-sikit takpe. Hehehe... Keputusan ujian akan diketahui dalam masa sebulan. Nanti dia akan pos ke rumah katanya, maka kenalah bersabar. Cerita kena cucuk jarum pun boleh panjang berjela-jela, apa da Cik Farae ni. Tabah jelah baca eh. Sekian, terima kasih. Gambar bawah ni tak ada kaitan dengan jarum. Gambar semasa kejadian tak ada sebab tak bawa masuk telefon dalam bilik tu. Kalau tak nampaklah kejakunan seorang blogger tu. Kihkihkih..

No comments: