Engagement Fund ;)

Tuesday, 25 March 2014

Tak Lebam Pun?

Sementara ada mood menaip, mari buat tulis sesuatu sebelum hasrat menutup blog yang telah beberapa kali berlegar di kepala direalisasikan. Ahad lepas aku ke HTAR selepas membuat temujanji dengan Zimah untuk ambil darah dengan tujuan untuk pemeriksaan penuh. Sebelum ni ada beberapa tanda tidak menyenangkan muncul dan aku telah mendapatkan khidmat nasihat 'doktor peribadi' ini untuk tindakan seterusnya. Beliau menasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan sepenuhnya supaya tahu bahagian mana yang bermasalah.

Masalahnya, hospital sentiasa penuh dan aku tak berapa nak tahu prosedurnya. Ada sekali tu, sajalah tengok-tengok di laman web hospital swasta mengenai pemeriksaan kesihatan dan aku hantarlah quotation tu pada Zimah, sekali dia balas; "Ini rupanya kerja diorang. Mahalnya Sazoh! Blood test tu kalau aku buatkan free je Sazoh." Gitu dia balas dalam WhatsApp. Dia suruh roger je bila aku lapang dan kalau kebetulan dia tak kerja, jalan! Risik-risik Ahad lepas, kerja separuh hari katanya dan Ahad lepas pun nak pergi tebus baucer pasar ikan Manhattan, jadi sekali jalan je la ke HTAR.

Zimah kata pukul 1.30 petang, tapi kami sampai awal sebab jalan pun bukan main lapang, parking pun bukan main senang jumpa walau pusing-pusing la jugak. Hahaha... Lama jugalah melangut tengok orang lalu lalang sebelum Zimah suruh naik wad 7B sebab dia tengah ward round. Sebelum tu ada juga perasaan serba salah kalau mengganggu kerja atau tak ikut saluran yang betul, tapi dia kata takpe, aku pun redah jelah. Hehehe... Waktu kami naik tu, tak habis kerja lagi walaupun patutnya habis pukul 1 sebab MO dia mula meronda lewat. Segan sebenarnya sebab wad 7 tulah wad paling popular dekat HTAR dan bertambah segan bila Zimah dari jauh dah melambai-lambai dan mengalu-alukan ketibaan kami ke wad tu. Semua orang pandang kot! Glemer kejap. Hahaha...

Masuk dalam bilik rawatan yang ada katil mula-mula, tapi pindah ke bilik lagi satu sebab ada pesakit nak buat rawatan jugak. Utamakan pesakit dulu, yang datang cari penyakit ni takpe. Borang semua Zimah dah isikan, jadi datang tinggal cucuk je. Sebelum kena cucuk, aku terasa seram jugak mengenangkan percubaan mencucuk yang 4 kali tu, tapi pasrah je. Siap cakap kat Zimah; "Jumpa ke? Haritu sampai 4 kali baru jumpa." Sambil dia tekan-tekan, dia jawab; "Jumpa ni ha Sazoh." Aku tengok tempat dia tekan; "Mana? Tak nampak pun?" "Ni ada ni, boleh rasa." Oh, gitu... Patut la aku tak jadi doktor. Hahaha... Memang sempoi habis ah Zimah ni. Dengan takde kapas, dengan ikat lengan pakai glove je, tup-tup selesai. Sekali cucuk dan tak lebam langsung walaupun bisanya lebih sikit. Terima kasih banyak-banyak Zimah atas perkhidmatan yang diberikan. Terima kasih jugak crime partner sebab tolong bawak, tolong teman dan tolong ambik gambar doktor peribadi kita tu. Hehehe... Sayangnya, tak sempat nak gosip panjang sebab dia kena sambung kerja. Takpe, one fine day.

Lepas tu, pukul 1.23 pagi tadi dia hantar keputusan darah aku tu. Hantar gambar je tanpa sebarang kata, garu kepala kejap sebelum aku teliti. Nampak ada yang merah, mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Tengah hari tadi baru sempat dia terangkan. Okey, kolestrol tinggi. Yang lain semua okey. Bawak-bawaklah kurangkan makan makanan berkolestrol dan banyak-banyakkanlah bersenam.

No comments: