Engagement Fund ;)

Friday, 21 March 2014

Tak Mengharap Pun

Dalam pada tak berniat mahupun mengharap untuk ke PICC bersama rombongan misi mencari buku, tiba-tiba sampai juga kat sana. Asalnya memang malas nak pergi pun sebab sahih duit akan lebur juga, tapi bila rombongan tak cukup dan ketua rombongan sibuk mencari orang untuk penuhkan van, terpergi jugaklah. Tambahan pula bila TP cakap pergilah cari buku untuk subjek umum sekali. Eh, ada rupanya bajet untuk subjek umum? Okey, semangat berkobar-kobar la jadinya nak pergi sebab buku yang ada kat rak perpustakaan tu pun dah muak tengok muka aku. Asyiklah makcik ni yang kelek aku, apa kes? Hahaha....

Alang-alang dah pergi, kenalah cari untuk semua subjek umum sekali sebab aku dengan ustaz tu je pengajar subjek umum yang pergi. Sampai sana, tanya katalog kot-kot ada; tak ada pulak. Tebalkan muka belek satu persatu dan ambik gambar tajuk dan nombor ISBN. Memang lama aku berlegar kat bahagian situ. Bila dah tak tahu nak cari buku yang macam mana lagi, baru aku merayap ke bahagian bacaan umum.

Tangan pun gatal kaut beberapa buah buku untuk diri sendiri. Dah kata dah, mesti terkorban punya! Nasib baik tak terbeli bluetooth speaker tadi, kalau tak garu kepala nak ganti bajet belanja bulan depan. Hehehe... Bukan apa, kalau ada speaker tu senang nak buat aktiviti dalam kelas, tak payah angkut woofer yang gedabak tu. Dekat 100 hengget jugaklah lebur. Tapi tak adalah beli buku yang terlalu mengarut pun, buku yang akan digunakan juga nanti. Kalau ada yang nak pergi, pesta buku ni berlansung sampai Ahad ni. Dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Buku banyak, tapi tak banyak pilihan sangat macam Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Yang itu memang puas! Dari buku yang bosan tahap gaban sampailah buku yang mendamaikan jiwa tahap tak nak lepas dari tangan, berlambak-lambak. Buku bacaan umum, buku kanak-kanak, novel inggeris pun boleh tahan banyak jugak kat sini. Kira layan jugaklah. Sediakan duit secukupnya ye kalau berhajat nak ke sini.

No comments: