Engagement Fund ;)

Friday, 2 May 2014

Pelupa Punya Orang

Nak tulis pasal cuti-cuti Korea musim bunga, tengah tak rajin. Maka selit cerita sebelum bercuti tempoh hari. Hari Khamis petang, orang-orang ofis sibuk lah bincang pasal cara nak masak kari. Lepas tu tiba-tiba nak makan lempeng cicah kari pulak. Maka, ditanya satu ofis dari depan sampai belakang kalau nak tumpang sekaki. Tong-tong duit nak masak kari ayam.
Bila sampai kat aku, Kak Ina terus tanya; "Boleh tolong buatkan lempeng tak?" Alasan aku kena buat lempeng? Sebab aku bujang, ada banyak masa nak melempeng. Eh? Hahahahadoi.... Aku tak setuju terus sebab beg pun tak siap kemas lagi dan aku pun nak juga rehat secukupnya sebelum terbang.

Dalam pada tak pasti tu, balik kerja terus singgah beli kelapa parut dengan cili kering tak pedas. Konon-konon nak buat lempeng kelapa dengan sambal tumis ikan bilis. Yang bagusnya, tepung lupa nak beli. Cet! Nasib baik kat rumah ada lagi sikit tepung Abah beli. *Hari ni kena pergi pasaraya beli tepung nak ganti tepung haritu.*

Maka balik kerja terus siap-siap bahan nak buat sambal dan terus siapkan bahan nak buat lempeng; esok pagi senang tinggal bancuh je. Sambal memang masak malam terus sebab nanti rambut bau sambal kalau sambung masak esok pagi. Hahaha....

Lepas siap masak sambal baru aku sambung kemas beg. Sampai pukul 12 lebih jugak baru siap semua dan barulah nak mandi dan syampu rambut yang bau sambal tu. Hahaha... Tidur pun tak lena sangat sebab fikir nak bangun awal. Awal tak awal jugak, terbabas sikit dari waktu yang dirancang. Tak sempatlah nak melempeng banyak. Dapat dalam 20 keping kot.

Dapatlah juga jamu lempeng selepas dah lama tak main masak-masak untuk orang-orang ofis. Daripada masak lasagna, baik lagi lempeng sebab kurang renyahnya. Nah layan gambar hari kejadian. 

No comments: