Engagement Fund ;)

Friday, 23 May 2014

Pengaruh Best Buy World

Kalau bab nak membeli-belah, akulah orangnya yang paling cepat terpengaruh. Pantang nampak ada perkataan SALE dan DISCOUNT, terus tak senang duduk. Kisahnya, toner dan pelembap yang dah setahun lebih pakai tu dah nazak sangat. Nak pergi kaunter dia jauh sangat malas pulak, maka keluar masuklah aku website Clinique tu konon-konon nak beli online je. Apa ada hal kan? Semuanya di hujung jari, ada VISA lagi. Dah keluar masuk website dia, terpengaruh pulak dengan satu produk baru yang di beri nama Essence Lotion bawah cabang Even Better. Produk-produk Even Better ni adalah untuk tambahan penjagaan kulit selepas penjagaan yang asas macam 3-Step. Nak beli serum dia yang Clinical Dark Spot Corrector tu, rasa tak mampu pulak; 30ml dengan harga 245 hengget. 

Tahu pasal losyen ni pun sebab beberapa hari sebelum tu FB Clinique ada kongsikan pengalaman blogger Namee Roslan memakai losyen ni di blog beliau. Mula-mula tengok harga dulu dalam website baru pergi baca ulasan. Oh, macam boleh je nak beli ni. Bila masuk blog Namee Roslan, bukan ulasan Essence Lotion je aku baca, jumpa sekali ulasan beliau mengenai Best Buy World. Laju je taip http://my.bestbuy-world.com/ dekat Google Chrome. Dasarr sangat kan! Uish, banyak rupanya barang dia! Rambang mata terus; itu nak, ini nak, yang tu cantik, yang ni pun layan... Hahaha...

Cubit pipi sendiri kejap untuk kembali ke alam nyata. Produk Clinque je ada lebih 300 jenis, mau tak meroyan depan laptop? Kalau nak travel, memang sesuai sangat terjah BBW sebab dia ada jual yang test kit punya set(botol kecil); dari penjagaan muka asas, sampailah pelbagai jenis kosmetik. Disebabkan aku tak cop duit, maka bertabahlah cari toner dan pelembap yang aku kena beli tu. Cari punya cari, habis stok pulak regular size ni. Yang ada, toner botol saiz travel kit dengan yang 400 ml je. Sobsobsob... Nak beli yang 400 ml kang, tak habis-habis pulak kang. Akhirnya, aku beli toner yang 60 ml; kalau tak silap saiz ni untuk trial kit punya. Pun boleh la. Tapi pelembap memang tak ada stok langsung untuk oily to combination oily. Cuma ada very dry to dry combination. Alaaaaa....

Tunggu juga kalau dia restock tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tak ada jugak. Maka aku masukkan je tiga barang dalam troli dan terus bayar. Nak membeli belah di sini kena daftar dulu ye dan lepas daftar je dapat 500 mata percuma yang bernilai 5 hengget. Kalau beli barang berharga 150 hengget ke atas, penghantaran adalah percuma. Ada perkataan percuma tu yang lagi gatal tangan nak beli tu. Hahaha... Aku beli tu hari Rabu dan lepas je beli terus duduk depan kaunter pertanyaan tunggu barang sampai tak sabar nak tunggu barang sampai. Petang tadi waktu nak ke Pusat Sumber perasan ada beberapa bungkusan poslaju atas kaunter pertanyaan kat depan tu. Kalau ada Abang Mokhtar memang dia akan terus agih-agihkan bungkusan pada tuannya tapi hari ni dia cuti pulak maka bungkusan-bungkusan tu tersadai jelah kat situ. Tergerak nak tengok dannnnnnnn salah satunya adalah dari BBW. 

kasi awan duduk atas alamat supaya korang tak dapat cari saya

Terus bawak ke PS dan koyak dalam tu jugak sementara tunggu budak yang kata aku pergi Korea lama sangat sampai tak boleh nak minta soalan kuiz nak buat kuiz tu sampai. Best...best...

Essence Lotion (100 ml) - RM 106
Clarifying Lotion Twice A Day Exfoliator 3 (60 ml) - RM29

Fashionista Colourful Travel Pouch (Large) - RM 20

Tiada apa yang lebih menyeronokkan bagi seorang manusia yang suka membeli belah melainkan dapat membeli barang dengan harga yang murah. Kalau korang nak beli jugak, pergi terjah BBW cepat. Sekian, ulasan dari pelanggan BBW yang puas hati dengan servis yang cepat.

2 comments:

Inspirasi FAR said...

Erk, cm best jew...argghhh I'm Shopaholic too..huhuhu...

farae al-farafisya said...

Memang best! ada baaaanyak benda dan penghantaran pun cepat...hehehe