Engagement Fund ;)

Monday, 5 May 2014

Rindu...

Rindu Korea... Walau cuma berada di sana selama 6 hari, ada banyak benda yang dirindui. Antara yang dirindui adalah makanannya. Pertama adalah roti sandwich untuk sarapan yang tebal dan ringan. Tak sama dengan roti Gardenia yang potongannya agak nipis dan padat teksturnya. Hari Jumaat lepas, ternampak roti macam roti Korea kat Lavender, terus ambik sebungkus. Ada dalam 6 keping kot dan berharga 3 hengget. Bolehlah buat lepas rindu. Bakar kejap dan makan sambil hirup kopi. Nyaman...

Kedua, aku merindui kimchi yang menjadi hidangan tetap di sana. Dekat sana sampai tak larat nak makan sebab tiap kali makan dia bagi kimchi. Malah ada masanya sampai dua jenis kimchi dia bagi. Sayang je tengok kimchi tu tak habis. Nasib baik makan tengah hari dalam kapal terbang ada kimchi juga sebagai side dish. I love you lah MAS! Hahaha.... Dah sampai Banting, celah mana nak cari restoran makanan Korea? Gigihlah aku cari barang buat kimchi petang Sabtu lepas. Petang Ahad baru sempat membuatnya. Sambil buat, sambil tengok Running Man. Nasib baik menjadi juga kimchinya. Nikmat gila ratah kimchi guna chopstick. Kalau gaul dengan nasi panas lagi sedap cuma aku tak berapa suka bila dia dah jadi masam. Maka sebaik saja siap menggaul, simpan kejap dalam peti sejuk bagi semuanya sebati dan  bolehlah dimakan.

No comments: