Engagement Fund ;)

Saturday, 24 May 2014

RTK #4: Perjalanan Pulang

Rehat kejap cerita Korea yang masih berbaki beberapa episod tu, sambung cerita bulan November tahun lepas. Janji, yang ni episod akhir. Kalau nak baca kisah terdahulu, taip je RTK dekat ruangan carian, InshaAllah keluar. Balik dari Rantau Panjang terus singgah rumah Kak Dahiyah sebab mak Kak Dahiyah suruh singgah sebelum balik untuk makan dan ambil sekali barang-barang Kak Dahiyah. Yelah, ada sehari ke dua hari anak-anak Kak Dahiyah tinggal kat situ jadi barang-barang letak sana. Sampai je kami disuruh rehat terutamanya pemandu sebab malam karang nak balik Selangor.

Dalam sejam kot baring dapat panggilan dari KB kata ada mesyuarat tergempar dan ketua kontinjen wajib ada. Apa lagi, kelam kabutlah bersiap semua dan kembali ke Kota Bharu. Ralat sangat bila tak sempat nak makan yang dah disediakan. Maaf makcik, lain kali kalau singgah lagi saya akan pastikan saya makan. Kecik hati orang yang masak bila masakannya tak dijamah. Tapi tak boleh nak buat apa dah. Sampai ke tempat penginapan terus bersiap dan kemas barang semua sebelum berkejar ke bangunan tuan rumah nak tengok budak-budak pulak. Ketua kontinjen awal-awal lagi dah bertolak untuk pastikan tak ada masalah.

Kami gerak lewat sikit dan terus ke bangunan tuan rumah dan tengok bas-bas dari institut lain dah beratur di bahu jalan. Bas untuk pelajar lelaki pun nampaknya dah ada cuma bas untuk yang perempuan jelah lewat sikit sebab nak kena ambik kat KV dulu. Bas-bas yang dah berkumpul rupanya akan diiringi oleh polis trafik untuk ke Stadium Sultan Muhammd IV yang terletak betul-betul di tengah bandar. Alaaaaa, tak dapat la nak merasa jadi VIP kena iring dengan polis trafik sebab bas perempuan tak sampai lagi. Mampu tengok je la mereka bertolak. Bila dah pasti bas selamat bertolak, kami ke KV untuk tengok budak-budak perempuan. Tak lama kami sampai, bas pun sampai. Teruslah punggah barang semua naik bas sebab aku kena iring budak-budak ni naik bas. Waktu pergi seronok la sebab aku sorang tapi kerusi dua-dua aku yang punya. Waktu balik ni tak boleh sebab dah borong barang banyak, siap beli bakul bayi lagi untuk dihadiahkan kepada EO. 

Bila semua dah okey, bas terus gerak ke stadium manakala Kak Dahiyah dan yang lain-lain gerak ke Mekdi tapau makanan. Kali terakhir makan adalah pada jam 11.30++; memang dah kebulur la. Nasib baik yang bawa bas ni orang Kelantan jadi dia tahu lokasi stadium. Sampai stadium terus iring budak-budak ni masuk dalam; ada perarakan masuk ke padang. Bila dah pasti semua dah berkumpul, barulah aku ke tempat penonton menanti makanan yang ditapaukan. Hahaha...lapar weh. Acara malam tu adalah perlawanan akhir bola sepak untuk menentukan juara dan naib juara.

Kontinjen Langat

Aku yang tak pernah tengok bola secara langsung ni menjadi sangat jakun. Perasaan menonton secara langsung adalah sangat mengujakan. Seronok rupanya ek? Tapi kalau kena pergi waktu piala Malaysia ke, "No thank you!" la jawabnya sebab menyampahnya la nak bersesak-sesak. Sambil tengok sambil makan mekdi. Tak pelawa orang sebelah dah waktu tu. Hahaha... Dah habis bola, barulah acara penutup yang dimulakan dengan pancaragam tentera dan diikuti dengan perarakan masuk kontinjen. Dah habis ucapan semua, barulah penyampaian hadiah. Gedebuk gedebak, pukul 12 malam juga baru selesai semuanya. Alhamdulillah pasukan bola jaring berjaya mendapat johan manakala pasukan tarik tali mendapat tempat ketiga.

Perlawanan bola antara tak-ingat-siapa dengan tak-ingat-siapa

Acara penutup dan penyampaian hadiah

Pukul 12 lebih jugak baru gerak keluar dari perkarangan stadium. Ada yang nak pergi tandas, ada yang cari makanan, macam-macam bila dah ramai. Bas gerak je, mata pun berat. Memang sepanjang perjalanan aku tidur je. Terjaga sekali sekala waktu dalam perjalanan tapi cepat-cepat tutup mata balik sebab tengok depan kabus tebal sampai tak nampak apa dan waktu di perhentian-perhentian. Bila dah sampai R&R Genting Sempah, mata jadi segar sebab dah gosok gigi dan sarapan semua. Mereka yang memandu semuanya dah sampai tapi bas baru sampai Genting Sempah? Layan jelah. Dari situ sampailah Banting terus tak tidur tapi layan filem yang dipasang. Lupa dah tajuk dia tapi berjaya buat aku mengalirkan air mata sebab pengakhiran dia sedih. Cis! Nasib baik duduk depan sekali dan tak adalah yang nampak. Hehehe.. Sampai ofis dalam pukul 12 kot dan teruslah bertabah angkut barang yang banyak tu masuk dalam ofis. Sementara tunggu Abah datang jemput, lepaklah dalam ofis yang kosong sebab semua orang terlibat rehearsal konvo di PICC.

Akhirnya, habis pun cerita tertunggak ni. Lepas ni ada lagi 4 ke 5 entri tertunggak. Kena letak jugak sebab nanti susah kalau nak rujuk di kemudian hari. Sekian, majulah sukan untuk negara. 

No comments: