Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 May 2014

Wow!

Bila dah hari Rabu, barulah sempat nak godek-godek blog. Tak sangka, ramai pulak yang berminat dengan Giveaway "Ke Korea Dah Kita..." tu sebab ini adalah yang julung kalinya diadakan. Ke sebab senang sangat syaratnya? Mula-mula ada terfikir nak buat syarat yang susah sikit tapi bila mengenangkan ini kali pertama, maka aku pun tak jadi nak buat yang susah-susah. Buat sementara waktu ni semua orang boleh komen untuk jadi peserta termasuk anon sebab aku tukar kejap tetapan komen tu. Terima kasih buat yang sudi menyertainya walaupun hadiahnya tak berapa nak lumayan.

Meh nak bocor rahsia sikit, kain kapas tu asalnya tak termasuk dalam senarai tapi bila dah balik sini dan tengok ada lagi berpasang-pasang kain yang tak dibuat baju dan ada 3 pasang warna merah jambu, maka aku masukkan sekali kain tu dalam senarai walaupun aku suka sangat corak dia. Daripada terbiar dalam laci tu sampai tahun depan, baik bagi orang kan? Masih ada masa lagi sampai Ahad ni kalau-kalau ada lagi yang nak turut serta. 

Aku dah melawat dah blog peserta-peserta giveaway tu cuma tak sempat nak tinggal komen; sekadar menjengah dan kenal tuan blog kekdahnya. Diingatkan lagi sekali, pemenang akan dipilih dengan cara undian. Nak undi macam mana, nanti aku fikir kemudian dan maklumkan ye. Pemenangnya akan diumumkan minggu depan mungkin pada hari Rabu juga sebab Rabu malam je baru lapang sikit. Tarikh tutupnya tetap 11.59 malam 1 Jun 2014. Okey? Semoga berjayalah ye....

Nota Kaki: Jadi takut pulak bila tengok follower tiba-tiba jadi ramai. Heeee....

2 comments:

nnur zakaria said...

Wow, gitu ceritanya.. Nak pilih pemenang boleh guna cara random dekat sini http://www.random.org/

farae al-farafisya said...

Yup, tahu dah guna random tu tapi tgh consider nak guna cara tradisi jugak..hehehe...