Engagement Fund ;)

Wednesday, 11 June 2014

Memenuhi Jemputan Walimah 2013 - Episod 2

Hohohoho.... cerita zaman Pak Kaduk ni baru nak letak sini. Sabor jelah kan? Sekadar rujukan untuk di masa depan. Karang kalau ada yang tanya, "Ko pegi tak kenduri dia tu? Ingat tak bila?" Kalau hilang ingatan, bolehlah bagi je link blog suruh dia tengok sendiri. Gituuu... Okey, mari tengok kenduri yang diadakan pada hujung tahun ni. Kalau korang buat kenduri kahwin hari Sabtu pada hujung tahun, bolehlah aku pergi sebab sah-sah tak ada tuisyen. Cuti sekolah, tuisyen pun cuti.

Kenduri Dyaz - 7 Disember 2013(Kajang)
Ini kenduri teman jenayah yang dikira rapat juga. Waktu sekolah dulu sama-sama belajar, sama-sama stay up dekat bilik prep, sama-sama makan maggi tengah malam, sama-sama gosip, sama-sama ponteng prep ye jugak. Hahaha... Banyaklah benda baik dan tak baik kitorang buat sama-sama dengan geng-geng jenayah yang lain. Dah kahwin dah dia. Layan gambar sepanjang majlis beliau ye.

Gaya bebas yang tak diketahui

Pelamin cantik!


Dari bawah...perantin ni sporting gila sebab dia yang suggest nak bergambar gaya apa...

Husband and wife

Kami yang lewat

Cinderella sangatttt...

Kitorang datang dah lewat jugak. Katerer dah nak kemas-kemas dewan dah tapi aku dah bagi tahu nak datang lewat sebab boleh borak lama dengan pengantin dan tak payah beratur lama sangat untuk bergambar. Hehehe.... Oh ye, kalau ada yang berkenan dengan baju Puan Nadya ni, bolehlah pergi kabor kalau nak sewa sebab dia cakap kat blog dia yang dia nak sewakan baju kahwin dia tu. Cantik sangat baju awok Dyaz! Nasiblah kita tak sama saiz kalau tak dah jimat dah kalau aku kahwin kang. Hahaha..

Kenduri Kak Ila - 15 Disember 2013 (Jenjarom)

Minggu seterusnya, ada dua jemputan kenduri; satu dari kawan satu pejabat dan lagi satu dari geng tingkap. Pada hari yang sama jugak aku kena jaga periksa untuk subjek semester 1 makanya mereka semua kena datang pejabat dan ambik aku. Nak tinggal kereta pun lebih selamat sebab dalam kawasan yang ada guard. Budak-budak ni kan, waktu aku nak cepatlah diorang nak tunggu sampai habis waktu periksa. Layan jelah. Habis je kutip kertas laju-laju ke surau untuk solat zuhur dan teruslah kami gerak ke destinasi pertama iaitu rumah Kak Ila di Jenjarom.

Teman-teman jenayah

Pingganku

Aku memang sangat menanti-nanti nak pergi rumah dia sebab dia masih lagi Jawa tegar. Sekarang ni walaupun duduk dekat kampung, jarang dah nak jumpa lemper waktu kenduri kahwin. Tapi kawasan rumah Kak Ila ni masih lagi rajin orang-orang yang rewang nak buat lemper maka haruslah aku jakun dengan lemper. Sampai-sampai je kaut lemper dulu, baru pergi ambik nasi. Hahaha... Tamak okey, penuh satu pinggan sampai semua orang aku paksa makan jugak. Makan nasi pinggan penuh sebab lapar. Lauk pelbagai, masakan Jawa pulak tu, memang kena sangatlah!


Kenduri Zimah - 15 Disember 2013 (Shah Alam)

Doktor Hazimah dan suami

Selesai kondangan rumah Kak Ila, zassss ke Shah Alam pulak. Kenduri Doktor Zimah yang tiba-tiba hantar kad kahwin padahal kalau keluar lepak tu, sibuk nak kenenkan kitorang dengan doktor tu, doktor ni, tapi pasal dia tak cerita apape pun. Takpe, yang penting dah selamat dah jadi isteri orang.

Kami semua

Kenduri Zimah ni buat dekat masjid makanya waktu kitorang sampai tu memang orang dah berkemas dah. Yelah, bila buat dekat tempat selain rumah sendiri mesti ada tempoh tertentu kan. Tapi sempat lagilah makan. Sebab masih kenyang, maka makan sikit je buat syarat jamah nasi kenduri. Hehehe... Lauk Jawa jugak, tu yang nak merasa jugak. Waktu kami sampai tu Zana dah nak balik tapi sempat bertembung dengan Shera dan Wani Jantraz. Lepaklah kitorang satu meja. 

Menu petang kami

Dah siap makan, dah habis borak, terus pergi dekat pengantin nak ambik gambar. Tahniah Zimah dan suami, ada masa nanti kita lepak lagi macam dulu-dulu. Hehehe... Dari situ, kami menuju ke SACC Mall. Nak jalan-jalan katanya tapi pergi ngeteh pulak. Perut kenyang tapi order tak nak kalah. Hahaha... Telan jelah. 

Kenduri Nab Nadz - 14 Disember 2013 (Ampang)

Eh, patutnya kenduri Nab dulu baru Zimah, terbalik pulak. Jodoh Nab dengan kawan satu sekolah jugak makanya jumpa ramai kawan sekolah waktu dekat sini. Tegur yang perempuan jelah, nak tegur yang lelaki segan. Sebelum pergi singgah Jusco dulu cari hadiah lepas tu kumpul dekat rumah Na. Kali ni tumpang Pnut sebab kononnya nak merasa naik kereta baru. Hehehe... Sesak teruk okey dekat MRR2. Sampai sana pun dah lewat tapi ramai orang lagi. 

Menu dekat sini lain dari yang lain sebab ada baaaaaanyaaakkk jenis makanan. Menu utama adalah nasi daging yang sedap nak mamps; sampai hari ni dok teringat-ingat lagi. Ada pulut durian, ada ayam bakar, ada kambing bakar, dan banyak lagilah makanan yang aku pun dah lupa. Nak lagi best, pengantin sendiri yang dok suruh makan banyak-banyak, lagilah aku seronok. Habis satu, pergi ambik yang lain pulak. Hahaha... 

Siap makan, naik laman belah atas untuk ambik gambar. Tak ada pelamin pun cuma bergambar dekat buaian je. Asalkan pengantinnya ada, sempurnalah gambarnya. Lama gila sesi bergambar ni. Kejap gaya ni, kejap gaya tu. 





Gambar dah tunggang terbalik, tandanya dah malas nak taip. Caption gambar, korang letak sendiri. Heeee...

Kenduri Zuliana - 21 Disember 2013 (Cheras)

Okey, kenduri terakhir untuk 2013. Nak datang kenduri ni halangan dia tak boleh blah, hadiah dah beli tapi kad tak ada. Dari Banting sampai ke Cheras, tak ada satu tempat pun jual kad ucapan untuk pengantin baru. Stressss! Akhirnya dah malas nak fikir, kitorang beli je sticky notes. Selesai masalah. Sejak dari tu, memang aku simpan satu kad ucapan dalam beg untuk kes-kes cengginilah. Waktu lalu depan kedai cenderahati dalam Alamanda bila dah balik tu, Za sampai cakap; "Aku tak nak tengok kad ni." Hahaha... 

Jumpa jugak geng-geng Maahad tapi tak ramai sebab macam biasa, sampai dah agak lewat. Dah makan, terus ambik gambar dengan pengantin dan mintak diri. Terima kasih kerana sudi jemput kami ye Zul. 

Siap bulatkan lagi sticky notes tu..





Okey, selesai dah kenduri kahwin tahun 2013. Lepas ni sambung entri kenduri kahwin tahun 2014 pulak. 

No comments: