Engagement Fund ;)

Tuesday, 10 June 2014

Pun Boleh...

Sejak laptop kena godek dengan pegawai IT gara-gara nak dapatkan internet untuk isi markah budak-budak, terus laptop tu tak boleh connect dengan internet rumah. Choi! Waktu ada semangat nak mengarang ni dia buat hal pulak. Buat sementara waktu hadaplah Note 8. Macam tak best je Note ni tak ada nama. Nak kasi nama jugaklah karang.

Benornya nak kongsi benda yang macam lawak jugak. Kadang-kadang aku rajin tengok traffic feed blog ni dan pagi tadi aku tengok, ada pulak orang 'termasuk' sini bila taip 'bercinta di seoul'. Eh? Sejak bila pulak aku ada pakwe dekat Seoul nun? Hahahahadoi... Entah apalah agaknya yang dicari orang tu. Maaflah, saya tak ada pakwe apatah lagi nak bercinta di Seoul. Kikikiki...

Nak bebel tu je, stress tak dapat buat entri tertunggak sebab laptop tak dapat connect internet. Nah layan gambar sarapan pagi tadi dengan screenshot traffic feed. Hehehe..

No comments: