Engagement Fund ;)

Saturday, 9 August 2014

Ayem Sangat

Tetiba keluar Jawa dekat tajuk. Hehehe... Raya tahun ni macam tak raya. Baju raya sendiri tak berapa nak beli. Rumah bersepah jugak walaupun dah penat mengemas. Makanan pun tak ada. Kuih raya je buat sampai 3 jenis, balas dendam sebab tahun lepas tak buat kuih raya. Sebenarnya awal puasa haritu cuti lama jugak sementara tunggu sambung tawaran baru. Tapi tulah, tak ada mood katanya nak mengemas. Yang dibuatnya adalah mengemas dalam otak. Maksudnya, dok fikir benda yang aku nak kena buat sampai stress. Bila stress, terus tak nak fikir. Bila tak nak fikir, lagi tiga hari nak raya aku lap lantai sambil menangis. Hahahaha... Drama sangat. Ater, aku sorang je perempuan dalam rumah tu. Nak tak nak aku la yang kena buat. Mau tak stress? Kalau arwah mak ada dulu, senang je bahagi-bahagi kerja sorang sikit. Ko tak buat, memang siapppp!

Tahun ni ingat nak la tukar tikar getah yang dah koyak sana sini dan tertanggal-tanggal lapisan plastik dia tu. Berbuih suruh Abang haku ukurkan berapa panjang ruang yang nak ditukar tu, sampai sudah tak diukur. Nak menukar tikar getah ni dah la leceh, kalau nak buat dua ke tiga hari sebelum raya, memang tak la. Penat. Penyudahnya, lantak situ. Malas nak bising-bising sangat sebab kang aku stress kuasa tiga. Tak kuasa dah nak mintak tolong buat apa-apa sebab penyudahnya aku jugak yang kena buat. Konsep aku senang je; ko mampu ko buat, ko tak larat, lantak situ. Gituuu...

Alhamdulillah  tahun ni ada rezeki nak beli peti ais baru. Dari tahun lepas lagi aku sibuk nak beli peti ais baru sebab asal raya je peti ais memang tak muat nak letak ayam, daging segala. Stress lagi di situ. Yang ni pun aku jugaklah bising mintak teman pergi kedai nak beli. Tolong teman je pun, bukan suruh bagi duit. Bukan apa, dekat-dekat nak raya haritu, bukan main kes samun, kes rompak muncul dekat Banting ni. Seramlah jadinya nak merayap sorang-sorang. Bila cakap dengan Abah, Abah kata tak payah beli, guna je apa yang ada. Tapi aku beli jugak. Hahaha... Bila dah beli, kurang satu punca stress aku. Mana yang tak sempat nak makan, sumbat je dalam peti. Orang lain pun bukan main seronok sumbat air, sumbat makanan segala.

Disebabkan terlalu ayem, maka aku terpaksa masak untuk monjong pusingan kedua iaitu Sabtu sebelum raya. Tu yang aku tak lalu dah nak masak rendang, kuah lodeh dan sambal kacang untuk raya tu. Dah penat duduk dapur gamaknya. Penatlah sebab aku sorang buat dari A sampai Z. Kali ni nenek beraya dekat sini, jadinya tak adalah sangat sesi menziarah ke rumah jiran-jiran sebab nenek pun tak berapa nak sihat dah nak bawa berjalan. Duduk jelah rumah tunggu orang datang.

Baju raya aku pun tak adalah meriah macam orang lain. Ada jugaklah bajunya, itupun sepasang batik yang aku beli kat Kelantan tahun lepas dan sepasang lagi cotton yang beli kat Korea haritu. Ada tempah jubah online sebab jubah tu ada lace. Memang cantik sangat dan dia sanggup nak custom made. Malangnya, saat akhir dapat SMS mengatakan bahawa lace tak cukup. Cuma ada jubah kosong saja. Akak tu bagi pilihan samada nak ambik jubah kosong tu dengan harga yang dikurangkan atau refund duit, maka aku pilih untuk refund duit sebab aku tempah jubah tu kerana lacenya. Baju nenek awal-awal aku dah tempahkan dua pasang dan baju Abah aku belikan sehari sebelum raya. Alhamdulillah, ada rezeki duit dan masa nak membeli baju tu. Bila bagi Abah baju yang aku belikan tu, Abah cakap; "Kok mahal betul ko beli baju tu sampai seratus lebih? Abah pun tak pernah beli baju mahal macam tu." Sebak dan bersalah sebab selama ni beli baju untuk diri sendiri sampai beratus-ratus tapi jarang belikan Abah baju. Sobsobsob... Kadang tu bukan tak nak belikan tapi Abah ni jenis yang susah sikit nak suka dengan baju yang orang lain bagi. Tapi bila tengok Abah pakai t-shirt yang aku belikan kat Korea haritu, kembang kejap. Hehehe... Entri raya tampal kemudian nanti, ini entri bebel sebelum raya dulu. ;)

No comments: