Engagement Fund ;)

Monday, 11 August 2014

Cerita Berbuka Sepanjang Ramadhan 1435 Hijrah

Ha, blog ni jangan dibuat main-main. Bila dah mula menulis, asyik nak menulis aje walaupun yang tukang baca tu orang yang menulis. Heee... Ini cerita sepanjang ramadhan 1435 yang lalu. Puasa macam orang lain jugak, berbuka pun macam orang lain jugak. Ada masa, aku rajin masak. Ada masa, aku malas masak. Masak pun biasa-biasa aje, dan gambar pun kelabu asap sebab bila siap masak hari dah gelap dan dah nak masuk waktu buka. Maka gambar makanan memang tak banyak. Fokusnya adalah aktiviti berbuka di luar.

Disebabkan awal puasa haritu nenek masih ada dekat rumah Bibik, maka Abah pun ambil kesempatan ajak kitorang berbuka dekat luar. Knowing my Abah, when he said 'to eat out', he means really outside our residence area. Sejak mak dah tak ada ni, bila kata nak makan kat luar je mesti ke Bagan Lalang atau Shah Alam atau Bangi. Bila ada nenek, susah sikit nak uruskan solat semua; lagi-lagi bila bawa nenek berjalan malam-malam, nanti dia jadi bingung. Sementara nenek belum balik, jomlah keluar.

Menu yang ditampal dalam kedai

Meja kami

Lokasinya adalah lokasi tahunan, memang tiap tahun mesti kena pergi buka dekat sini walaupun sekali. Kedai ni memang dah dipajak sejak zaman-zaman aku sekolah lagi. Waktu tu kedai ni baru-baru buka dan masakan dia memang sedap. Teruslah jadi tempat persinggahan. Nama kedai ni adalah d'limau nipis. Macam-macam lauk ada dan harga pun berpatutan. Wajib order bila makan dekat sini adalah air istimewa d'limau nipis yang telah pun dipatenkan hak ciptanya. Memang sedap!

Seterusnya, sesi berbuka dengan Geng Tingkap kawasan Banting. Asalnya Kak Rin la ni dok cakap-cakap bufet dekat Saha sedap dan berbaloi, terus aku roger crime partner dan bincang-bincang. Terus roger geng Banting yang lain dan alhamdulillah semuanya boleh datang pada hari kejadian. Cepat-cepat pergi buat tempahan sebab dekat Saha ni memang sentiasa ramai. Aku tempah tu pun seminggu awal siap deposit untuk secure tempat.

Our table - see my name there? Hehehe...

Orang lain tempat kerja jauh jadi diorang sampai dekat-dekat waktu nak buka. Lama jugaklah aku duduk sendiri menikmati udara sejuk dari air-cond yang betul-betul atas kepala sambil baca The Star. Hahaha... Mula-mula Aten sampai, lepas tu Hani, lepas tu baru Za sampai. Dah dekat nak azan, barulah kitorang ambil makanan. Patutlah asyik penuh je Saha ni, rupanya memang makanan sedap dan pelbagai dan tak kedekut. Berkali kali kali kali kali ganda lebih baik dari bufet buka puasa Intekma Shah Alam. Harga pun aku kata murahlah dengan makanan yang dihidangkan.

My plate first round - nasi sejemput je buat syarat selebihnya lauk pauk yang pelbagai jenis dan sedap!

Kemuncaknya adalah bila tiba waktu nak membayar. Masing-masing punyalah sibuk keluarkan duit nak bayar, Hani siap dah hulur duit 50 hengget kat aku tapi sambil hulur tu sambil gelak-gelak. Blurr kejap mak incik. Lepas tu dia cakap; "Tak payah bayar, orang dah bayarkan. Untuk semua." Aku pandang dia, lepas tu pandang orang lain, lepas tu baru tersedar dan cakap terima kasih. Hahaha... Lawak pulak bila ingat balik situasi tu. Jadi, terima kasihlah Hani sebab belanja kitorang semua; patutlah sedap lain macam je makanan pada hari tersebut. Kikikiki... Dah selesai tu, terus pergi solat dan kemudian, ambik gambar kenang-kenangan. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni.

Selfie, captured by Hani - terer nampak set angle selfie?part-time selfie kat hospital ke doktor?

Habis ambik gambar, masing-masing pun balik. Tapi aku dengan Aten buat perancangan lain pulak, beralih ke pusingan kedua. Apa lagi, Secret Recipe la. Dah dua bulan tak pergi, menggigil tak dapat kek dia. Yelah tu! Aten siap cakap; "Mentang-mentang tadi tak keluar duit, nak second round pulak." Hahaha.. Macam tak biasa pulak kan, bukan senang nak keluar malam-malam ni. Lagi sekali, tak keluar duit sebab waktu nak bayar tu Aten kata nak belanja untuk birthday haritu. Waaahh, thanks so much crime partner! Rezeki..

Cappucino cheese

Penutup berbuka di luar adalah pada hari terakhir puasa. Waktu tu keluar nak cari sarung kusyen dengan baju raya Abah. Keluar dah lewat, lepas tu cari parking pun payah, diikuti dengan manusia yang ramai di tempat membeli-belah, teruslah telefon Abah kata kitorang buka kat luar.
Pizza sajork...

No comments: