Engagement Fund ;)

Thursday, 14 August 2014

Kimchi Bokkeumbap

Wah, tajuk tak nak kalah! Nak tulis nama Korea jugak. Padahal nasi goreng kimchi je pun. Hehehe... Ini cerita raya ketiga. Ko mampu makan makanan Korea waktu raya? Ala, itu pun sebab aku tak masak rendang tahun ni. Kalau tak aku sauk jugak rendang dari kuali nak makan dengan nasi impit. Tak ada mood nak makan sebenarnya padahal tengah hari tu dah masak sup ayam untuk orang lain. Sup ayam je senang, campak semua benda dalam satu periuk dan siap satu hidangan seimbang. Gituuu...

Petang tu waktu rehat-rehat lepas siap buat kerja dapur, lapar la pulak. Terus rajinkan diri masuk dapur balik nak masak nasi goreng kimchi. Lagi satu sebab kena masak jugak nasi goreng tu adalah takut kimchi yang buat sebelum puasa tu jadi rosak sebab kimchi ni jenis yang kena makan cepat. Tinggal sikit je lagi pun, memang ngam-ngam untuk satu hidangan. Untuk resepi ni, aku guna nasi segera dari Korea. Orang gi Korea bawak balik kimchi, aku bawak balik nasi segera. Kahkahkahkah... Resepi dia campak-campak je tau. Kalau tak sedap sendiri tanggung.

Nasi segera Korea

Kimchi Bokkeumbap

2 mangkuk nasi
1 mangkuk kimchi
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji cili padi (dihiris)
2 batang sosej (hiris nipis dan goreng garing)
Beberapa titis minyak bijan
1/2 camca serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 biji telur

Cara masak;
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Campakkan cili padi dan kacau.
2. Masukkan kimchi beserta jusnya. Kalau jus tu banyak, kaut dua sudu je cukup.
3. Kacau dan goreng kejap. Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan sosej.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan minyak bijan.
6. Hidangkan dengan telur goreng.



Haritu pernah buat jugak tapi tak letak minyak bijan, rasa dia tak sedap sangat. Kali ni punya rasa memang daebak! Telur tu biasanya sunny side up style tapi haku tak reti nak goreng cenggitu. Ke malas nak tunggu? Nak kuning dia macam keras sikit tapi tak nak tunggu lama-lama, cemana tu? Terus aku terbalikkan dia tapi kejap je la, tu yang jadi macam tu. Hehehe... Kalau tak tahan pedas, tak payah campak cili padi okey? Kalau ada gochujang, guna gochujang je sebab kalau tengok sesetengah resepi, memang ada yang letak gochujang tu.

2 comments:

Amirah Su'aidah said...

wah.. nampak macam sedap. teringin nak makan makanan korea. nak buat sendiri takde bahan pulak ..

farae al-farafisya said...

Kalau tekak boleh terima kimchi, mmg sedap! Hehehe....main ingredient dia kimchi, nasi tu guna nasi biasa pun boleh...kalau nak cari kimchi segera, cuba tgk dekat jusco, haritu nampak kimchi halal dekat bahagian veggies...