Engagement Fund ;)

Saturday, 16 August 2014

Sebab Hijaulah....

Sebagai seorang penggemar warna hijau, hampir kesemua benda berwarna hijau aku kata cantik. Kalau nak bagi hadiah, bolehlah cuba cari warna hijau ye. Tapi kalau namanya pemberian tu, warna apa pun aku terima dengan penuh kesyukuran dan hati yang berbunga-bunga. Disebabkan sebelum raya hari tu tak sempat nak shopping untuk diri sendiri, maka gunalah saja apa yang ada antaranya beg tangan warna hijau yang dibeli di Korea tempoh hari.

Memang dah aim, wajib beli satu beg dekat sana. Disebabkan masa tak banyak, memang cuma berlegar-legar di Myeondong je untuk beli barang-barang macam ni. Masuk satu butik yang semua benda dalam tu berharga 29 000 won. Semua jenis beg dan kasut ye. Beg dia boleh tahan cantik-cantik belaka dan ala-ala design beg mahal dan terkenal macam MK, Gucci, Dior dan LV. Tengok punya tengok, terkenan satu beg yang ala-ala MK dan warna hijau ni.

Aku kalau nak beli barang macam ni, memang sengal sikit; kena mintak pendapat orang lain sungguh-sungguh sebelum beli. Mangsanya adalah Za yang dipaksa teman masuk dalam tu. Hahaha... Mesti Za menyampah je dalam hati dengan perangai tak yakin aku ni sebab banyak kali gak la aku tanya pendapat dia. Akhirnya, beli jugaklah buat syarat walaupun tak berapa nak puas hati dengan pilihan yang ada. Bukan aku je membeli kat situ, Za pun beli jugak tapi kasut la, bukan beg.

Mula-mula pakai, macam tak best beg ni sebab macam besar la pulak. Bila dah lama-lama pakai, eh, best sangat beg ni tau! Patutnya haritu beli dengan kasut yang sepadan sekali. Hahaha... Over pulak. Best la sebab besar, senang sumbat marker pen semua bila nak pergi kelas. Hehehe... 3 hari lepas, Kak Dayan nampak beg tu dah tegur; "Eh, kenapa hijau ni?" Aku pun jawablah; "Akak, sebab hijaulah saya beli." Sebab dia pun pencinta hijau jugak.

No comments: