Engagement Fund ;)

Wednesday, 3 September 2014

Kapooof! Wordy Wednesday

Hari ni kelas penuh dari jam 8 sampai jam 1 sebabnya ganti slot Kak Rosni sebab dia cuti. Patutnya boleh je habiskan topik tadi tapi bila dah sampai point nombor lima, budak-budak dah buat muka toya dan haku dah rasa nak muntah sebab banyak sangat cakap dan perut kosong. Angin dah naik ke kepala. Maka, keluarlah mereka awal 10 minit. Lagi satu sebab nak keluar awal adalah takut kena kunci dalam bengkel sebab orang bengkel selalu tutup pintu awal. Tengah hari pulak keluar makan ke Saha sebab ada orang teringin nak makan Caesar Salad jadi ikut jelah.

Sampai sana dalam pukul 1 ++ dan tempat adalah penuh ye, P.E.N.U.H. Mungkin kerana semalam dia tutup dan orang lain pun beramai-ramai teringin nak makan dekat situ, maka kedai pun penuh. Sedang sibuk-sibuk kecewa sebab tak ada tempat duduk dan nak balik, tiba-tiba ada seorang Chinese datang kat kitorang dan cakap; "Takpe, ada tempat duduk untuk 4 orang. Boleh masuk." Aku keliru kejap sebab yang cakap tu bukan pekerja Saha tapi pelanggannya yang pejabatnya terletak di sebelah pintu. Macam mana tahu ni? Lepas suruh kitorang masuk, dia terus ajak kawan-kawan dia balik pejabat sambil berkata; "Jom guys, kita makan di ofis saja. Bagi orang lain duduk." Owhhh, that's so sweet of you. I'm really grateful for what you've done. Terharu mak incik. Terima kasih banyak-banyak.

Dah duduk, tunggu makanan sampai dekat 1 jam sebab orang memang ramai gila. Sampai bertambahlah iced lemon tea aku baru dapat makan. Makan pulak laju-laju sebab kejar masa, terus bertambah pening. Sampai ofis, kawan-kawan tegur; "Farah pakai selipar je ke tadi?" Iye, saya pakai selipar hijau ni aje. Tempat makan dah eksklusif dah, baju dah merelip dah, tiba-tiba pakai selipar je? Hahaha... Belasah! Tak larat nak sarung high heels dah. Berdiri dalam kelas 3 jam, ko bayang macam mana dia punya penat tu?

Akhir kata, aku merindui Korea sesungguh hati. Entri ni memang entri tunggang terbalik, saja lepas rindu membebel dalam blog lepas 2 minggu dia terbiar sepi. Kalaulah pejam mata je tiba-tiba 'Kapoof! Eh, ni bukan Incheon airport ke?' Gituuu... Tak hagak-hagak berangan tu haaa.... Mampu tengok poskad kiriman dari diri sendiri untuk diri sendiri jelah gamaknya. Alhamdulillah, poskad ni berjaya sampai ke Malaysia. Sekian.

Setem Korea dan nama penghantar; sesungguhnya, tulisan haku adalah serius hodoh sebab menulis dengan tergesa-gesa kerana mengejar masa

Rupa depan poskad; untuk kenangan aku katanya

No comments: