Engagement Fund ;)

Sunday, 14 September 2014

Sabtu Lagi

Bila tak sambung tidur lepas celik mata, macam-macam aktiviti boleh dibuat pada hari Sabtu. Rimas dah tengok gunung baju yang tak terbasuh, maka kejarkan cuaca panas untuk basuh baju sampai dua mesin. Sementara tunggu mesin siap basuh, sempatlah menyapu beranda depan. Kemain banyak bebunga dan dedaun kering beserta habuk. Lepas tu lap pulak tahi cicak yang merata tu. Dah siap tu, mesin pun siap. Sidai baju semua, masuk dapur terus untuk masak tengah hari. Pagi tu dah keluarkan sos pasta buatan sendiri dari tempat sejuk beku dan 1kg paru lembu yang Abah beli waktu raya untuk mereka mencair sebelum dimasak. Tiba masa nak masak, dah cair jugaklah. Keluarkan bayam dari peti yang beli hari Rabu haritu. Masih lagi cantik daunnya walau ada yang kering.

Rebus paru dulu baru siang bayam. Bayam, tumis air je yang sedap maka gigih la menumis. Sambil tu, siapkan bahan untuk kuah pasta. Guna apa yang ada je dalam peti, malas nak pergi beli. Tengah potong sosej, terfikir pulak karang nenek tak makan pasta jadi keluarkan ikan untuk digoreng. Akhirnya, ada 3 1/2menu untuk tengah hari; bayam tumis air, ikan bawal goreng berempah dan spiral vegeroni with bolognese sauce. Siap masak, masuk bilik golek-golek kejap sebelum bersiap pergi tuisyen.

Balik dari tuisyen, singgah ngopi dekat SAHA sorang-sorang sebab stress. Nasib baik tak ramai orang maka kurang segan. Semenjak kopi o dekat SR dah tak rasa kopi, terus tak kuasa nak lepak sana. Tak berbaloi dengan harga yang dibayar. Sekarang ni, Americano paling sedap adalah di SAHA. Setakat ni, masa depan belum tentu. Walaupun target nak makan kek dengan minum kopi je, terbabas order benda lain tapi makanan yang dikira ringanlah sebab tengah hari dah belasah pasta semangkuk.

Nampak macam kedekut kan bluberi dia? Sekali kena cuit dengan garfu, meleleh keluar. Suka!

Balik rumah, singgah kedai nak beli serbuk kunyit sebab baru perasan selama ni aku dok guna serbuk kunyit yang dah 2 tahun tamat tempoh. Hahaha... Nasib baik tak keracunan. Sampai rumah, sambung bersilat dengan paru yang telah direbus tadi. Rancang nak masak goreng berlado. Gigihlah menghiris, merempah dan menggoreng 1kg paru sebelum ditumis dengan cili. Renyah sangat nak masak paru ni tapi yang inilah paling sedap.

Baru goreng berlado hasil rujukan dari blog CMG

Tu jelah pengisian hari Sabtu minggu ni. Siang karang nak pergi jemputan kenduri kahwin pulak jadi kenalah tidur sekarang. Sekian, entri entah hape-hape di tengah malam. *Macam tak ada manfaat tapi nak tampal jugak.*

3 comments:

Nadirah Mohamad said...

Nice giler nampak paru tu...hehehe

Jemput join...
Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014
Terbuka kepada semua...

Syafinaz Ali said...

Oloh!Terliur la pulak tgk paru goreng tu.Isk Isk Isk!

farae al-farafisya said...

Kak Nadirah,
rupa memang nice tp rasa dia kureng sikit sbb lupa nak letak cili api..

Kak Syafinaz,
sementara ada dekat tanah melayu ni boleh la masak jugak..hehehe