Engagement Fund ;)

Saturday, 18 October 2014

Cuti-cuti Malaysia Langkawi 2014 - Episod 1: Perancangan

Berjalan sakan nampaknya tahun ni. Lepas Korea, terus rancang nak bercuti dalam Malaysia. Gayanya macam cop duit saja. Hahaha... Alhamdulillah, simpan sikit-sikit, dapatlah kumpul ongkos. Perancangannya bermula bila aku dengan Aten bincang-bincang waktu ngeteh pada suatu hari. Asalnya nak ke Sabah tapi sebab macam kosnya lagi banyak dan bila buat undian dengan Geng Tingkap semua pilih Langkawi, maka Langkawilah destinasi kami. Dalam ramai-ramai, cuma 5 orang termasuk aku yang nak bagi komitmen.

Kronologi percutian bermula pada 16 Mei 2014 dimana topik dibangkitkan. Seterusnya, pada 22 Mei 2014 tiket kapal terbang pun selamat dibeli oleh AJK Pengangkutan iaitu Chik. Kelas tak percutian siap lantik AJK? Hahaha... Memandangkan harga tiket promosi, kami bayar RM 170 + 10(tempat duduk) untuk tiket pergi balik MAS. Chik biasa beli tiket kapal terbang, maka kita lantik dia jadi AJK ni. Hehehe... Mekaseh Chik! Lepas tu, sibuk cari hotel pulak. Aku jadi AJK Penginapan maka kenalah cari hotel. Disebabkan mak incik suka kalau nak tidur hotel, maka wajiblah cari hotel yang best dan cantik dan ada sarapan. Makan siap-siap senang nak berjalan. 30 Mei 2014 selamatlah tempah hotel melalui booking.com.

Seterusnya, agenda lawatan pulak. Yang ni bincang waktu ngeteh jugak dengan Aten. Siap pinjam peta Langkawi kawan Aten lagi. Semangat! Dah bincang-bincang, masukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk pandangan geng lain. Cadangan saja kekdahnya, kot ada perubahan, kita kira belakang. Gituuu... Kemudian, dalam 3 minggu sebelum tarikh sebenar, kami tempah kereta. Ini pun rumit jugak. Aku nak Estima, ada yang nak Almera, ada yang Serena; macam-macamlah keluar. Hahaha... Siap nak sewa dua jenis lagi sebab nak jimat duit katanya. Akhirnya, Chik sewa kereta besar terus. Tak payah nak pening-pening tukar kereta bagai. Okey, setuju! Maka pada 24 September 2014 selesailah hal-hal tempah menempah untuk keperluan kami di sana.

Benda yang tak selesai-selesai sampailah sehari sebelum pergi adalah cuti masing-masing. Paling mendebarkan adalah cuti Hani sebab dia baru nak tukar bahagian lain maka kena tunggu jadual baru keluar dulu. Aku pulak tak ada masalah nak cuti setakat ni asalkan kelas ada orang ganti. Mada pun tak ada masalah jugak. Chik pun alhamdulillah senang je cuti diluluskan tapi saat akhir ada kerja ad hoc. Merasalah angkut laptop untuk urusan kerja. Aten punya cuti lagi best sebab sampai sudah bos dia tak luluskan secara hitam putihnya. Tapi bos dia bagi cuti cuma dia cakap; "You pergilah cuti dulu. Nanti ada masa I approve cuti you." Hehehe... Paling lega bila Hani cakap dapat pelepasan cuti. Yeayyy! Maklumlah, dari awal dia dok cakap KIV, KIV. Doktor kan, cenggitu la. Susah nak cuti.

Okey, habis episod pertama. Episod kedua akan cuba ditaip secepat mungkin kot-kot ada yang nak bercuti juga dan perlu rujukan.

No comments: