Engagement Fund ;)

Thursday, 23 October 2014

Kerja Luar Tetap

Cerita basi lagi entri kali ni. Hehehe.. Ini kisah bulan lepas dimana lagi sekali namaku 'cukup bertuah' untuk terpilih sebagai salah seorang penggubal soalan peperiksaan sesi 2/2014. Baru-baru ni kan kecoh soalan UPSR bocor kan? Secara peribadinya, aku adalah marah dengan si pembocor soalan sebab ingat senang ke nak buat soalan ni? Bukan setakat nak kena fikir apa benda nak letak, siap nak kena ikut format dia betul-beul tau! Gggrrrr....

Sebelum nama naik, bos kecik memang dah bagi tahu bahawa nama aku dicalonkan ke ibu pejabat dan hati kecilku berkata bahawa nama akan naik sebab dah ada dua kali pengalaman. Tapi pelik jugak sebab dalam banyak-banyak orang, apesal asyik aku dan mereka yang naik namanya? Cer bagi peluang orang lain sekali, kan ker adil? Apa pun arahan yang keluar, saya menurut dengan ikhlas sebab sebenarnya seronok juga dapat keluar dari rutin kerja.

Alhamdulillah kali ni bengkel mula hari Rabu petang maka tak perlu nak ganti kelas. Yeaay! Kali ni juga ada lagi dua nama lain naik sekali maka adalah geng nak ke sana dan sewaktu di sana. Kalau tak sebelum ni aku duduk diam jelah menghadap laptop sampai soalan siap dan sekali sekala meramahkan diri bertegur sapa dengan sesiapa jua yang kebetulan ada depan mata. Bab nak beramah mesra ni, tak berapa nak pandai sangat kecuali orang tu mulakan dulu. Hehehe...

Kali ketiga ni, lokasinya naik sikit daripada sebelum-sebelum ni iaitu di Melaka. Boleh tahan juga Seri Malaysia Melaka ni tapi kalau kena duduk bilik sorang-sorang, seram juga sebab bilik aku kali ni nun di ceruk sana. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Makan boleh tahan sedap dan banyak pilihan. Dewan waktu bekerja pun besar dan selesa jugak. Satu benda yang tak berubah dari dulu adalah virus-virus cinta yang dah bermastautin dalam laptop urusetia. Balik dari gubal soalan, TAK SAH kalau tak bawa balik virus sekali. Nasib baik kali ni pinjam laptop pejabat dan bawa pendrive kosong untuk tujuan memindahkan dan mencetak soalan, maka senang sikit kerja. Habis je cetak dan simpan soalan dalam laptop urusetia, terus format siap-siap.

Alhamdulillah soalan siap awal; Khamis malam dah siap seal semua maka Jumaat tu dah tak ada benda nak buat melainkan melangut tunggu orang lain siapkan soalan diorang. Baliknya tu sempatlah menyinggah beli cencalok dengan belacan; benda wajib beli kalau datang Melaka. Cencalok tu kalau gaul dengan bawang dan cili padi pastu perahkan limau kasturi atau limau nipis, musnah diet ko tak nak makan nasi malam. Hahaha...

No comments: