Engagement Fund ;)

Sunday, 28 December 2014

2014, Seindah dan Seharum Mawar Merah

Tinggal beberapa hari saja lagi 2014 akan berlalu. Dalam diari hidupku, 2014 mungkin tahun yang paling produktif dan proaktif semenjak mula bekerja. Paling aktif menghadiri undangan walimah sahabat-sahabat sekolah mahupun universiti, juga begitu jauh kilometer perjalanan yang tercatat. Alhamdulillah, rezeki untuk melakukan semuanya dalam masa setahun. Tak sangka juga diberi kekuatan untuk melakukannya sampaikan crime partner cakap; "Ko ni banyak sangat jalan tahun ni, aku rasa ko nak kahwin la tahun depan." Mampu ketawa saja mendengar kata-kata crime partner tu. [I know you are reading this, crime partner. Hye there!] Setakat ini, masih solo lagi dan kalau ditakdirkan 2015 nanti sampai jodohnya, itu namanya rezeki. Selagi solo, jom teruskan aktivti mengukur jalan ye crime partner dan juga crime companion yang lain.

Kenangan paling manis mestilah apabila akhirnya berjaya menjejakkan kaki di bumi Seoul dimana ketibaan kami disambut dengan senyuman mesra aktor kacak Jang Dong Gun. Pertama kali meninggalkan Malaysia untuk satu jangka masa, juga pertama kali menikmati keindahan langit malam dari tingkap kecil penerbangan MH066. Kalaulah aku masih lagi ragu-ragu untuk merancang setahun yang lalu, pengalaman manis ini tak mungkin menjadi sebahagian daripada catatan 2014. Terima kasih untuk semua kenangan manis ini walaupun terlalu banyak dugaan yang menimpa Malaysia yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan Tuan Tanah. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya dan kita perlu ambil iktibar daripada pengajaran yang muncul.

Pun begitu, misi paling utama masih lagi tidak tercapai dan wajib diteruskan pada tahun hadapan. Semoga 2015 hadir membawa sinar secerah mentari dan moga ada peluang untuk terus mengembara di bumi Tuhan, InshaAllah. Entri ini disudahi dengan 3 kuntum mawar merah yang diambil dari meja VIP dalam satu majlis di pejabat.

I beg your pardon,
I never promise you a rose garden,
Along with the sunshine,
There's gotta be a little rain sometimes.

No comments: