Engagement Fund ;)

Friday, 26 December 2014

Aidiladha 1435

Cerita Syawal sudah, sekarang cerita Aidiladha pulak. Raya aidiladha kali ni sedikit luar biasa sebab nenek ada dekat sini. Masak-masak jugalah sebab Abah suruh masak. Heee... Rebus nasi impit, buat rendang ayam, dengan sup tulang je. Itu pun bahan-bahan nak masak beli saat akhir, tu yang tak dapat daging. Abah beli bahan utama je, bahan suku sakat aku beli lepas balik tuisyen hari Sabtu tu. Kononnya nak buat kuah lodeh, tapi tanpa tempe la sebab pergi cari barang pun dah pukul 4 lebih, memang orang dah borong habis la kan.

Sampai rumah tukar uniform, sangkut apron terus kerjakan ayam. Tak lalu nak bersihkan semua maka cuma ambik cukup-cukup untuk buat rendang. Dah bersihkan ayam masukkan balik dalam peti sementara nak kisar cili, siapkan bawang segala. Lepas maghrib baru mula menumis. Sebenarnya aku tak berapa nak pakar masak rendang ayam ni sebab arwah mak dulu pun tak suka sangat rendang ayam, lagi suka rendang daging. Maka aku masak berasaskan resepi belasah dan kemudian tu baru Google. Hehehe... Boleh rujuk blog Kak Azie untuk resepi ikut sukatan dan tips ye.

Rendang ayam panas-panas dari kuali..disebabkan pencahayaan tak begitu bagus, inilah dia gambar terbaik yang dapat dirakamkan menggunakan Pokcik Arba

Kalau ikut resepi aku, kisarkan cili kering ikut sukatan nak pedas mana. Waktu kisar tu letak sikit minyak masak untuk hancurkan biji cili. Lepas tu kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Sukatan pun agak-agak la ye dengan kuantiti ayam. Panaskan minyak untuk menumis, kemudian masukkan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang dah dikisar. Kat rumah tu memang sentiasa ada stok kisaran tiga rempah ni maka bila nak masak tinggal cedok je. Goreng kejap je kemudian masukkan bawang kisar. Tumis sampai air bawang kering. Kemudian masukkan cili kering dan masak sampai pecah minyak. Dah sudah tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan dan masukkan ayam. Masak sampai keluar air dan masukkan santan. Biar sampai ayam separuh masak. Lepas tu angkat ayam dan masak kuah sampai pekat. Kalau nak letak kerisek, boleh masukkan waktu ni. Bila kuah dah pekat, masukkan balik ayam dan hirisan daun kunyit dan masak sampai ayam masak. Bab asingkan ayam untuk pekatkan kuah tu aku ikut tips Kak Azie sebab kalau masak sekali dengan ayam, ayam akan hancur. Boleh tahanlah rasa sedap jugak rendang ayam ni. Hehehe...

Kuah lodeh tak jadi buat sebab dah penat dan kebetulan Kak Zura monjong macam-macam petang Sabtu tu, jadi lauk dah banyak. Hari raya tu Wak Yem datang bawak macam-macam jugak, siap ada ketupat lagi. Alhamdulillah, rezeki. Itu sajalah cerita raya haji tahun ni.

2 comments:

Matahari said...

Salam. Lajunye nak habiskan entry 2014. =)

farae al-farafisya said...

Wsalam Cik Matahari..benornya dah banyak yg bertaip dan tinggal selit gambar je; tu yg laju sikit dari siput...hehehe