Engagement Fund ;)

Sunday, 28 December 2014

Bila TIba-tiba Demam...

Ini cerita Jumaat lepas dimana tiba-tiba demam la pulak. Sebagai seorang yang susah nak demam, haruslah bila dah demam tu jadi mengada-ngada sikit. Pagi tu masih okey lagi cuma badan dah rasa macam tak sedap; letih semacam. Masuk pejabat, tak ramai orang pun. Orang Banting je yang datang kerja sebab orang tempat lain semua pakat-pakat cuti. Bila tak ramai orang, suhu pun sejuk lain macam dalam pejabat tu tapi masih boleh tahan lagi.

Kemuncaknya adalah pada waktu rehat tengah hari. Waktu rehat lama jadi aku pun ikutlah Kak E dan Kak R keluar ke pekan. Waktu nak kereta, dah hujan rintik-rintik. Masuk kereta, okey lagi tapi dah mula sejuk. Lokasi pertama adalah TenTen sebab Kak E nak beli beg sekolah anak dia. Kami tunggu dalam kereta je. Waktu ni, nampak seorang budak dalam lingkungan usia 4 tahun menggigil kesejukan sebab bajunya basah. Kesian tengok dan terus terdetik dalam hati, 'Begitu sejukkah sampai menggigil macam tu?' Hujan pulak semakin lebat rintiknya.

Dari situ nak ke lokasi seterusnya, dah mula rasa sejuk dan menggeletar sikit. Sampai aje dekat The Store, terus menggigil tahap ketap-ketap gigi. Air-cond dia yang biasanya sendu, boleh pulak sejuk. Haih... Masuk jugalah ronda-ronda sekali dengan diorang sambil sedaya upaya tak nak tunjuk aku tengah menggigil kesejukan sebab dah la tumpang diorang, lepas tu nak banyak cekadak pulak kan. Akhirnya, tak tahan juga kesejukan dalam tu dan minta kebenaran Kak E nak duduk dalam kereta.

Dalam kereta masih lagi menggigil dan tangan pun dah kebas sebab sejuk sangat. Terus WhatsApp doktor peribadi tanya macam-macam sampai dia diagnos penyakit menakutkanlah. Hehehe... Doktor kata, jangan duduk tempat berair-cond dan mandi air suam. Kena mandi sebab nak stabilkan suhu badan; kita rasa sejuk tapi sebenarnya suhu dalam badan panas. Nak stabilkan, kena mandi dengan air suam. Lepas tu sebab dah kena hujan, jadi kena mandi jugak untuk bilas air hujan yang tak berapa nak bersih. Dah, tu je. Kesimpulannya, tak boleh terus berselubung sebab sejuk ye korang, kena stabilkan suhu.

Sampai pejabat, terus isi borang mintak separuh hari sebab dekat pejabat tu celah mana yang tak ada air-cond? Sepanjang memandu dari pejabat nak sampai rumah, memang berdoa banyak-banyak supaya selamat sampai sebab kepala dah berpusing-pusing dan masih lagi menggigil satu badan. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Sampai rumah je terus masak air dan buat air suam untuk mandi. Memang terasa lega sikit berbanding tadi. Sejuk pun kurang tapi kepala masih berdenyut. Cuba tidur tapi boleh. Sudahnya heret bantal depan tv dan layan channel 321; cerita Hong Kong tapi ada P.Ramlee dan Saloma. Bila cerita habis, barulah terasa mengantuk. Memang melepek ajelah seharian tu sampai tak fikir dah nak masak ke apa. Kalau demam macam ni, memang ubatnya tidur.

No comments: