Engagement Fund ;)

Friday, 26 December 2014

Cerita Syawal 1435H

Sebelum tahun 2014 habis, kena habiskan entri tertunggak yang berlambak dalam draft ni. So much to say, so much to share, yet not much time to type. Dimulakan dengan cerita Syawal 1435H. Ini merupakan tahun ke-5 berhari raya tanpa mak dan aku masih lagi tak berjaya menguruskan semuanya dengan baik. Still juggling between doing the house chores and making raya preparation by myself. Tahun ni ambik pendekatan 'ko larat ko buat, ko tak larat jangan membebel' sebab bila nak buat jugak tapi orang lain buat tak tahu je, kang mulalah membebel. Lepas tu terus rosak mood nak buat. Maka, diam itu lebih baik.

Ini buka puasa terakhir, teringin makan piza maka ke Domino's dengan Abang Paiz lepas beli baju Abah sebab tak sempat balik

Alhamdulillah, sempat buat 3 jenis kuih raya, sempat beli peti sejuk baru, sempat tempahkan baju baru untuk nenek dan sempat belikan Abah baju baru. Lauk raya pulak cuma masak rendang je rasanya sebab lauk orang monjong banyak makanya tak jadi masak kuah lodeh dengan buat sambal kacang.

Salah satu kuih rayaku, biskut cornflakes...semua kuih raya dibuat pada malam raya sampai cairlah plug oven tu sebab panas sangat...heee

Terima kasih korang, sudi datang beraya. Tahniah Hani sebab jumpa rumah Sazoh. Tahun lepas dia nak datang jugak tapi sesat barat tak jumpa jalan. Hehehe...

Family potrait..hehehe..ini dalam perjalanan ke rumah Cik Iti

Walaupun tetamu tak berapa nak ramai, kena buat dua tempat juga kuih raya ni; satu dekat sofa dan satu lagi meja makan 6 kerusi yang kerusinya tinggal 4 je...untuk meja makan ni tema dia Tupperware..

Tetamu yang datang pun macam biasa jugak. Sepupu-sepupu, makcik-makcik, saudara-mara belah nenek dan juga anak-anak murid Abah. Tahun ni tak banyak berjalan sangat sebab nenek beraya dekat sini. Nenek kan cepat penat dan kalau ramai-ramai nanti dia bingug jadi lebih duduk rumah tunggu orang datang. Tapi rumah makcik-makcik yang wajib tu memang kena pergi. Keseluruhannya, raya kami sederhana saja setiap tahun termasuk tahun ni. Semoga sempat berjumpa ramadhan dan syawal 1436 pula nanti, InshaAllah.

No comments: