Engagement Fund ;)

Tuesday, 9 December 2014

Photobook Murah dan Cun

Sendiri design, sendiri puji photobook cun. Hahaha... Kisahnya, bila tengok-tengok email promosi dari Groupon, nampak la promosi photobook dari Photobook Malaysia. Disebabkan murah dan boleh design ikut suka hati, maka aku pun dengan tamaknya nak beli. Waktu nak beli ni pulak la kad debit buat hal, tak boleh nak teruskan pembayaran. Nak telefon centre malam-malam buta, memang dia jawab; "Pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk, sila tinggalkan nombor telefon anda untuk kami hubungi semula." Dah banyak kali dah kena. Kalau nak bercakap dengan manusia, memang kena telefon dari mula waktu pejabat sampailah sebelum tengahari.

Selepas bersusah payah, aku berjaya jugak beli. Dalam promosi tu ada beberapa pilihan saiz dan kulit luar. Aku pilih photobook bersaiz 11x11 dengan bentuk segi empat sama dan debossed hardcover. Sebab nak abadikan kenangan di Korea, kenalah beli yang besar dan ada banyak muka surat. Itupun tak cukup. Terpaksa tambah muka surat dengan tambahan kos. Leceh sebenarnya nak buat photobook ni sebab semuanya kita yang nak kena fikir. Tapi bila dah siap, puas hati.

Mula-mula kena muat turun perisian dia dari laman web Photobook Malaysia. Kemudian, bolehlah mula susun gambar dan letaklah corak apa nak letak, perkataan apa nak tulis. Boleh pilih samada nak guna template sedia ada atau nak design sendiri. Kalau tak cukup mukasurat, boleh je tambah sendiri tapi kena bayar harga lain la ye. Macam mana nak kira harga? Jangan risau, dekat laman web dia dah ada kalkulator. Masukkan je nak tambah berapa muka surat dan dia akan kirakan. Bila dah siap design dan puas hati dengan hasil kerja, bolehlah hantar pesanan. Dah confirm order, tunggu parcel sampai depan pintu pejabat. Alhamdulillah, urusannya teratur, cepat dan berkualiti tinggi. Nah tengok rupa photobook yang dah selamat jadi harta mak incik.

Rupa parcel

Selepas parcel ditoreh...

Apabila tali pengikat digunting, taraaaa...!

Mestilah kena warna hijau...hehehe

No comments: