Engagement Fund ;)

Tuesday, 9 December 2014

Sibuk!

Lepas entri ephyra tu, tak dan nak mengarang. Mak incik sibuk dan tak rajin nak cari masa mengadap blog. Tunggu dah habis tanda kertas periksa budak-budak ni, selesaikan markah, hantar apa-apa yang patut dihantar, barulah lega sikit. Kelas tuisyen malam pun dah mula balik makanya rutin lama pun bermula semula. Tak apa, nak dapat duit memang tak mudah tapi tak juga payah asalkan sanggup berpenat-lelah.

Hari ni mood gembira sebab dapat PC baru. Mihmihmihmih... Dari mula aku masuk kerja dulu sampai la jam 4.15 petang tadi, PC tulah yang banyak berjasa walaupun prestasi dia tak sebagus PC lain yang lebih terkini perisiannya dan model terbaru. DELL model tahun 2004, memang tak patut la kalau nak bandingkan dengan DELL tahun 2014. Waktu mula-mula pakai PC tu, memang guna perkakas asal dan memang sangat menguji kesabaran. Nak buka dokumen pun ambik masa 5 minit. Nak gerak cursor pun kena tunggu seminit. Aku sorang jelah sabar tunggu dia buat kerja dia. Bila tiba System Admin(SA) guna PC aku, barulah dia tahu selama ni PC aku tu lembs. Terus dia naik taraf RAM. Ada la dua kali kot tukar RAM, barulah laju.

Kemuncak kesabaran SA 'meletup' adalah bila aku asyik telefon suruh tengok pasal apa tak ada internet connection lepas blackout ni? Pelik tak bila orang lain ada internet aku sorang je takde? Mula-mula ingatkan port internet yang rosak atau kabelnya yang rosak tapi selepas diuji, dua-dua tak ada masalah. SA masuk dalam bilik server dan godek-godek port dalam tu, terus ada internet balik. Tapi, kejap ada kejap takde internetnya. SA kata kena tukar-tukar port yang dalam bilik server. Benda ni jadi lepas bekalan elektrik tiba-tiba terputus beberapa minggu lepas. Aku hangin, dia pun hangin la kan sebab asyik nak kena godek port internet PC aku je. Akhirnya semalam dia kata nak bagi PC baru terus. Buatlah apa pun asalkan tiga benda yang penting tu tak terjejas. Maka tamatlah riwayat PC tertua dekat bahagian depan tu. Yelah, asal PC baru sampai je, orang lain dapat. Asal yang baru sampai je, dulukan orang lain. Akuuuu jugak pasrah. Tapi tak berapa nak heran sangatlah dengan PC baru orang lain tu sebab semedang je tak boleh nak connect internet atau nak print. Mihmihmih...

PC pejabat, nak buat apa sangatlah kan melainkan kerja-kerja pejabat. Paling penting boleh print, boleh access internet bila nak cari bahan bantuan mengajar, dan boleh access public storage untuk dapatkan nota atau isi e-hadir. Komputer dengan RAM 8 gig atau hard disc 1 terabyte sekalipun tapi tak boleh buat tiga benda tu, tak guna jugak. Harap-harap PC baru yang tak berapa nak baru ni dapat berkhidmat dengan cemerlang macam PC tua aku tu.

No comments: