Engagement Fund ;)

Thursday, 30 January 2014

Dua Kotak

Macam biasa, setiap tahun bila saja perayaan tahun baru cina menjelma, mesti akan dapat limau mandarin percuma. Siapa yang bagi? Pemberi tetap adalah peraih kelapa sawit. Dulu-dulu dia bagi satu plastik merah yang kecik tu je tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, satu kotak terus dia bagi! Mungkin sebab Abah salah satu pelanggan tetap dan semua kebun yang Abah kerjakan dijual hasilnya pada dia, maka dia pun bagilah sekotak terus tanda penghargaan kerana menjadi pelanggan tetap. Lepas tu dua hari lepas dapat sekotak lagi Abang Faiz bawa balik dari kilang. Maka, kembunglah perut makan limau sampai minggu depan. Rezeki, jangan ditolak.

Wednesday, 29 January 2014

Fighting!

Saya Terkesan Dengan Kritikan Itu...

Tajuk panjang sebab jiwa kacau. Ini kali yang ketiga dalam masa kurang lebih setahun. Semalam, sebelum kelas bermula, Kak Ijan ketuk pintu kelas dan cakap nak jumpa. Dia kata, budak-budak mengadu aku garang dalam kelas. GARANG? Eh, rasa macam biasa-biasa je aku mengajar. Itu cara aku mengajar. Kali pertama, kena tunjuk tegas supaya tidak 'dipijak'. Kemudian barulah boleh sikit-sikit berlembut. Lama pulak tu Kak Ijan jumpa dan  bercerita perihal aduan tu. Terus rasa tak semangat nak mengajar. 

Apa yang dimaksudkan dengan garang tu? Tak bagi anak-anak murid bercakap waktu sesi pengajaran? Tengking anak-anak murid bila salah bagi jawapan? Atau membuat muka serius sepanjang waktu kelas tanpa sikit pun buat lawak? Pasal bercakap dalam kelas, aku rasa itu adab paling asas sekali. Bila orang lain bercakap, kita kena dengar. Bukan dengan kita sekali sama naik. Waktu buat latihan, tak adalah pulak aku cakap tak boleh buat bunyi. Nak bincang, bincanglah asalkan bukan berborak. Tengking? Memang tak lah! Proses pembelajaran memanglah akan ada waktu salah dan waktu betul. Asalkan dia mencuba, ko dah kenapa nak menengking ni? Tak pernah menengking pun tau. Isu serius? Memanglah kena serius waktu belajar. Kalau lagi banyak ketawa dan berborak waktu belajar, bukan ke buang masa namanya?

Buntu kejap nak buat macam mana. Bukan ke kalau kamu nak belajar, kamu yang kena sesuaikan diri dengan cikgu tu? Setiap cikgu kan ada cara dan  gaya masing-masing? Diorang tak tahu cikgu-cikgu zaman aku belajar dan tuisyen dulu lagi garang kuasa lapan. Suara macam petir, lepas tu sikit pun tak senyum dalam kelas. Ke memang budak-budak sekarang ni manja? Aaa, rasa macam nak berhenti pun ada jugak. Tengok dulu macam mana. Sudi nak bagi pendapat? Comment please. Thank you...

Sunday, 26 January 2014

Ubat Lipat Kain

Ada sesiapa yang kena ada sesuatu untuk buat sesuatu? Lipat kain bukan satu tugas yang menjadi kegemaran. Basuh kain atau sidai kain, tak ada masalah. Kumpul kain bersih sampai jadi gunung lagilah tak ada masalah. Hahaha... Yang tu dah jarang buat dah sekarang sebab kena paksa diri juga lipat terus kain-kain yang telah dibasuh sebelum dia menimbun macam gunung. Ubatnya adalah dengan menonton drama Korea. Setakat ni itu yang paling mujarab. Sedar-sedar je, 'Eh, dah siap lipat?' Gituuu... Boleh la kan layan Korea sambil buat kerja lain, ada juga manfaat.

Itu yang manfaat, yang mudarat pun ada juga bila dok melangut tengok drama Korea. Apa yang memudaratkan tu? Mentekedarah ramyun pagi-pagi buta! Sebab? Tengok pelakon-pelakon tu makan ramyun guna chopstick dalam mangkuk besi, sedap sangat nampaknya tu. Hahaha... Kalau cuti panjang, itulah kerja aku; mempulun drama Korea sambil makan ramyun. Tak nak kalah sebut ramyun, padahal mee segera je kot. Kalau terlebih rajin, siap buat kimchi ko! Tapi dah lama tak rajin, maka layankan aje mee segera dalam mangkuk besi. Bukanlah selalu pun, once in a blue moon katanya. Kalau tengok drama moden je pun terjebak hadap ramyun ni, drama klasik tak adalah sebab waktu tu mee segera belum wujud lagi.


Ramyun perisa mee bandung cap Adabi yang ditambah hirisan bawang dan cili padi serta beberapa biji bebola ikan. Sedap weh, makan sama-sama dengan orang yang berlakon. Kehkehkeh... Bila datang perangai senget, layankan aje. Ada beberapa drama untuk diulas tapi tak sempat nak karang. Ingatkan malam ni nak habiskan Gu Family Book sekali rupanya ada lagi lapan episod. Ciss, ingatkan sampai episod 20 je. Kena sambung hujung minggu depan pulak la nampaknya. Eh, bukan nak cerita pasal lipat kain je ke? Dah kenapa sampai ada mee segera pulak ni? Takpe, kita jamak sekali dalam satu entri. Bye!

Friday, 24 January 2014

RTK #2: Hari Kejadian

Selagi cerita perjalanan ke dan di Kelantan tak habis karang, selagi tu tak boleh tidur malam rasa semacam. Sebabnya dah janji pada diri sendiri untuk abadikan kenangan sepanjang perjalanan di sini untuk tatapan di kemudian hari. Haritu alasan gambar tak siap edit, sekarang alasan malas nak mengarang. Boleh? Hahaha.. Meh la kita tengok gambar yang diselang selikan dengan sedikit cerita sebab dah lupa-lupa ingat.

Kali niadalah cerita pada hari kejadian pada 15 November 2013 bersamaan hari Jumaat. Semua bangun awal pagi, seronok nak menimba pengalaman kekdahnya. Disebabkan pengurus pasukan bola tampar tak ikut atas sebab-sebab tertentu, maka tak ada pengajar pengiring untuk bola tampar. Aku pun dah lupa macam mana aku boleh kena pantau budak-budak bola tampar ni. Heee... Tempat perlawanan dengan penginapan boleh tahan jauh jaraknya jadi berlaku sedikit kekecohan untuk pengangkutan budak-budak sebab kebanyakan perlawanan bermula serentak. Perlawanan berpasukan ye, macam bola sepak, bola tampar dan juga bola jaring. Bayangkanlah berapa ramai nak kena angkut untuk sekali jalan. Memang bersempitanlah budak-budak ni dalam Hiace, Alza, Hilux dan juga beberapa kereta sedan lain. Kenderaan sendiri saja, penganjur tak sediakan pengangkutan.

Memandangkan perlawanan berlangsung sepanjang hari, memang kami berkampung di tempat perlawanan. Semua pemain rupanya bermain untuk perlawanan begini buat pertama kali jadi masing-masing tak boleh nak tune perasaan cuak dan gementar lagi sampai terbawa-bawa waktu bermain. Aku ni dahlah tak ambik tahu pun peraturan perlawanan pun, maka duduk jelah tepi gelanggang jadi pemerhati dan penyokong.

Ini pagi-pagi waktu baru sampai. Apa-apa hal, kita bergambar dulu.

 Dah bergambar, diorang warm-up pulak. Nampak dua orang yang pakai baju biasa tu? Itu bekas pemain. Sebab sem lepas diorang dah habis LI di pertengahan sem, maka tak layak nak turut serta. Maka diorang jadi jurulatih saja.

Ini untuk orang ketagih kafein. Semangat aku angkut paket-paket berisi kafein sebab katanya duduk Homestay, mesti ada cerek nak masak air kan? Nan hado! Merasalah sakit kepala sehari sebelum berjaya menapau beberapa tin Nescafe ni dekat pasaraya Pantai Timur. Sementara tunggu giliran budak-budak tu main, aku alas perut dulu dengan roti dan Nescafe ni.

 Situasi sebelum perlawanan. Motivasi dari pengurus bola tampar di Selangor nun. 

Waktu tengah hari, rehat panjang jadi sempatlah makanan nak hadam dan bolehlah diorang rehatkan badan kejap sebelum sambung perlawanan petang karang.

Eh, mana gambar dalam gelanggang? Tertinggal nak edit lepas tu dah malas nak korek album gambar yang beribu-ribu lemon keping tu. Hehehe... Keputusan perlawanan, tak menang pun. Ada satu insiden 'busuk' yang berlaku yang sepatutnya tak berlaku. Kesimpulannya, jujurlah dalam semua perkara yang kita buat. Keikhlasan dan kejujuran lebih bermakna berbanding nama dan pingat. Tak apalah, tak ada rezeki nak dapat pingat. Boleh cuba lagi untuk sukan zon tengah nanti. Perlawanan bola tampar berlangsung selama dua hari, Jumaat dan Sabtu. Hari Sabtu perlawanan sebelah pagi je jadi lepas habis perlawanan tu, hantar budak-budak ni ke tempat perlawanan yang sedang berlangsung untuk jadi penyokong. Dah tinggal pesan macam-macam, petangnya pengajar-pengajar ni pulak pergi bersiar-siar di Kota Bharu. Sambung entri akan datang. 

Sunday, 19 January 2014

Semua Nak Rosak Kan?

Minggu sudah minggu pertama bekerja semula tapi ada dua hari cuti tambahan. Eh, macam tau-tau aje aku tak habis lagi tune mood kena kerja. Yelah, bila cuti je mesti bertukar jadi burung hantu. Burung hantu pun geleng kepla tengok manusia ni punya perangai. Hahaha... Dah biasa tidur pagi dalam pukul 7 ke 8 camtu, weng sikit la nak suruh otak tidur pukul 11. Kelas tuisyen pun dah mula di SI dan IH. Di SI Kak Ijan minta ajar F4 sekali jadi bertambahlah satu hari bekerja kerja lebih masa iaitu Selasa. IH pulak memang semua sekali aku sapu, F5, F3 dan UPSR. Fuhh, kadang tu fikir penat juga tapi bila ingatkan mereka ni susah nak cari cikgu, dan bila dapat cek bayaran atau sampul surat elaun, terasa berbaloi juga berpenat. Paling penting, bila apa yang diajar dapat difahami dan ada yang datang balik untuk belajar bila masuk F5 ni. Tak apa, selagi mampu bertahan, aku buat. Agak-agak dah lelah nanti, baru aku berhenti.

Al-kisah, malam Selasa lepas aku singgah isi minyak sebaik saja habis mengajar sebab dah nyawa ikan minyak dalam tangki. Isi 40 hengget, ingatkan penuh rupanya hampir-hampir penuh. Okey belasahlah, boleh sampai dua minggu ni. Esok paginya pergi kerja tengok meter minyak turun dengan agak banyak. Macam pelik tapi tak rasa pelik sangat lagi. Cuma pelik bila air-cond dihidupkan bau petrol yang keluar, bukan bau Teddy Tales. Ah sudah, dua kali dah ni. Sesi isi minyak sebelum ni pun macam tu juga, lepas isi minyak je bila hidupkan air-cond bau petrol. Ingatkan minyak tumpah ke apa tapi bila tengok, tak ada pun.

Hari Rabu tu memang aku banyak ukur jalan sebab ulang-alik pergi pejabat imigresen jadi memanglah akan guna banyak minyak. Tapi bila meter minyak turun mendadak macam aku dah ulang-alik Banting-Klang, sesuatu sangat ni. Dalam pada takut tu, belasah juga bawa kereta tapi dalam otak fikir bukan-bukan. 'Macam mana kalau tengah memandu ni tiba-tiba kereta meletup?' 'Nak basuh kereta tapi kalau tengah-tengah basuh kereta tiba-tiba kereta terbakar macam mana?' Imaginasi kanak-kanak sungguh! Hahaha...

Balik rumah, cakap dengan Abah dan minta tolong tengokkan. Esok paginya Abah hantar aku pergi pejabat dan terbukti bukan hidung aku je bau petrol bila air-cond dihidupkan, Abah pun dapat bau sampai Abah suruh tutup dan buka tingkap sebab bau dia memang kuat. Bila mekanik Perodua periksa, rupanya hos minyak bocor. Jangan tanya macam mana rupa hos minyak tu sebab yang bawa pergi tukar adalah Abah. Hehehe... Kena 25 hengget untuk tukar tu. Alhamdulillah, selamaat semuanya. Tak perlu lagi berimaginasi liar lepas ni. Kehkehkeh... Macam-macam pengalaman aku dengan Mrs. Kanc. Tayar bocor je dah tiga kali, brek rosak sampai kena tow pun pernah, dan paling fobia sekali bila wind screen retak seribu waktu tengah memandu. Fobia...fobia.. Fobia pun, kalau ukur jalan tu tak reti ukur sikit-sikit, mesti kena ukur panjang-panjang. Hehehe...

Dah Buat!

Asslamualaikum...Sebelum mula bercerita, nak maklum bahawa blog masak memasak Cik Farae telah dibuka semula untuk tatapan umum. Kalau rajin nak tengok resepi, silalah klik Dapur Cinta Farae. Resepi-resepi yang ada telah dicuba dan boleh dipercayai dan gambar pula dari kamera sendiri. Tapi tak setanding jurugambar sebab tak berapa nak rajin set tempat dan pencahayaan. Hampeh punya penasihat kelab fotografi yang juga bekas ahli kelab fotografi ni...hahaha... Okey, sambung cerita.

Sekian lama asyik bertangguh nak buat pasport, minggu lepas paksa diri juga untuk buat pasport sementara belum sibuk. Kalau boleh nak selesaikan hal-hal yang memerlukan komitmen serta pengesahan sebelum bulan Mac. Nak mohon cuti lagi, nak mohon kebenaran ke luar negara lagi, cuak pulak kalau bos besar tak luluskan sebab ada kelas. Takpe bos, saya ganti kelas tu awal-awal ni. Semoga cuti diluluskan. Aminnn... Okey, panduan untuk yang pertama kali nak buat pasport, kena sediakan dua benda ni;
1. 2 keping gambar latar belakang putih (pergi kedai gambar cakap nak ambik gambar untuk pasport antarabangsa)
2. satu salinan kad pengenalan

Gambar latar putih tak ada, maka hari Isnin lepas kerja, laju-laju pergi kedai gambar ambik gambar alang-alang dah pakai tudung warna gelap ni(boleh tengok entri sebelum ni). Nak ambik gambar kena buka mata dan kena ketap mulut. Nak senyum, jangan nampak gigi. Aku ingat nak buat muka serius, tapi 'ter' senyum pulak maka hasilnya mata sedikit sepet. Pasrah jelah. Yang penting mata terbuka dan mulut tertutup. Disebabkan sekarang ni awal sem, maka masih belum sibuk sangat. Lepas kelas pada hari Rabu, minta kebenaran keluar kejap dari bos kecik tapi segan nak cakap pergi buat pasport; dalam borang kebenaran cuma tulis ke bank sebab memang nak ambik duit pun untuk bayar pasport. Hehehe...

Ini cerita di Imigresen Kuala Langat tau, tempat lain tak tahu macam mana. Pejabatnya terletak di bahagian atas Pejabat Pendaftaran dan bertentangan JPJ. Kalau dari Pekan Banting, cari arah nak ke hospital. Dah jumpa hospital, terus lagi sampai jumpa lampu isyarat. Dekat simpang tu belok kiri dan kemudian belok kiri lagi sekali untuk masuk kawasan kedai-kedai. Nanti jumpalah signboard Imigresen tu. Orang kata, print out borang dari laman web dan isi siap-siap. Aku pun semangatlah print dan isi. Siap kelam kabut ukur tinggi guna ukuran DIY zaman kanak-kanak lagi. Entah tepat entah tidak dia punya jarak tu sebab bila dah ukur, aku macam 'Eh, ***cm je? Pendeknya?' Hahaha... Tapi jangan risau kalau tak jumpa pengukur pun sebab dekat sana dia ada letak pengukur di kaunter. Cuma berdiri di tepi pengukur tersebut dan pegawai di kaunter akan tengok berapa ketinggian kita.

Berbalik pada borang tadi, sampai-sampai je tak ada orang langsung. Yang benar ini pejabat imigresen? Cari mesin nombor untuk ambil giliran tapi tak nampak. Arahan untuk kemana dan buat apa pun tak ada. Tercengang kejap depan tangga sebelum ke kaunter pertama. Oh, pejabat ni kecil je; cuma ada empat kaunter dan setiap kaunter dipisahkan oleh penghadang. Maka kalau kaunter pertama tu tak ada orang untuk bantu, pergi dekat-dekat, jenguk kepala dekat cermin dan kuatkan suara untuk tanya sebab orangnya duduk kat meja dalam, tak boleh nampak orang dari pintu masuk. Kemudian, ada seorang pegawai datang dan layan. Dia tanya samada baru nak buat untuk kali pertama atau nak baharui pasport. Maka aku pun dengan cuak-cuak jawab kali pertama. Motif nak cuak? Hahaha... Dia cuma minta gambar, salinan IC dan juga MyKad. Aku pun tanya; "Borang?" Dia jawab; "Borang tak perlu." Hoi, membazir kertas aku print borang sampai dua helai. Sabor jelah. Bila dia tengok semua yang diperlukan lengkap, baru dia bagi nombor sekali dengan dokumen yang lengkap.

Kemudian, sila ke kaunter yang tertera pada skrin bila nombor naik dan bagi dokumen yang dah disemak tadi. Rupanya borang tu dia isi terus dalam sistem. Ko jawab jelah pertanyaan dia untuk lengkapkan borang. Dah siap tu, dia suruh duduk untuk ke proses seterusnya iaitu selesaikan bayaran. Aku pun duduklah sementara tunggu. Tak sempat nak berangan pun sebab pegawai kaunter bayaran dah panggil nama. Pergi kaunter bayaran, hulur RM 100 kalau buat untuk dua tahun. Kalau nak buat untuk lima tahun terus, sediakan RM 300 ye. Lepas bayar, dia pulangkan MyKad dan bagi resit lepas tu dia suruh datang petang ni untuk ambik pasport. Kalau tengok resit, dia ada tulis 'PASPORT BOLEH DIAMBIL DALAM TEMPOH SATU JAM SELEPAS BAYARAN DIBUAT' dan 'SILA KEMUKAKAN MYKAD SEWAKTU TUNTUTAN DIBUAT' Macam tulah lebih kurang ayat dia, dah lupa mana aku selit resit tu. Hehehe...

Tapi jangan nak percaya sangatlah tulisan dalam resit tu sebab pertama; permohonan yang dibuat pada waktu pagi hanya akan siap pada sebelah petang dan kalau buat sebelah petang, sila datang semula esok pagi. Kedua; waktu menuntut pasport dia cuma tengok resit je, MyKad dia tak tanya langsung. Sila jangan lenggang kangkung datang bawak diri dan MyKad je ye. Petangnya, semangat aku nak ambik pasport. Sekali bila sampai atas, mak aih, mana nak lalu ni? Ramai sungguh manusia dalam tu. Penuh! Semua nak ambik pasport kot. Aku pergi kaunter pertama, dia mintak resit dan dia suruh duduk. Nasib ada kerusi kosong, maka sempatlah aku berangan sambil duduk tu sebab lama juga menunggu nama dipanggil. Nama naik, pergi ke kaunter. Dia suruh tandatangan dekat muka surat pertama pasport dan borang permohonan. Dah sudah tu, selesailah semua. Fuh, lap peluh! Alhamdulillah, selesai satu urusan.

Pasport dan bajunya...sarung tu beli dekat Milkadeal dari tahun lepas lagi; sebab dia warna hijau, laju aje aku tekan 'Buy'...hahaha...

Lepas ni boleh fokus urusan yang lain pulak macam kawtim dengan pengajar lain untuk ganti kelas awal-awal ni atau cukupkan duit tabung untuk ke Sabah. Eh? 'Bila kau nak kahwin ni? Asyik berjalan je?' Jangan tak tahu, itu soalan paling panas untuk 2014 ni sampai aku pun dah tak rajin nak jawab. Tapi, meh aku nak jawab jugak; 'Kome ada calon untuk teman ke?' Boleh tak aku jawab gitu? Hehehe.. Sabah tu rancangan baru untuk percutian hujung tahun ni InshaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kami dirahmati, amiiinnnn...

Monday, 13 January 2014

Tak 'Ong'...

Selepas sebulan cuti yang tak mententeramkan , akhirnya hari ni kembali bertugas. Alhamdulillah, rezeki nak ke luar negara. Eh? Hehehe... Cuti kali ni paling tak boleh belah sekali sebab macam @#$%*#~ . Geram gila okey orang asyik telefon cari suruh buat kerja tanpa kata-kata manis yang menyedapkan hati hatta "Tolong" sekalipun walaupun aku sudah tidak dalam perkhidmatan. Derrr, kerja yang hakiki iaitu berbayar pun kau orang lain senang-senang je elak, apatah lagi kerja secara percuma tanpa bayaran sesen pun, memang hangin la kan? Memang la tu kerja aku tapi dah aku cuti awal, takkan cari aku jugak? Kalau cakap elok-elok minta tolong buatkan, redha la sikit nak buat. Ini main hempuk je bawah meja. Untuk sejukkan hati, maka hari ni datang pejabat pakai baju baru pemberian kakak sepupu. Terima kasih kakak sepupu :) Okey, harap tahun baru ni membawa lebih kesabaran dan kelancaran walaupun awal-awal lagi jadual sem ni tak 'ong'. Hadap jelah...
#ootd #cerminsurau

Monday, 6 January 2014

Kalau berjimba tu,....

...laju aje nak gebang. Hahaha... Sebenarnya hari ni keluar sebab nak tuntut kit percubaan Clinique JE. Eh, tapi dah alang-alang sampai sana, takkan nak tuju kaunter Clinique je kot? Awal-awal ko dah sorok udang disebalik Maggi kan? Kihkihkih... Dah lama betul rasanya tak keluar dengan tujuan ke tempat membeli-belah. Sampai pun kira awal dan orang pun tak ramai lagi, jadi teruslah tuju ke tempat tujuan. Dan kami berjaya menjadi orang pertama menuntut kit tu di Jusco Bukit Tinggi. Yeaaayyy! Macam mana boleh tau? Sebab bila sampai situ dan tunjuk invitation on FB, barulah beliau print out borang untuk di isi menandakan kami dah tak layak nak tuntut kit ni di kaunter lain lagi. Dan iniah kali pertama aku pergi situ dan dia cakap aku macam dah tak sesuai guna 3-step yang nombor 3 sebab nampak macam kulit aku dah okey dan boleh tukar guna yang lain. Tahun depan la kot, toner ada lagi separuh botol, cleanser pun ada lagi separuh botol. Pemalas Penjimat kekdahnya...

Inilah dia kitnya..comey tak Kak Ton?

Sebenarnya, bila keluar je iklan dia kat FB dan nampak ada tulis Giveaway, haruslah terjojol biji mata dan terus terdetik dalam hati; 'This is just perfect for travel!' Gituuu... Kuasalah kan aku nak beli travel set dan pindahkan dari botol besar pergi ke botol kecil. Tidak..tidak.tidak... Dah dapat tiga-tiga ni, muka bahagia gila. Hahaha... Yang belum cuba, masih ada masa lagi sampai 9 Januari. Percuma beb, percuma!

Invitation designed by me...masa nilah baru perasan gambar aku berdua dengan Aten tak banyak..

Dah simpan dalam beg, merewang bahagian beg tangan pulak sebab ada orang tu nak beli beg baru katanya. Tak ada yang berkenan, meh tolong Tuan Tanah pilih beg untuk melancong karang. Lama gila nak memilih beg ni sampai yang tolong pilih duduk dekat celah-celah beg dek kerana penat memberi pandangan kepada yang nak membeli beg. Heeee... Pilih punya pilih, punya pilih; belek punya belek, punya belek, barulah kata sepakat dicapai. No turning back! Dari yang saiz 23, sampai saiz 25, sampailah akhirnya ambik saiz 27. Nah, bukan hanbok je ko boleh bawak balik, dengan Kwon Sang Woo sekali ko boleh masukkan dalam beg tu. Hahaha...

Walaupun bukan warna hijau, tapi aku pasrah je beli sebab dah tiga kali dok ushar beg-beg yang ada diskaun 70% tu, sampai jatuh-jatuh lah susunan beg tu, barulah diberi hidayah nak membeli. Lagipun memang perlu dan benda boleh guna lama, apa ada hal? Terima kasih crime partner atas kesudian meluangkan masa dan tenaga membantu memilih beg yang nak diisi dengan bantal kuno tu. Eh? Hehehe... Siap boleh berbincang dengan sorang makcik yang nak beli beg juga, yang tak menahan tu. Dua-dua macam berkenan dekat beg yang sama, tapi makcik tu datang dulu. Maka haruslah makcik tu yang menang. Okey, dah beli, duduk rumah diam-diam kumpul duit belanja pulak.

Dah hantar beg masuk kereta, merayap ke tingkat bawah pulak sebelum menuju ke Manhattan Fish Market untuk makan. Lapar tapi tak nak makan nasi, moh la makan fish n chip. Rambang mata nak pilih menu sebelum dua-dua pilih fish n chip tapi ikan jenis lain-lain. Aten ambik dory, aku ambik cheri snapper kot nama dia. Bila sampai, masing-masing buat muka sebab pinggan kecik, tapi perut lapar. Cukup ke? Hahaha... Takpe, kita makan dulu. Tak kenyang kang terjah tempat lain pulak. Alhamdulillah, kenyang sebab sumbat pencuci mulut sekali. Itu pun terkulat-kulat gak la aku nak habiskan mud pie yang sungguh bercoklat dan agak besar saiznya. Puas hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Lepas ni boleh lepak sini lagi. Gambar ikan tak ada sebab dah lapar, ada gambar kek je. Nampak macam kecik kan? Tapi sebenarnya besar.

Manhattan Mud Pie...sedaaaappppp!

Manhattan Velvet Cake....pun sedaaaaaapppp!

Lepas makan, masuk Guess. Sale hoi, sale! Sentap mak incik! Haritu waktu nak beli, bukan mainlah tak banyak pilihan. Ini waktu takmo beli, bersusun-susun pilihan yang menusuk di kalbu. Sentap! Siap ada yang tawar nak jadi Ah Long, instalment bulan-bulan tu... Nasib baik iman masih kuat. Dunia semua tu, dunia. Gituuu... Tapi sampai sekarang gak la terbayang-bayang satu beg yang gojes kebabom dengan harga yang mampu milik serta wallet cun malatops yang sangat praktikal untuk orang yang suka sangat kumpul kad entah hape-hape ni. Haisssshhh! Syohh, syoohh! Waktu dia buat sale je la pun aku mampu nak beli Guess, kalau tak nan hado la nak labur sampai 500 hengget untuk beg tangan sajork. Baik aku belanja orang makan ke, atau simpan untuk kahwin duit tu. Eh? Maka, Aten sorang jelah yang membeli beg tu. Dia pun menyesal sampai ke rumah sebab tak angkut sekali yang dia berkenan tu. Takpe, ada sale lagi kang kita terjah okey?

Tengok orang tu, sampai tak tahu nak pilih mana satu...kihkihkih...

Muka puas hati dapat beg baru...

Keluar dari Jusco dah pukul dua lebih kot, singgah solat dulu baru pergi GM. Sepanjang GM tu wujud, inilah kali pertama aku jejak kaki kat situ. Nasib baik ada yang nak bawa, kalau tak memang takde la. Ramai gila orang sampai parking pun dah bersepah-sepah. Macam-macam ada dalam tu sampai rasa nak beli semua. Nasib baik takde wang tunai dalam tangan, kalau tak memang dah labur dah. Aku beli lapik periuk dengan sehelai blaus denim yang cantik dengan harga yang best je. Itupun pinjam duit Aten dulu. Heeee... Terima kasih beb! Lain kali aku bawak duit tunai banyak-banyak okey. Itulah dia cerita hujung minggu pertama di tahun 2014 ni. Untuk sesi ukur mengukur GM pusingan kedua, akan dicoretkan kemudian. Gambar Tuan Tanah tak ada sebab malas nak pindah masuk dalam laptop sebab bateri telefon dah mati.

Friday, 3 January 2014

Dah Hari Ketiga

Entri pertama untuk tahun 2014 pada hari ketiga bulan Januari. Sebenarnya dah karang entri tahun baru pada hari terakhir 2013 tapi macam tak sesuai nak letak sini sebab isinya berbaur peribadi dan menjurus kepada luahan perasaan. Maka, inilah dia entri tahun baru saya. Macam blogger lain, saya juga mengucapkan selamat tahun baru 2014 pada semua yang singgah juga kepada kipas susah mati pembaca-pembaca blog picisan ni. Azam tahun baru saya #1, pergi buat pasport. Eh, ni pun boleh jadi azam? Kahkahkah.... Soalan popular untuk saya tahun ini adalah; "Bila nak kahwin?" Dah tau dah. Tanyalah, tanya je. Jawapan dah ada dari A sampai E, kalah pilihan jawapan untuk SPM. Sekian, kurang bercakap, kurang dosa.


Nota: Walaupun tahun dah berganti, entri tertunggak 2013 tetap akan ditampal di sini. Bertabahlah...