Engagement Fund ;)

Thursday, 27 February 2014

Bila Otot Betis Dah Kuat...

Bermula Februari, kelas aerobik yang terhenti sejak lepas raya tahun lepas bermula semula. Macam tahun lepas jugak, seminggu ada dua kali iaitu Selasa dan Khamis. Tapi tahun ni hari Selasa pun ada tuisyen, maka gundah gulana aku dibuatnya. Waktu pertama kali kelas, aku siap minta pelepasan pada bos tuisyen untuk datang aerobik. Sokongan itu penting, kang kalau kita buat program orang tak datang pulak. Prinsip aku pegang dari zaman U dulu. Bukan semata-mata kerana prinsip tu, tapi memang sukarela nak buat. Benda baik yang memberi manfaat, buat apa nak bantah? Lepas dari tu, aku cuma datang sesi hari Khamis je.InshaAllah bulan depan boleh datang dua-dua sesi sebab dah bincang dengan Kak Ijan untuk ubah sikit masa kelas.

Hari ni kelam kabut sungguh sebelum aerobik sebab ada program dan kebetulan kali ni jadi AJK Jamuan; nak tak nak kena tunggu siap kemas semualah baru beransur. Dengan dah lewat, dengan perut penuh sebab makan tak berhenti dari pagi, laju-laju tukar baju dan solat. Nasib baik sempat sampai sebelum kelas mula. Setiap hari Khamis kelas jadi agak serius sebab fokus untuk bentuk tubuh badan. Bak kata Cikgu Wati, nak turunkan berat badan senang tapi nak mantapkan bentuk badan tu yang susah. Sesi ni dipanggil conditioning.

Aktiviti-aktiviti untuk conditioning ni macam sit-up, crunch, dan push up. Ada lagi beberapa tapi tak ingat nama. Hehehe... Memang tak memerlukan pergerakan yang terkinja-kinja. Tapi sebelum buat conditioning kena buat cardio dulu supaya proses pembakaran lemak lebih berkesan. Aiseh, dah lupa pulak penerangan Cikgu minggu lepas. Tapi memang kena buat cardio dulu sampai semput baru mula buat conditioning. Cardio ni yang melibatkan pergerakan seluruh badan macam jogging atau lari setempat. Dalam sesi kitorang, kalau nak cepat semput, buat shuffle. Memang semput betul lepas melompat tu. Hahaha...

Crunch

Sit up

Push up

Seronoknya kelas Cikgu Wati ni sebab sambil buat sesuatu gerakan tu sambil dia bagi penerangan saintifik macam bahagian otot mana yang digunakan dan apa kesannya pada badan serta regangan yang perlu dilakukan sekiranya otot-otot terasa tegang selepas melakukan gerakan tersebut. Macam tadi, kitorang buat satu senaman 'jengket-jengket'. Kena jengketkan kaki lepas tu turunkan tapi tak boleh cecah lantai, kena tahan separuh. Minggu lepas pun ada buat tapi tak diterangkan kenapa kena buat macam tu. Tadi Cikgu cakap gerakan tu untuk kuatkan otot betis. Mula-mula buat perlahan, lepas tu buat laju-laju, lepas tu buat separa perlahan dan separa laju. Terasa otot betis tegang. Bila otot betis dah kuat nanti, bolehlah ukur shopping mall lama sikit. Eh? Hahaha...

Hari ni jugak kena bawa yoga mat untuk buat conditioning ni. Kenapa kena pakai yoga mat? Sebabnya melindungi tulang belakang daripada tekanan melampau. Bila duduk atas yoga mat, tekanan akan diserap oleh tikar. Macam bagus pulak aku terangkan ni eh? Entah betul, entah salah, korang pun kagum je baca. Muehehe... Tapi itulah yang cikgu terangkan, aku cuma olah balik ikut maklumat yang terlekat dalam otak ni. Kalau terasa nak terkinja-kinja menari dan melompat, kena datang kelas hari Selasa sebab memang hari Selasa sesi menari dan melompat tu. Tak ada masalah pun nak melompat sebab semuanya perempuan dan kelas dibuat di tempat tertutup. Kelas hari Selasa bolehlah kalau nak solat maghrib dulu baru mandi sebab tak ada buat gerakan sambil duduk. Tapi kelas hari ni, bukan setakat duduk, siap kena baring ko! Nasib tak ada bantal je, kalau tak mau lelap tu. Hehehe..

Tuesday, 25 February 2014

Waffle Sedap

Disebabkan fikiran terganggu tak dapat nak fokus, mari kita karang satu entri. Kali ni nak kongsi satu restoran biasa yang menjual makanan luar biasa. Eceh, luar biasa tu. Setakat ni tak jumpa lagi di mana-mana restoran di Banting menu ni. Tak tahu la kalau aku yang tak tahu. Buat kipas susah mati waffle A&W, boleh cuba yang ini.

Dengan hanya RM 4.50, anda boleh dapat sekeping waffle bersaiz kurang lebih pinggan makan dengan sapuan pilihan(chocolate, blueberry, peanut butter) beserta dua scoop aiskrim pilihan perasa vanila atau coklat. Agak-agak malas makan nasi, boleh makan ni. Boleh padankan dengan rootbeer juga. Okeylah tu kan? Bagi aku, berbaloi sangat ni berbanding nak cari A&W. Dari segi rasa, rasa waffle la. Hahaha...

Kedai mana ni mak incik? Alamak, tak ingat nama kedai la pulak. Ada 'sajian' tapi namanya, tapi tak ingat sebab kalau pergi sini, kitorang cakap kedai Kak Linda je. Hehehe.. Lokasinya di belakang restoran Al-Haj, sebelah butik pengantin. Celah mana pulok restoran Al-Haj tu? Ala Simpang empat nak ke Sg. Lang tu. Bertentangan dengan JPJ Banting. Dulu kedai ni buka sampai malam, sekarang sampai petang je.

Selain waffle, ada nasi campur dengan pilihan lauk yang pelbagai dan sedap. Sedap dan murah ok! Nak mee sizzling pun ada, mee sup pun ada. Mee lain-lain pun ada tapi menu tukar ikut hari. Nak tahu sedap ke tak, pergilah sendiri dan cuba. Sekian, saya melaporkan.

Sunday, 23 February 2014

Niat Murni

Jumaat lepas waktu rehat tengah hari, ikut geng makan ke The Store. Kak Dayah nak tukar barang. Sementara tunggu, berjalan la aku dekat bahagian yang katanya barang dengan harga promosi. Nampak satu bakul baju yang dah lama jadi idaman hati, sejak nampak kat bilik Kak Chik. Tapi cari punya cari, payah nak jumpa. Kak Chik beli kat ikea nun, aku setakat ni tak gigih lagi nak jejak ikea yang sentiasa padat dengan manusia tu. Maka cita-cita dikuburkan. Tak lama lepas tu, ada juga ternampak dalam katalog Cosway tak silap. Pernah juga nampak kat Jusco ke Giant, tapi aku rasa mahal bebenor harga dia. Bila nampak yang ini, macam tertarik tapi terasa macam tak perlu. Kalau ikut peratus, 70% mahu 30% kata tak perlu. Lama aku belek sampai Kak Rin tegur.

Bila ada orang tegur sambil beri pendapat, terus tak ragu-ragu aku pilih yang corak warna hijau. Lagipun tengok tanda harga, promosi RM 19.90 daripada RM 23.90 harga asal. Kira murah la kan. Kalau dia tipu pun aku pasrah je asalkan aku nampak ada beza harga. Hahaha... Terus angkat satu nak bawa ke kaunter. Tapi sebelum tu korek beg dulu tengok ada duit ke tak sebab dalam dompet memang sahih ada 10 hengget je. Nasib baik dalam uncang ajaib ada 50 hengget. Selamat dah aku beli selepas sekian lama berkira-kira nak beli.

Bakul yang ini untuk hempuk baju-baju yang dah siap basuh tapi tak sempat lipat. Murni tak niat mak incik? Takde la bila bukak almari, segumpal baju jatuh. Oi, teruk perangai anak dara ni! Hahaha... Perangai ni tak buat selalu pun, bila terasa penat sampai tak larat je baru buat. Yelah, being the only woman in the house, I've to do everything by myself. Baju sendiri tentulah kena basuh sendiri, campur kain-kain lain lagi, mau tak semput? Terima kasihlah Kak Chik sebab bagi idea hempuk baju ni. Hehehe... Lepas setahun dapat idea, baru nak aplikasi, pun boleh lah....

Saturday, 22 February 2014

Memenuhi Jemputan Walimah 2013 - Episod 1

Lagi lama tangguh, lagi tak senang duduk dibuatnya, lagi tak rajin nak menaip. Sebab dah lupa-lupa ingat peristiwa yang berlaku pada hari kejadian. Inilah jadinya bila bertangguh. Edit gambar pun asal ada watermark je. Watermark lah sangat kan. Hehehe... Tengok gambar dan penerangan bawah gambar jelah ye. Ini entri ketiga terakhir untuk walimah kawan-kawan tahun lepas. Ada satu untuk walimah bulan Disember dan satu lagi entri walimah crime partner dalam draf. Yang Disember tu kena tunggu gambar masuk dalam laptop dan yang crime partner punya kena buat karangan khas sebab aku ada banyak benda nak bebel cerita. Okey, layannnn...

Kenduri Syafaf - 17 Ogos 2013 (Jenjarom)

Ini kenduri paling kelam kabut sekali sebab pada hari yang sama, anak-anak murid Abah nak datang beraya. Mana nak masak, nak berkemas, nak kondangan lagi. Tapi aku kan gigih, kalau dah nak tu buat sampai jadi. Kenduri ni aku tak ada teman. Gerak dari rumah sorang-sorang tapi paksa tiga orang crime companion ni tunggu sampai aku datang. Siap paksa suruh makan lagi sekali tu. Hahaha... Apapun, terima kasih sebab tunggu aku tau korang. Baju aku pakai tu kali pertama dan terakhir setakat ni sebabnya ia buat aku nampak gemuk kuasa lapan. Stresss!


Kenduri Ain Sarip - 31 Ogos 2013 (Masjid As-Syarif Meru)
 Kami sampai agak lewat sebab apa, aku dah tak ingat. Sebab apa eh Ten? Sampai-sampai je terus masuk dalam dewan, senduk nasi. Lapar sebab dah dekat pukul 3 petang tapi tak makan lagi. Kami disambut oleh seorang sahabat Hamidiah yang juga sepupu Ain iaitu Dila. Kami makan sambil ditemani Dila bercerita itu dan ini. Lama tak jumpa kekdahnya. Kali terakhir jumpa adalah lepas SPM. Nampak lagi kurus pulak makcik ni. Lepas makan, laju-laju kejar pengantin nak ambik gambar sebab pengantin dah nak beredar untuk solat zuhur.
Lepas makan, duduk balik makan kuih dengan kerepek-kerepek pulak. Sebabnya tiba-tiba hujan lebat sampai tak boleh nak redah. Tunggu reda baru beransur. Sebelum balik, bergambar dengan Cik Dila dulu. 


Kenduri Huzaifah & Hani - 2 November 2013 (Bangi Golf Resort)
Kedua-dua mempelai adalah kawan satu sekolah dan pernah sekelas. Waktu Form 1 kot. Lepas tu tak pernah sekelas sebab mereka pandai, mak incik tak berapa nak pandai. Apapun, terima kasih sebab sudi juga jemput. Yang ini majlis belah perempuan, majlis belah lelaki tak dapat pergi sebab aku kena ke Kelantan berkhidmat untuk institut. Ini semua kawan-kawan sekolah yang lama tak jumpa dan juga yang selalu terserempak di kenduri. Alang-alang dah beratur, mari kita naik pelamin sama-sama.

Teman-teman melepak yang sporting

Pengantin yang sama cantik sama padan dan sporting. 


Kenduri Fathiha Arif aka KP A'a - 23 November 2013 (Shah Alam)
 Kenduri yang ini pun aku gerak sendirian dari Banting. Lepas tu jumpa mek Nadya dengan mek Baz kat Masjid Negeri, baru gerak ke dewan. Nadya dengan Baz tak tau jalan, konon nak suruh aku tunjuk jalan la kan, sekali tu salah baca peta daaa... Sesat sikit. Malu mak incik! Yakin je jalan kat depan. Hahaha... Nasib baik jumpa jugak. Kami sampai pun dah lewat. Macam biasa, sampai terus makan. Waktu tengah makan, Zimah pulak datang. Sebab Zimah nak cepat, kelam kabut aku makan semata-mata nak bergambar bersama-sama. Lepas bergambar atas pelamin, Zimah balik tapi kami sambung makan. Hehehe... Ada aiskrim, haruslah ambik satu kon.

Ini kebetulan waktu keluar pengantin nak ke lokasi penggambaran, tahan kejap sambung bergambar.

Terima kasih kawan-kawan sebab sudi menjadikan Tuan Tanah sebahagian daripada watak pada hari bersejarah kalian. Tahniah buat semua pasangan; semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah. Selamat memulakan sebuah kehidupan baru.

Thursday, 20 February 2014

Lurus

Petang tadi, semua staf pentadbiran kena pergi taklimat untuk penguatkuasaan penggunaan sistem pengurusan sepenuhnya. Disebabkan aku dikira baru, maka aku masih belum ada akaun. Dalam pada pening-pening lalat, aku masuk makmal komputer duduk paling depan. Pungpangpungpang beliau bagi penerangan, tiba masa untuk daftar akaun sendiri. Dah daftar, kena penuhkan bahagian-bahagian yang ditetapkan. Wajib isi semua yang bertanda bintang. Aku pun isi. Bila sampai bahagian ' Maklumat Pasangan', spontan aku tanya;

Tuan Tanah: Encik, yang bahagian ni macam mana nak isi?
Encik: Ko ni Farah, dah sah-sah gelaran ko 'Miss' kat depan tadi, ko nak isi apa dalam tu?
Tuan Tanah: Hehehe...
Encik: Itu untuk orang yang dah kahwin je. Untuk yang belum tak payah. Kalau belum tapi dah ada bakal pun tak payah jugak. Ke ko dah ada bakalnya? Nak isi jugak?
Tuan Tanah: Eh, takde..takde...

Hahahaha....hadoi la, dahhh kena gelak dengan semua orang. Okey, siap isi yang perlu aku pun chow la pergi solat. Tadi tu aku baru terjaga dari tidur, terus orang suruh pergi taklimat. Memang pening lalat la jawabnya. Tu yang jadi lurus tak bengkok bengkok.

Wednesday, 19 February 2014

Dah Macam Tudung Sekolah

Manusia ni, makin kata 'jangan' makin nak buat kan? Salah seorang manusia tu Tuan Tanah la. Dah kata tak nak beli, beli jugak. Lepas tu duduk termenung mengenangkan perbelanjaan yang dah dibuat. Konon-konon nak cover balik perbelanjaan tahun 2013 yang mencurah-mencurah ke ladang gandum tu, tapi setakat ni belum berapa berjaya. Geleng kepala tengok penyata perbelanjaan tahun 2013. Ish...ish...ish...boros betul mak incik.

Bulan ni bulan borong tudung dan selendang. Konon nak cari yang sedondon dengan baju sekalinya tak sama. Ada pulak, beli sebab kenan dengan kelabuhan dan corak walau tak ada baju warna tu. Yang paling ngok ngek sekali bila beli tudung untuk padankan dengan baju tapi tak padan pun lepas tu baru teringat dah ada tudung yang sepadan dengan baju tu. Apakah? Hahahahampeh!

Minggu lepas nampak iklan satu kedai tudung online. Ada perkataan PROMOSI dalam iklan tu. Haruslah meroyan kejap kan? Tengok harga pun murah tahap gaban; lebih dari separuh ko potongan dia. Mau tak gigil tangan? Hahaha... Laju-laju hantar pesanan nak beli dua helai, warna hitam dan putih. Dua helai terus ye. Tengok, tengok,  belek, belek gambar tudung tu. Tanya, tanya, terus tempah, terus bayar.

Lepas seminggu menanti, akhirnya bungkusan poslaju yang tertera nama Tuan Tanah pun sampai. Terus koyak plastik, terus bentang atas meja gara-gara teruja. Okey, puas hati dengan warna hitam dia sebab memang betul-betul hitam. Sebelum ni pernah beli warna hitam tapi hitam arang; tak berapa nak kena kalau padankan denga  baju hitam. Tapi yang tudung putih tu kan, macam tudung sekolah pulak. Dari segi warnanya dan juga jenis kainnya. Ah, belasahlah. Janji dah ada satu yang warna putih.

WW #15: Tak Nak Gemuk Sorang-sorang

Kumawo chinggu!

Monday, 17 February 2014

Perut Jawa Tapi Tekak Amerika

Assalamualaikum,  salam Isnin pembaca budiman. Pagi ni sarapan ni pantri saja maka sempatlah sambil makan sambil taip entri. Gigih? Hehehe... Semalam dah buat MoU baru dengan crime partner yang mana tarikh luputnya adalah dua bulan dari sekarang. Nampaknya lepas ni sarapan di pantri sajalah untuk capai target tu. Menu pagi ni adalah separuh bahagian chicken wrap lebihan makan tengahari semalam dan juga sekeping smoked salmon pizza lebihan makan malam semalam jugak. Kebelakangan ni aku perasan kalau makan makanan selain nasi, susah nak habis. Kalau nak habiskan juga, memang kena duduk lama dalam restoran tu. Tapi kalau bagi nasi, dua pinggan tu perkara kecil je. Nak buat macam mana, perut Jawa tapi tekak Amerika, maka bila makan tak habis kenalah tapau. Boleh juga buat sarapan. Hehehe....

Sunday, 16 February 2014

Redakan Selesema

Petang tadi waktu tanda kedatangan mengajar, akak yang jaga bahagian tuisyen cakap; "Cikgu BM pun tak berapa sihat dengar suaranya waktu saya telefon tadi. Dia baru balik umrah, perubahan cuaca agaknya." Okey, sebab dia dengar suara aku sengau la tu. Tapi saya tak balik umrah kak, saya balik kerja terus bersin-bersin dan selesema. Hehehe... Petang Khamis la mula sok sek sok sek hidung ni. Yang tak selesa tu bila air hidung meleleh-leleh keluar tanpa kawalan. Hari Jumaat la mula teruk, sambil tanda kertas tugasan budak-budak sem 1 sambil pegang tisu. Asal bersin je, mulalah air hidung keluar.

Pagi tadi bila bangun tidur, teringat pernah cuba minum air limau dengan madu untuk redakan selesema. Semalam tak ingat pulak nak buat kan padahal limau nipis sampai gugur ke bumi tak dipetik. Kebetulan lebat buahnya. Baki limau buat sandwich haritu ada lagi separuh dalam peti jadi lepas minum air kosong pagi tadi, terus buat air limau ni. Senang je buatnya, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam setengah mug air suam. Kemudian, campurkan satu sudu madu. Kacau hingga sebati dan minum. Sebelum minum tu bacalah bismillah dan selawat dan berdoa pada Allah supaya sembuh dari penyakit. Alhamdulillah hidung jadi lapang sikit dan tak adalah air hidung dok menjejes. Sepanjang petang pun hingus tak ada.


+



+


Setakat ini, ini salah satu cara yang boleh dicuba sementelah kita manusia hanya berusaha tapi Allah sebaik-baik penyembuh. Amalkan dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Mudah-mudahan membantu.

Friday, 14 February 2014

Penjagaan Rambut

Salam Jumaat buat pembaca yang dikasihi. Terima kasih buat yang sudi menjadi pengikut blog picisan ni. Semoga beroleh manfaat walau sedikit. Okey, kali ni nak cerita tentang penjagaan rambut. Walaupun mak incik tak berapa nak rajin, tapi perkara asas macam syampu rambut tu wajib buatlah kan? Bila sampai bab letak perapi, letak minyak, letak vitamin, aku GAGAL. Kalau buat pun separuh jalan je. Waktu beli memang semangat, lepas pakai 3 ke 4 kali, terus botol-botol tu jadi gajah putih atas kabinet. Yup, that's me! Heeee... Bila bab ke salon dibangkitkan, aku tak boleh nak menyampuk banyak-banyak sebab tak rajin nak ke salon jugak. Mujurlah sekarang ni dah ada satu salon khas untuk muslimah sahaja di Banting ni, senanglah nak potong rambut ke apa. Rawatan rambut pun ada tapi tak suka buat sebab sahih rambut akan bau busuk sampai 4 hari disebabkan bahan rawatan yang digunakan. Bahan semulajadi katanya. Setahun sekali je aku sanggup pergi buat. Hahaha... Kalau nak hilangkan kelemumur, aku guna limau nipis je.

Kemudian pada suatu hari, sedang aku membuang tebiat meronda dalam Watson sambil kelek bakul dan membelek-belek hampir kesemua produk yang ada dalam tu, tergerak nak beli vitamin rambut yang dalam kapsul tu. Tergerak ke? Bukan gatal tangan? Lebih kepada yang kedua kot sebab kata buang tebiat kan? Hahaha... Pertama kali beli, capai yang pek dia warna hitam. Tak ingat pulak khasiat dia untuk apa dan tak ingat macam mana ia memberi kesan pada rambut. Pakai sebab dah beli dan sebab ia berbau harum. Ok, habis satu papan.

Inilah dia rupanya

Tak lama lepas tu, beli lagi. Kali ni ambik yang ada ginseng pulak; untuk rambut kuat & halus selembut sutera katanya. Maka, lepas syampu aku pun sapu la vitamin ni pada rambut. Dia suruh sapu waktu rambut masih basah. Alah, kalau korang beli, korang tengok dekat belakang pek; ada arahan penggunaan di situ. Percubaan kali ni agak mengagumkan sebab kadar keguguran rambut adalah berkurang. Gembira di situ. Jadinya tadi kebetulan Kak Dayah pergi Watson maka aku pun kaut la sepapan. Harga sepapan ni 4 hengget 80 sen sahaja. Kalau rambut tak berapa nak panjang dan tebal, sekali pakai satu kapsul je. Tapi aku perasan, tak boleh pakai kerap sangat sebab nanti kulit kepala jadi gatal. 

Thursday, 13 February 2014

Peramal yang Hebat

Sementara ada mood ni, mari ulas drama yang panjang berjela macam sinetron ni. Daripada mak dengan ayah hero belum jumpa, sampai dah jumpa, sampai bercinta, sampai mengandung, sampai kena kahwin dengan orang lain pulak, sampailah ayah hero mati, sampai hero kena hidup sendiri lepas ayah dia mati dan dalam masa yang sama dia nak cari mak kandung dia, baru cerita sebenar bermula. Errr, maksud aku hero sebenar yang hensem muncul. Siapa lagi kalau bukan Ji Sung.

Episod dia yang awal-awal tu memang lembap sungguh! Kadang ada bahagian yang macam mengelirukan dan sangatlah tak berkembang plot cerita. Tabah jugak aku tengok tapinya sebab nak tahu jalan cerita. Dah tak ingat sampai episod berapa yang jalan cerita dia lembs, sampai episod 7 ke, 8 jugak kot. Kalau nak tengok, korang mula tengok bila hero dah dewasa. Yang episod awal tu meh aku cerita je.
Kisahnya pasal ayah si hero yang ada kelebihan untuk meramal masa depan dan secara tak sengaja dia terjumpa 'The Great Site'. Siapa yang memiliki The Great Site ni kiranya akan jadi sangat hebat dan berkuasa. Maharaja waktu tu nakkan tapak tu untuk bebas dari jajahan negara yang menjajah Goryeo. Kiranya kalau ada tapak tu, yang menjajah tu tak boleh nak cakap apa dah. Bila maharaja tahu yang ayah hero dah jumpa tapak tu, terus dia tangkap ayah hero dan paksa untuk dedahkan lokasinya. Ayah hero pulak tak boleh nak dedahkan sebab belum sampai masanya; tempat tu hanya boleh didedahkan dalam masa 50 tahun dari sekarang. Dahsyat ayah dia kena seksa tapi tak jalan jugak. Akhirnya mak hero yang merupakan kenalan ayah dia juga sebenarnya saling menyukai dijadikan umpan untuk cungkil lokasi The Great Site. Dapat tu dapat tapi bukan lokasi yang sebenar dan maharaja ni percaya pulak. Selamat disitu.

Gedebuk gedebak, mak hero ni kena kahwin dengan Lee In Im; seorang jeneral kot pangkat dia untuk selamatkan Goryeo daripada diserang sebab jeneral ni tahu yang lokasi tu sebenarnya palsu dan dia berkomplot dengan penjajah . Jeneral ni watak paling jahat tak boleh blah dalam drama ni. Geram je rasa. Ada lagi sorang, ketua paderi kot istilah dia; pun jahat sekepala dengan jeneral ni. Waktu kahwin tu mak hero dah mengandungkan hero dan ketua paderi tu pun mengandung anak jeneral ni dan diorang bersalin dalam masa yang sama. Atas sebab keselamatan, mak hero terpaksa serahkan hero kat ayah dia dan ketua paderi tu pulak sebab nak jaga status dia sebagai orang agama, dia bagi anak dia kat mak hero. Mula-mula mak hero tak nak terima sebab dia komplot dengan jeneral tu, tapi sebab kesian, dia ambik jugak.

Bermulalah episod menyerabutkan kepala. Waktu hero dah meningkat remaja, ayah dia nak kena tangkap dengan pengawal diraja sebab maharaja dah tahu dia tipu. Tapi dia pesan kat kawan dia untuk bunuh je dia kalau kena tangkap sebab dia tak sanggup nak kena seksa lagi. Akhirnya, kawan baik dia yang merupakan ayah heroin terpaksa bunuh dia sebabkan dah berjanji. Sebelum mati, ayah hero sempat bagi tahu mak dia masih hidup dan suruh hero pergi cari mak dia dengan berpandukan cincin yang mak hero bagi. Dalam pada tu, berlaku satu insiden dimana dia kena seksa sebab ada salah faham dan yang seksa dia tu mak dia sendiri tapi dua-dua tak tahu diorang tu anak beranak. Penat pulak aku nak menaip panjang-panjang ni. *lap peluh*

Kemudian, taraaa! Tiba-tiba hero dah membesar dan bakat meramal ayah dia turun kat dia. Nama hero ni Ji Sang. Dia dibela keluarga angkat yang merupakan peniaga. Tapi ayah angkat dia sangat gilakan duit sampai dia sanggup terima upah untuk intip Ji Sang dari Jung Geun, hero jahat yang merupakan anak tiri mak Ji Sang. Ingat tak, kisah ketua paderi tadi? Ha, anak dialah tu. Ada satu insiden yang menyebabkan dia dapat petunjuk tentang mak dia dan dia sanggup menyamar jadi pegawai semata-mata nak masuk istana untuk cari mak dia. Bermula dari tulah perjalanan hidup dia penuh berliku. Dia diterima untuk jadi pelajar akademi ramalan dan feng shui istana. Waktu ni dia jumpa heroin yang bernama Hae In. Konfliknya adalah, Hae In suka Ji Sang, tapi Ji Sang suka heroin jahat yang merupakan kawan zaman kanak-kanak dia, dan Jung Guen suka Hae In. Cinta berapa segi ni?

Hero dan heroin..heroin anak kepada profesor yang merupakan kawan kepada ayah hero..dalam episod akhir-akhir nanti ada konflik antara dua orang ni bila dia dapat tahu ayah dia yang bunuh ayah hero

Belah kiri tu profesor dan yang tengah tu sami yang juga kawan-kawan rapat ayah hero

Lupa nak cerita satu watak penting; Jeneral Lee Sung Gye. Mengikut kepercayaan ayah hero dan kawan-kawan baik beliau yang merupakan seorang sami dan juga profesor di jabatan feng shui, Lee Sung Gye ni yang akan jadi pemilik The Great Site. Walau macam mana cara sekalipun, Lee Sung Gye kena jadi maharaja. Dia ni jeneral baik yang  tak setuju dengan cara Lee In Im nak menggulingkan maharaja sekarang sebab nakkan takhta. Dia pun awalnya tak setuju dengan sami yang kata dia patut rampas takhta untuk penuhi suratan takdir. Satu tentang Lee Sung Gye ni, dia sangat setia pada maharaja dan negara dan cuba lindungi maharaja hingga saat terakhir. Sebenarnya Lee Sung Gye ni kenalan rapat ayah hero dan dia juga terhutang nyawa dengan ayah hero maka dia pun ambik Ji Sang sebagai orang dia. Misi Ji Sang selepas maharaja tahu dia adalah anak kepada Mok Dong Ryoon(ayah hero) ialah mencari The Great Site yang sebenar. Maharaja bagi dia masa lima tahun atau mak dia kena bunuh. Macam-macam konflik dan insiden muncul sampailah akhirnya maharaja kena bunuh, lepas tu anak dia pulak jadi maharaja, sampailah kemudiannya Jeneral Lee Sung Gye terpaksa terima hakikat dia kena jadi maharaja untuk selamatkan tanah air dia daripada tergadai. Gedebuk gedebak, Lee In Im berjaya ditewaskan dan Lee Sung Gye berjaya naik takhta. Lepas dia naik takhta, baru Ji Sang berjaya jumpa balik The Great Seer. Maka berakhirlah zaman Goryeo dan bermulalah dinasti Joseon yang mana Lee Sung Gye merupakan pemerintah pertamanya

Ini pelakon-pelakon utamanya...belah kiri tu anak tiri mak hero, perempuan baju merah pulak cinta pertama hero..yang tengah tu la Jeneral Lee Sung Gye

Disebabkan drama ni berdasarkan sejarah, maka pengakhiran dia ada sedikit anti klimaks. Macam sakit hati pun ada jugak tengok ending dia macam tu. Tapi nak buat macam mana, sejarah tak boleh diubah. Pasrah jelah. Yang tak boleh blah, sepanjang 35 episod tu, The Great Site muncul dua kali je? Sekali waktu episod terawal dan lagi sekali dalam episod terakhir. Nasiblah labu, dah layan separuh jalan kena kasi habis. Banyak lagi cerita sebenarnya tapi aku jamin yang baca sinopsis ni dah muntah hijau sebab panjang sangat kan? Hahaha...Baru sinopsis ni, belum tengok drama dia. Nak tahu, kena tengok sendirilah ye. Aku bagi 3/5 untuk drama ni walaupun sepanjang cerita rasa sakit hati je dengan orang-orang jahatnya. Tarikan untuk tengok drama ni sampai habis adalah barisan pelakonnya yang boleh tahan hebat dan popular.

Dah Mula Tamak

Pejam celik, celik pejam, dah hari Khamis. Setiap minggu, hari yang dinanti-nanti adalah hari Rabu sebab lepas pukul 10.00 pagi je dah tak stress fikir nak masuk kelas membebel depan budak-budak. Tapi stress fikir persediaan untuk kelas seterusnya la pulak. Waktu nilah nak sediakan rancangan mengajar, rancang aktiviti, dan juga menanda tugasan. Patutnya hari ni nak siapkan tanda tugasan semester 1 tapi boleh pulak tertinggal headphone kat rumah. Isshhh, ni pasal layan drama Korea la ni malam tadi, lupa nak masukkan balik dalam beg kerja. Aku tak boleh menanda tugasan tanpa menyangkut headphone atas kepala, serius jadi lembab nak menanda. Takpe, hari ni pelan-pelan kayuh. Esok kena bawak untuk memastikan target tercapai.
Hari ni dah 13 Februari. Lagi 64 hari untuk hari itu tiba. Semalam entah macam mana waktu mengantuk tanda tugasan, gatal tangan pergi cari dan baca maklumat membelah poket di pusat-pusat membeli belah terkenal di Seoul. Lepas baca beberapa pengalaman blogger yang dah ke sana, terus rasa macam kena pasang niat. Dah kenapa nak niat bagai? Niat nak shopping kat sana. Hahaha... Tapi bajet seribu hengget je ni, cukupkah? Nak beli itu, nak beli ini, nak borong yang tu, nak sambar yang ni... Haiyo, memang sah aku ni Farahin. Pantang dengar perkataan 'shopping', 'murah', dan 'berbaloi'. Tanda-tanda tamak telah berlaku nampaknya.
Itu perancangan waktu kat sana tu, sebelum pergi ni pun duit dah mencurah-mencurah ke ladang gandum, garu kepala. Hari tu beria cakap kat Aten tak nak beli backpack sebab nak guna je yang sedia ada dan cadang nak beli kat sana je. Sekali bila masuk Al-Ikhsan yang asalnya nak tengok kasut je, terus hilang ingatan bila nampak backpack warna hijau dengan harga mampu milik. Terus lupa dah niat nak guna yang sedia. Susah juga jadi peminat fanatik warna hijau ni, pantang nampak terus nak sambar. Cet! Mulai hari ni, kena niat betul-betul untuk jangan membazir dan berhenti shopping. Beg tangan Elle yang masuk dalam mimpi tu pun kena lupakan. Kain sari corak terbaru tautan hati juga perlu diketepikan.
Simpan duit untuk shopping di sana nanti. Jangan fikir banyak sangat dan teruskan berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan. Cuma bila baca pengalaman-pengalaman orang lain ni, rasa cuak dan risau tu tetap menjengah di sanubari dan tak boleh untuk tidak memikirkan situasi buruk yang mungkin kami hadapi waktu di sana nanti. Apa yang boleh aku buat sekarang, jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi pada tour guide dan selain berfikir positif, bersedia juga untuk berfikir sebaliknya supaya kalau ada yang tak kena nanti, tidaklah terlalu ralat. Okey, tu je nak cerita.

Sunday, 9 February 2014

Hujung Minggu

Hujung minggu yang banyak benda dirancang, tapi macam biasa tak semua menjadi. Minggu ni Sabtu dan Ahad ada kelas, liat sungguh nak keluar rumah. Maklumlah minggu lepas cuti sebab Tahun Baru Cina dan kebetulan hari Ahad memang bukan giliran aku, maka beronok-ronoklah minggu lepas. Cerita mengukur Mid Valley dan The Gardens pun tak menyempat lagi taip. Mak incik sibuk sebab kerja hakiki berderet ditambah lagi dengan pertambahan kerja tak hakiki. Alhamdulillah, rezeki. Bertambah seronok bila dimaklumkan elaun untuk kedua-dua pusat tuisyen naik banyak ringgit juga. Bolehlah tambahkan tabungan. Boleh ke? Cuba... Baru dapat duit, dah laju-laju buka kedai online, apa kes? Siap order pulak tu? Hahahahahampeh!

Hari ni lepas habis kelas tuju kedai tudung kat Bazar Banting tapi malangnya tutup. Takpe, dia memang nak selamatkan aku dari berboros. Waktu tengah jalan nak ke kereta, ada orang panggil; "Farah!" Ku toleh ke arah suara itu dan, eh! Bik Alos rupanya. Tadi dah nampak juga tapi pandang sekilas je sebab aku kalau jalan sendiri di tempat yang terbuka macam tempat meletak kereta, memang jalan laju macam kena kejar dengan pencuri. Hehehe... Borak-borak kejap, lepas tu baru bergerak. Tuju ke Megah pula konon-konon nak beli Softlan je tapi bila dah ambik troli, ko ingat Softlan je ke duduk dalam tu? Nan hado! Kalau boleh semua nak dikautnya. Hehehe...

Sampai rumah terus sidai kain dan sambung basuh baju. Dapatlah tiga kali basuhan hari ni. Masalah bila baju banyak ni; yang bersih bertimbun tapi yang kotor ni tak surut-surut dari bakul baju kotor, tapi lepas tu cakap tak ada baju bila nak keluar berjimba. Eh? Hahaha... Cuaca pun panas sampai ke petang, sempat kering semuanya. Kejap lagi kena mengadap Kwon Sang Woo untuk habiskan melipat pulak.

Selain membasuh baju, dapur juga berasap dua kali. Mula-mula masak mee sua sup sebab tak pernah makan pun mee sua sebelum ni. Tadi kat Megah dah beli dua bungkus, kenalah masak. Ni Kak Eza la ni sebut-sebut mee sua, mee sua kat pejabat minggu lepas, terus teringin. Takpe, sap..sap..sap.., siap semangkuk! Nak-nak sorang-sorang je kat rumah petang tadi, takde la sesi kena pow oleh abang-abang ku. Sambil makan, sambil layan Running Man. Dap! Habis Running Man, masuk dapur balik masak untuk makan malam Abah pulak. Sebab nasi berkat semalam ada sebungkus dan ulam raja ada dua lambak, maka aku belasah je buat Nasi Goreng Ulam Raja. Nah layan gambar dulu. Resepi akan tepek kemudian di Dapur Cinta. Zasss...
Nasi Goreng Ulam Raja gaya belasah

Wak Doyok

Sebelum ni tertanya-tanya juga siapa dia Wak Doyok yang Aten selalu sebut-sebut, tapi malas nak cari. Aten cakap Wak Doyok ni seorang Jawa dan lawak orangnya. Okey, fine. Masih tak rajin nak mencari. Lepas tu ada sekali tu tertengok rancangan Ke Korea Ke Kita di TV9, terus jakun sebab mak incik pun nak ke Korea juga nanti. Haruslah beria-ia tengok rancangan ni. Barulah terdedah dengan perkembangan semasa media. Eceh... Kalau tak tu asyik mengadap drama Korea, drama Korea, drama Korea. Hero tak hensem pun aku kata hensem, heroin kurang cun pun aku kata cun. Hehehe... Bagus rancangan ni, memperkenalkan tempat-tempat menarik kat Korea nun ditambah dengan pengacaranya yang kelakar. Siapa lagi kalau bukan Myo dengan Wak Doyok. Pertama kali tengok rupa beliau. Cool! Cerita panjang-panjang pun aku bukannya kenalan rapat Wak Doyok ni, nah rujuk di sini dan sini untuk mengetahui lebih lagi tentang beliau. Yang tak kenal Wak Doyok macam yours truly, meh tengok rupa beliau...

Wak Doyok yang belah kiri tu

Wednesday, 5 February 2014

RTK #3: Jalan-jalan

Sambung balik cerita Road to Kelantan tahun lepas. Bertabahlah ye. Kali ni kejadian pada hari Sabtu pulak. Tengah hari tu lepas habis sokong pasukan ping pong, kami gerak ke Kota Bharu. Tak jauh pun dari tempat kejadian tu. Mula-mula nak betulkan wiper kereta Kak Dayah lepas tu baru pergi Pasar Siti Khadijah. Memang dah macam pelancong betul dah waktu tu, sebab siap berhenti di tempat-tempat yang jual makanan yang tak jumpa kat sini. Kurang kamera muncung gabak je, kalau tak memang dah serupa dah. Hahaha... Aku memang dah cakap awal-awal nak beli keropok cap pinggan, tu yang ke situ.

Dah sampai sana, ada yang nak tengok batik pulak. Dah alang-alang semua pun ada, moh la kita tengok batik dulu. Asalnya Tukang Taip nak beli kaftan batik je sebab kaftan batik buatan Kelantan memang selesa dipakai dan tahan lama. Menjadi seorang aku, ko ingat bertahan ke tengok batik yang cantik berkilau-kilau tu? Daripada nak beli kaftan, terus TERbeli batik sepasang walaupun bajet memang cun-cun je untuk kaftan. Masalah jugak tu sebab kalau dah nak tu, boleh buat semula bajet. Balik dari sana memang garu kepala la bajet lari banyak. Hahaha...
 Semua corak akak kedai ni keluarkan

 Bersungguh dia promosi batik kat kami..nak yang pastel?corak klasik?ada batu?takde batu? semua dia bentang
 Mereka yang terkorban...hahaha

Mereka yang memulakan idea pengorbanan tapi tak terkorban

Yang tak boleh terima tu, orang yang kata nak beli batik tak beli pun. Orang yang tak kata apa-apa pulak yang angkut. Cisss! Tapi kalau tak angkut memang rugi sebab harga dia harga tak boleh diterima akal. Murah weh! Macam mana tau harga tu murah? Aku kan selalu ushar batik online, haruslah aku tahu harga dan trend terkini. Eceh... Kak Dayah yang orang Kelantan pun terjebak sama angkut sampai dua pasang lagi. Cun, ada geng bajet lari. Hehehe... Aku ambik yang tanah hitam, bunga warna koko, ada batu. Memang cantik dan murah. Kedai online jual RM 330 tapi akak ni bagi harga kawan-kawan, dapat RM 210. Mau aku tak meroyan korek duit dalam dompet? Kahkahkah... Nasib baik duit dalam bank yang berkad debit tu tak berapa nak banyak, kalau tak mau kot aku angkut tiga pasang sebab akak ni terima kad. Kelasss!

Nampak keropok yang bersusun tu? Yang tu la aku angkut dua bungkus

Laksa sedap

Lepas beli batik, turun balik nak cari keropok. Abang Faiz awal-awal dah suruh beli satu guni. Keropok biasa satu, keropok sira satu. Nasiblah aku tak tumpang kereta siapa-siapa, tak adalah rasa bersalah sangat angkut keropok sampai dua guni. Murah sangat-sangat beli borong ni. Malangnya aku dah lupa pecahan harganya. Yang aku ingat, aku beli dua guni keropok dan beberapa paket keropok keping yang mentah semuanya RM 67 sahaja. Balik borong keropok, singgah lunch dekat gerai tepi jalan dekat dengan simpang masuk ke KV. Makan laksa yang murah dan banyak dan sedap. Kerja aku kat sana memang makan aje walaupun dalam mulut ada dua biji ulser. Makan tetap makan walau sampai menitis air mata menahan sakit. Hiks.. Petangnya lepas selesai uruskan isu berbangkit, sempat juga meronda pasar malam dekat kawasan UMK. Meriah! Aku tak beli apa-apa pun melainkan makanan. Rambang mata juga tengok makanan macam-macam jenis. Tapi malam tu keluar makan nasi juga. Waktu tulah aku cuba makan belut. Rasa dia bolehlah tahan cuma bila teringat rupa belut, macam tak tertelan jugak.

Hari terakhir iaitu Ahad, kami ke Rantau Panjang. Sebelum tu singgah makan dekat pekan Pasir Mas. Kedai kelapa goncang yang sedap! Kedai dia tersorok, sebelah landasan keretapi tapi ramai orang. Macam-macam menu dia tapi aku segan nak bertukar mode blogger tegar ambik gambar sana sini. Hahaha... Berani ambik gambar makanan je. Sebab menu istimewa dia coconut shake, wajib pesan yang itu. Ada dua pilihan, gelas besar atau kecil. Selaku seorang yang tamak, harus aku order gelas besar dengan bayangan tak adalah besar mana gelasnya. Orang lain order saiz biasa je. Sekali bila order sampai, Encik Wan terus cakap; "Good luck eh Farah." Besar gabak gelas dia, ala-ala saiz jag. Ambik ko! Hahahaha... Kembung perut minum coconut shake tu. Makan pulak, aku order nasi air. Sedap...sedap..sedap...! Bertambah sedap bila rupanya ada orang bayarkan untuk makanan kami tu. Terima kasih Kak Dayah, semoga bertambah murah rezeki.

 Coconut shake saiz besar

 Nasi air

Keropok lekor panas sampai tak boleh terus ngap! Segar dari kuali kekdahnya..

Dalam tengah hari baru gerak ke Rantau Panjang. Tak beli benda pun kat situ sebab macam terkocoh-kocoh jalan nak kejar masa untuk bersedia untuk acara penutup. Ada berkenan satu kaftan tu, tapi tunggu punya tunggu, si penjual pulak tak muncul. Sekian terima kasihlah jawabnya. Aku beli gajus yang bakar tu je sebab Abah suka makan. Takpe, lain kali mesti kena datang lagi. Perjalanan balik, sambung entri lain. Sekian...

Tuesday, 4 February 2014

Kalut

Tak tahu la kenapa, asal hari Isnin membawa ke Selasa sampai Rabu, mesti kalut je rasa. Cuak je dalam hati ni nak masuk kelas. Padahal bila dah mula mengajar tu tak adalah benda pelik jadi pun. Entah. Memang semulajadi kot. Hari ni merupakan hari yang agak memenatkan. ada dua kelas tambah lagi satu kelas. Berdiri selama kurang lebih 5 jam. Penat weh! Pagi tadi pakai kasut sarung tinggi konon-konon nak samakan dengan baju, petangnya dah tak lalu tak tengok sebab penat berdiri lama. Maka petang tadi tukar kasut tumit rendah je. Hehehe...

Kisahnya, si ustaz ni minta jadi back up kalau dia tak sempat muncul untuk kelas. Aku tak ada hal punya asalkan ko cakap awal. Dia kata, kalau-kalau tak sempat. Tapi mesti la aku kena bersedia untuk situasi 'memang tak sempat'. Disebabkan untuk kelas agama budak-budak dipecahkan, maka ada dua pengajar. Yelah, muslim masuk kelas pendidikan islam dan bukan muslim masuk pendidikan moral. Alang-alang tu, aku ambik je terus kelas tu untuk ganti waktu ke Korea nanti. Senang cerita!

Tuisyen pun ada juga hari ni maka penat berganda. Orang kalau dah penat tu, rehat awal. Ini tak, sibuk nak tengok Kwon Sang Woo jadi doktor. Awwww! Hahaha... Sekarang tengah layan Medical Top Team pulak. Walaupun rating drama ni tak masuk senarai, aku tetap layan sebab ada Kwon Sang Woo; tak boleh lawan yang lain-lain dia ni. Kenapa minat ke dia ni? Hensem kah? Err, boleh tahan la. Paling penting dia maintain dari dulu sampai sekarang. Tak ada kejap kurus, kejap gemuk. Hehehe... Yang tak sanggup nak tengok cerita doktor-doktor ni adalah bila tengah buat pembedahan, kang tiba-tiba darah memancut-mancut. Ngeri! Waktu dia buat pembedahan pun aku tutup skrin dengan tangan tak nak tengok darah dan organ yang bedah. Tak sanggup! Tapi nak tengok juga drama ni, jadi pandai-pandailah ko ye. Kihkihkih....