Engagement Fund ;)

Sunday, 30 March 2014

Friendship

3 spoonfuls of listening. Listening is something that both sides must do. It's not fair when I'm always the one who do the listening. Listen to the explanation. At least. Don't just run.

Saturday, 29 March 2014

Kenapa Korea?

Sedar tak sedar, tempoh setahun hampir tamat sejak salah seorang crime companion dan aku membangkitkan idea untuk melancong ke Korea. Sebelum perancangan yang kira-kiranya hampir jadi nyata ni, ada juga beberapa kali berkira-kira mahu ke sana tapi tiada teman yang sesuai dan tidak sepenuh hati. Dua hari lepas, salah seorang kawan pejabat tanya, "Kenapa Korea?" Terkedu kejap nak bagi jawapan. Sejujurnya, pengaruh untuk ke sana datang dari drama-drama Korea yang aku tonton tu. Bila tengok tempat-tempat penggambaran dijalankan terdetik, 'Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah'. Negara empat musim, sudah tentu pemandangannya lain dari Malaysia. Bukanlah tak hargai tempat sendiri, senarai wajib pergi tempat di Malaysia panjang tapi itulah, tak ada teman. Keluarga aku pun bukan jenis yang suka berjalan.
Cheonggae Stream yang dipaparkan di laman FB agen kami

Hari ni, tinggal 20 hari lagi sebelum kami berangkat ke sana. Setahun merancang dengan pasang surut keinginan untuk ke sana, akhirnya pada awal Jun kami menempah tarikh dengan agen. Waktu tu tiket kapal terbang belum pun dibeli sebab nak tunggu harga murah. Sebaik saja bayaran pendahuluan pakej dibuat, aku jadi pengunjung tetap laman web Malaysia Airlines. Orang kata, naik jelah Air Asia, lebih murah. Tapi aku malas nak memikirkan prosedur menambah itu dan ini untuk dapatkan satu tiket maka gunakan khidmat Malaysia Airlines saja. Bayar harga itu, sudah lengkap pakejnya termasuk insurans, makan, dan sebagainya. Harapnya perkhidmatan yang diberikan nanti seperti yang dijanjikanlah ye sementelah aku pun kali pertama naik kapal terbang ni. Dulu-dulu pernah cakap dengan arwah mak; "Tak nak bawak kite naik kapal terbang ke?" Jawapan mak macam selalu; "Dah kerja, ada duit sendiri nanti naiklah kapal terbang." Sekarang dah faham macam mana susahnya nak kumpul duit untuk dapatkan sesuatu.

Alhamdulillah, sebaik saja memutuskan untuk ke Korea, dapat satu lagi tawaran mengajar tuisyen. Hampir kesemua duit bayaran yang diperoleh dari situ aku asingkan dalam satu akaun khas untuk tujuan ini. Maka awal bulan September tak silap, kami beli tiket kapal terbang dengan harga yang jauh lebih murah sewaktu Matta Fair. Alhamdulillah, rezeki keluar masuk laman web Malaysia Airlines hampir setiap hari. Bermula awal tahun ini, aku dah sikit-sikit membeli keperluan untuk ke sana. Banyak juga duit habis untuk tujuan ini tapi tak lengkap-lengkap lagi barangnya sampai termimpi-mimpilah dibuatnya. Hehehe... Persiapan untuk ke sana nanti inshaAllah aku kongsikan lagi dengan lebih terperinci di entri lain untuk panduan yang pertama kali ke sana. Cumanya sejak kejadian MH370 tempoh hari, hati ini tak berhenti cemas dan pelbagai bayangan muncul di minda. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan semoga perjalanan kami diberkati.

Nota Kaki: Dah seronok memikirkan cenderahati menarik yang akan dibeli untuk orang-orang kesayangan. Tak kurang juga yang mengirim brooch dan bantal. InshaAllah, semuanya sudah pun dimasukkan dalam senarai wajib beli.

Friday, 28 March 2014

Gila Katanya?

Ha, tajuk gempak. Bosan teramat menanda tugasan budak-budak semester 1 ni, tak habis-habis. Waktu buat soalan, kemain lagi aku kan? Sekarang nak menanda, ambik ko! Oeky, berbalik pada tajuk di atas. Haritu, ada akak kat FB ni letak gambar saki baki cili padi dalam nasi goreng yang dimasak oleh suami beliau. Selaku seorang yang berlidah kebal dan bertekak Jawa, aku pun komen yang berbunyi kurang lebih begini; "Kalau saya, saya kaut semua tu kak." Lagi pedas, lagilah umppph!

Kemudian, selang beberapa hari aku letak status pasal cili jugak. Walaupun air mata dah menjejes, tetap ku kaut cili potong itu. Gitulah lebih kurang. Lepas tu akak tu komen; "Orang Banting memang gila! Hahaha..." Kahkahkah.... Akak tu nak kata kegilaan orang Banting terhadap cili padi dan pedas adalah di tahap gila. Sebab apa? Suami beliau pun orang Banting jugak. Akak, kalau tak pedas saya rasa macam telan apa je. Tak nikmat. Pedas baru sedap! Mohon diberikan suami yang makan pedas juga nanti supaya tak perlu catu cili sewaktu memasak. Belum ada, bolehlah nak memohon bagai kan? Hahaha...

Tapi aku bukan jenis yang suka gigit cili macam gigit timun, nak makan cili mentah pun kena potong-potong dulu, baru layan. Cili yang sesuai dimakan mentah pun ada jenisnya, bukan semua. Biasanya kat kedai kalau minta cili potong dia akan guna cili padi hijau yang kilat tu. Kepedasan cili yang itu boleh diterima lagi, sama juga dengan cili padi kampung. Cili padi kampung ni warna hijau juga biasanya cuma dia macam berkedut sikit. Pedasnya boleh tahan. Dua jenis cili ni sesuai kalau nak buat cili potong sebab pedas dia tak menyengat sampai otak. Gambar bawah ni sendiri tangkap tahu. Beli cili ni semata-mata untuk penggambaran blog. Kau mampu? Hehehe...

Cili padi kampung

Kalau cili padi yang merah macam yang kat bawah ni, boleh nak buat cili potong. Tapi dengan niat nak aniaya orang sebab pedas dia, huiiiii! Menyengat sampai ke otak dan air mata mengalir deras. Sekali je aku dapat cili potong guna cili padi merah ni. Pedas pedas pun, aku kaut juga cuma tak licin la. Kalau masak guna cili yang pun, aku guna sikit je. Itupun dah pedas. Tapi orang Banting tak gila tau, jangan salah cerna pulak ye. 
Cili padi merah

Thursday, 27 March 2014

Nasi Labu

Lama betul rasanya tak tampal resepi dalam ni. Nak kata dah aktif dengan 'dapur' baru pun, tak juga sebab yang sana pun tak ada letak resepi apa-apa. Gambar ada duduk dalam Note tapi resepi dah lupa, cemana nak kongsi? Maklum masak ikut sesuka hati main campak je, terus lupa dah. Hehehe... Tapi yang kali ni masak berpandukan resepi cuma ubahsuai ikut keadaan saja. Dua minggu lepas, ada beli labu. Waktu beli tu macam best je kalau buat masak lemak. Sekalinya, angin tak rajin masak datang. Maka tersimpanlah labu tu dalam crisper untuk dua minggu. By the time nak guna, separuh daripada suku labu yang aku beli tu dah benyek. Jadi belasah je guna separuh daripada labu yang ada. Ala, beli yang dia dah siap belah tu je pun, takde la sampai sebiji. Kalau beli sebiji pun, sahih 3/4 lagi tu jadi rezeki tanah. Sebelum masak tu dah yakin tak semua labu boleh digunakan jadi kalau masak lemak dia jadi sikit. Kebetulan(lah sangat) ada beli beras basmathi awal tahun haritu dengan niat nak masak nasi daging. Tapi sebab bila pergi pasar je pakcik jual daging tu dah ada pulak, maka beras tu pun tak terusik. Daripada jadi rezeki kutu beras, mari cari resepi nasi yang ada labu. 

Aku rujuk resepi ni dari Saveur sebab tak jumpa pula kelibat nasi labu dari blogger Malaysia. Biasanya diorang masak nasi ni lepas menuai hasil tanaman dekat kawasan-kawasan Caribbean sana. Belah sana guna Calabaza ataupun labu gabak yang boleh ditukar jadi golden carriage macam dalam dongeng Cinderella. Tapi kat sini tak ada, maka gunalah labu biasa tu je. Jom tengok resepi yang aku dah ubahsuai ikut jumlah perut yang ada dan bahan yang ada. 

Nasi Labu 

Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras basmati
1 1/2 sudu minyak sayur
3 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar kuning (yang buat tomyam tu; kalau besar guna separuh je)
1/4 capsicum hijau (potong dadu)
2 cawan labu dipotong dadu (mak incik malas nak timbang, sukat agak-agak je pakai cawan..hehehe)
2 pokok daun ketumbar (potong sikit akarnya)
Garam secukup rasa
1/2 kiub ayam (mak incik tambah)
2 cawan air (guna cawan sama yang sukat beras)

Cara memasak
1. Basuh beras sampai air dia tak berapa nak keruh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan berwarna keemasan bersama dengan kiub ayam. Masukkan bawang dan tumis hingga layu. Masukkan pulak capsicum dan kacau lagi sampai layu jugak. 
3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati dengan bahan tumisan.
4. Kemudian, masukkan labu, daun ketumbar dan air. Air ni boleh agak-agak jugak kot; kalau rasa macam kurang boleh tambah lagi, kalau rasa macam terlebih, boleh kurangkan. Kacau sekejap dan biarkan atas api sampai air kering.
5. Bila air dah kering, gaul sekejap dan bolehlah pindahkan periuk dari dapur ke tempat masak nasi dan biarkan dia masak sendiri.

Served with jerk chicken and coleslaw. Eh, tak Jawalah pulak makan nasi dengan coleslaw! Celah mana pulak nak cari jerk herbs tu kan? Maka aku hidangkan nasi ni dengan kari ayam dan acar rampai timun yang tak cukup bahan. Boleh kata nasi labu ni seangkatan dengan dengan nasi beriani, nasi minyak dan lain-lain nasi berperisa tu kot ek? Ikut kegemaran masing-masing la nak makan dengan lauk apa. Oh, pasal daun ketumbar tu, resepi asal kata 'sprig' tapi aku tak berapa nak pasti kuantiti sprig tu banyak mana. Maka, aku campakkan dua pokok terus. Pastikan basuh bersih ye sebab kita nak letak sekali dengan akar dia. Tapi bila dah hampir nak masak tu, bau daun ketumbar kuat sangat pulak. Cepat-cepat aku korek dan keluarkan dari nasi. Kang orang lain tak nak makan pulak sebab ada bau pelik. Jenuh aku nak habiskan seperiuk nasi pulak kang. Hahaha... Kalau dah bosan masak nasi berperisa lain, bolehlah cuba resepi ni ye.

Wednesday, 26 March 2014

Tak Cukup Kuat

Baru dua hari lepas geng makan membicarakan tentang komunikasi melalui tulisan, hari ni aku dah rasa kesannya. Adoilah... Tulis untuk orang lain, orang lain pulak terasa. Kadang-kadang, kita nak lepas geram kat orang tu tapi tak nak orang tu tahu jadi kita pun lepas geram kat tempat yang orang tu tak akan tahu. Kadang-kadang kita sentap tapi tak gamak nak cakap apa-apa untuk balasan maka kita senyap untuk mengelak dari situasi sentap kuasa dua pulak. Kesimpulannya, komunikasi melalui tulisan ni lebih mudah mengundang salah faham berbanding komunikasi melalui lisan. Okey, dah faham. Dah rasa. Ulas panjang-panjang, bimbang aku yang sentap kuasa dua sebab aku pun tak berapa nak tabah bila melibatkan hati dan perasaan ni. Yelah, bukan sekali dua dapat 'tulisan' yang mengundang sentap ni. Diam lebih baik, membawa diri sendiri lebih selamat. Maaflah kalau selama ni aku mengambil kesempatan ke apa. Lepas ni jadi LR jelah, selamat.

Maybe I should start make friends with myself...

Redha

Sumber gambar: Sini

Hari ni, datang kerja masih dengan perasaan bercampur baur, minda yang sedikit bercelaru. Separuh mengiakan, separuh lagi masih berharap mereka kembali dengan selamat. Terlalu banyak spekulasi dan cerita disebalik misteri MH370 ini; ada yang negatif dan ada juga yang positif. Dalam perjalanan pulang sebaik saja tamat tuisyen malam tadi, otak berfikir dan hati terdetik; 'Siapalah kita untuk menidakkan apa yang Allah rencanakan? Bukankah sebagai seorang muslim aku perlu percaya dengan qada dan qadar? Allahuakbar!' Manusia, sering mahu yang enak-enak, yang baik-baik saja hingga lupa Allah maha berkuasa. Perlahan-lahan aku menginsafi; yang pergi, redhakan pemergiaannya. Yang masih hidup, berusaha baiki diri agar pemergiaan kita nanti dirahmati. Teruskan berdoa juga untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Mesir, Syiria dan seluruh dunia.


#PrayforMH370 #RememberingMH370

Tuesday, 25 March 2014

Tak Lebam Pun?

Sementara ada mood menaip, mari buat tulis sesuatu sebelum hasrat menutup blog yang telah beberapa kali berlegar di kepala direalisasikan. Ahad lepas aku ke HTAR selepas membuat temujanji dengan Zimah untuk ambil darah dengan tujuan untuk pemeriksaan penuh. Sebelum ni ada beberapa tanda tidak menyenangkan muncul dan aku telah mendapatkan khidmat nasihat 'doktor peribadi' ini untuk tindakan seterusnya. Beliau menasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan sepenuhnya supaya tahu bahagian mana yang bermasalah.

Masalahnya, hospital sentiasa penuh dan aku tak berapa nak tahu prosedurnya. Ada sekali tu, sajalah tengok-tengok di laman web hospital swasta mengenai pemeriksaan kesihatan dan aku hantarlah quotation tu pada Zimah, sekali dia balas; "Ini rupanya kerja diorang. Mahalnya Sazoh! Blood test tu kalau aku buatkan free je Sazoh." Gitu dia balas dalam WhatsApp. Dia suruh roger je bila aku lapang dan kalau kebetulan dia tak kerja, jalan! Risik-risik Ahad lepas, kerja separuh hari katanya dan Ahad lepas pun nak pergi tebus baucer pasar ikan Manhattan, jadi sekali jalan je la ke HTAR.

Zimah kata pukul 1.30 petang, tapi kami sampai awal sebab jalan pun bukan main lapang, parking pun bukan main senang jumpa walau pusing-pusing la jugak. Hahaha... Lama jugalah melangut tengok orang lalu lalang sebelum Zimah suruh naik wad 7B sebab dia tengah ward round. Sebelum tu ada juga perasaan serba salah kalau mengganggu kerja atau tak ikut saluran yang betul, tapi dia kata takpe, aku pun redah jelah. Hehehe... Waktu kami naik tu, tak habis kerja lagi walaupun patutnya habis pukul 1 sebab MO dia mula meronda lewat. Segan sebenarnya sebab wad 7 tulah wad paling popular dekat HTAR dan bertambah segan bila Zimah dari jauh dah melambai-lambai dan mengalu-alukan ketibaan kami ke wad tu. Semua orang pandang kot! Glemer kejap. Hahaha...

Masuk dalam bilik rawatan yang ada katil mula-mula, tapi pindah ke bilik lagi satu sebab ada pesakit nak buat rawatan jugak. Utamakan pesakit dulu, yang datang cari penyakit ni takpe. Borang semua Zimah dah isikan, jadi datang tinggal cucuk je. Sebelum kena cucuk, aku terasa seram jugak mengenangkan percubaan mencucuk yang 4 kali tu, tapi pasrah je. Siap cakap kat Zimah; "Jumpa ke? Haritu sampai 4 kali baru jumpa." Sambil dia tekan-tekan, dia jawab; "Jumpa ni ha Sazoh." Aku tengok tempat dia tekan; "Mana? Tak nampak pun?" "Ni ada ni, boleh rasa." Oh, gitu... Patut la aku tak jadi doktor. Hahaha... Memang sempoi habis ah Zimah ni. Dengan takde kapas, dengan ikat lengan pakai glove je, tup-tup selesai. Sekali cucuk dan tak lebam langsung walaupun bisanya lebih sikit. Terima kasih banyak-banyak Zimah atas perkhidmatan yang diberikan. Terima kasih jugak crime partner sebab tolong bawak, tolong teman dan tolong ambik gambar doktor peribadi kita tu. Hehehe... Sayangnya, tak sempat nak gosip panjang sebab dia kena sambung kerja. Takpe, one fine day.

Lepas tu, pukul 1.23 pagi tadi dia hantar keputusan darah aku tu. Hantar gambar je tanpa sebarang kata, garu kepala kejap sebelum aku teliti. Nampak ada yang merah, mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Tengah hari tadi baru sempat dia terangkan. Okey, kolestrol tinggi. Yang lain semua okey. Bawak-bawaklah kurangkan makan makanan berkolestrol dan banyak-banyakkanlah bersenam.

Monday, 24 March 2014

Ended

Kira-kira jam 10 malam tadi, satu sidang akhbar oleh PM berlangsung di PWTC, mengesahkan bahawa MH370 yang hilang sejak lebih dua minggu lalu berakhir di Lautan Hindi. He doesn't say 'crashed' but he said 'ended' and the details will be revealed on tomorrow's press conference. Allah! Sayu dan sebak saat mendengar perkhabaran tadi. Aku cuma menulis tentang MH370 di sini sekali kerana tak sanggup mengenangkan nasib penumpang-penumpang dalam pesawat tesebut. Pun begitu, hampir setiap minit mencari berita tentang MH370 dan berharap agar keajaiban berlaku dimana mereka selamat. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga kesemua mangsa yang beragam Islam ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah....


Nota Kaki: Sebarang berita negatif berkaitan penerbangan atau kapal terbang amatlah tidak dialu-alukan untuk diuar-uarkan pada saya. I have my lappy, I have my Note 8 and I have internet access. Let me find out the news myself as it affect me very badly when someone close to me share such news. Thank you.


Friday, 21 March 2014

Tak Mengharap Pun

Dalam pada tak berniat mahupun mengharap untuk ke PICC bersama rombongan misi mencari buku, tiba-tiba sampai juga kat sana. Asalnya memang malas nak pergi pun sebab sahih duit akan lebur juga, tapi bila rombongan tak cukup dan ketua rombongan sibuk mencari orang untuk penuhkan van, terpergi jugaklah. Tambahan pula bila TP cakap pergilah cari buku untuk subjek umum sekali. Eh, ada rupanya bajet untuk subjek umum? Okey, semangat berkobar-kobar la jadinya nak pergi sebab buku yang ada kat rak perpustakaan tu pun dah muak tengok muka aku. Asyiklah makcik ni yang kelek aku, apa kes? Hahaha....

Alang-alang dah pergi, kenalah cari untuk semua subjek umum sekali sebab aku dengan ustaz tu je pengajar subjek umum yang pergi. Sampai sana, tanya katalog kot-kot ada; tak ada pulak. Tebalkan muka belek satu persatu dan ambik gambar tajuk dan nombor ISBN. Memang lama aku berlegar kat bahagian situ. Bila dah tak tahu nak cari buku yang macam mana lagi, baru aku merayap ke bahagian bacaan umum.

Tangan pun gatal kaut beberapa buah buku untuk diri sendiri. Dah kata dah, mesti terkorban punya! Nasib baik tak terbeli bluetooth speaker tadi, kalau tak garu kepala nak ganti bajet belanja bulan depan. Hehehe... Bukan apa, kalau ada speaker tu senang nak buat aktiviti dalam kelas, tak payah angkut woofer yang gedabak tu. Dekat 100 hengget jugaklah lebur. Tapi tak adalah beli buku yang terlalu mengarut pun, buku yang akan digunakan juga nanti. Kalau ada yang nak pergi, pesta buku ni berlansung sampai Ahad ni. Dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Buku banyak, tapi tak banyak pilihan sangat macam Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Yang itu memang puas! Dari buku yang bosan tahap gaban sampailah buku yang mendamaikan jiwa tahap tak nak lepas dari tangan, berlambak-lambak. Buku bacaan umum, buku kanak-kanak, novel inggeris pun boleh tahan banyak jugak kat sini. Kira layan jugaklah. Sediakan duit secukupnya ye kalau berhajat nak ke sini.

Thursday, 20 March 2014

Terasa Nak Belajar Menari

Lepas ponteng aerobik minggu lepas, minggu ni datang balik. Emosi tak stabil katanya minggu lepas ditambah terlalu penat sebab jadual padat, dah bayar yuran pun ada aku kesah? Hahaha... Hari ni dengan Cikgu Wati, jadi seronok sebab sambil dia buat sambil dia bagi tahu langkah-langkahnya. Maklum la orang ponteng minggu lepas, mana nak tahu langkah baru kan?

Masuk dalam dewan je, Cikgu suruh ambik kerusi. Nak aerobik sambil duduk katanya. Dalam kepala dok ingatlah lagi tak penat ke apa, sekalinya lagi penat ko! Buat gerakan sambil duduk rupanya memerlukan lebih komitmen daripada otot-otot betis dan peha. Penat pun kena cuba angkat jugak sebab otot tu dah manja sangat! Selepat kena kat muka sendiri. Hahaha... Okey cikgu, saya buat sehabis daya. Peluh lebih banyak menjejes walaupun bersenam sambil duduk. Cikgu cakap, teknik ni untuk kedua-dua bahagian, lower dan upper body. Sebab baru buat pertama kali, maka kami buat separuh set je. Waktu guna kerusi, kena buat plank. Menggigil tangan tahan badan dan dalam masa yang sama betulkan posisi. Sambil tu sempat lagi fikir; 'Ini kalau terlepas pegangan ni, tak tahu nak cakap.' Hahaha... 

Inilah dia yang dikatakan plank

Dah penat duduk, pergi simpan kerusi; sesi kedua sesi 'joget' pulak. Yang ini aku suka walau langkah berterabur. Masih boleh ikut lagi sebab Cikgu buat dan cakap. "Dua kanan. Dua kiri." "Kanan depan, tutup belakang. Kiri belakang, tutup depan." Gituuu... Lagu apa? Macam-macam lagu, macam-macam tarian ada. Dangdut? Hindustan? Mambo? Tango? Salsa? Masuk semua sekali. Tinggal reti tak reti je nak buatnya. Hehehe... Kalau keluar lagu Shakira tu, ko siap la nak kena gelek dan fokus senaman perut. Tertahan-tahan nafas kempiskan perut sebab nak ikut teknik. Hahaha.... Terasa berkobar-kobar nak belajar menari sebab macam best je tengok orang lain reti buat. Lepas ni kalau tengok hindustan, mau aku ikut hero dengan heroin tu menari sekali. Nak asah bakat kekdahnya. Heeee...

Memang best la aerobik ni! Kalau ada yang minat nak datang pun boleh, tinggalkan komen di bawah ye. Bayaran ada fasa-fasa dia. Sangat berbaloi bayarannya dengan apa yang kita dapat. Tapi hanya untuk wanita sahaja ye.

Borong!


Karpet...karpet...karpet... Itulah yang dilaungkan bila bungkusan-bungkusan Poslaju berisi yoga mat ni sampai ke pejabat. Masing-masing semangat memberi komitmen kepada aktiviti aerobik yang kadang-kadang serius kadang-kadang menyeronokkan. Minggu sebelumnya, cikgu suruh beli yoga mat untuk buat conditioning dengan sebetulnya. Aku berangan la nak pergi ukur Jusco sebab cikgu kata kat situ ada jual dan boleh dapat murah. Malangnya, jarak Jusco dari rumah tidaklah sedekat jarak rumah dan pejabat. Maka, hujung minggu itu berlalu tanpa aktiviti mengukur bangunan.

Hari Isninnya, mata ni berat tahap tak boleh nak tongkat; sambil tanda tugasan budak-budak ni, sambil tertutup-tutup mata. Maaflah ye kertas siapa yang ada macam terconteng sikit tu. Hehehe... Untuk hilangkan ngantuk, aku angkut Note 8 keluar dan duduk di bangku depan DKU. Tengah hadap Note 8, tinggggg! Mentol menyala atas kepala. Kenapa tidak aku beli je online yoga mat ni? Nak guna hari Khamis, kalau beli hari ni mesti sempat sampai hari Khamis. Terus buka Google dan masuk dalam Lelong. Eh, ada yoga mat berharga murah; 36 hengget termasuk kos pos! Terus hilang ngantuk. Kahkahkah... Kebetulan sebelum ni dah gatal tangan pergi daftar jadi ahli, laju je la aku klik itu, klik ini, dan bayar. Sejak guna BIMB Visa Debit Card ni, lagi laju aku shopping online. Hahaha... 

Sebab ini kali pertama beli dekat Lelong, tak berani nak kecoh-kecoh dengan geng aerobik lain untuk beli berjemaah. Kalau kena tipu ke, tak ke haru? Kalau aku sorang yang beli dan kena tipu, tak adalah dahsyat kerugiannya. Hari Khamis tu, aku pun bawa la yoga mat warna hijau bercorak merak ke kelas. Masing-masing dok tanya beli kat mana, harga berapa. Siap kena marah lagi apasal beli tak cakap? Ha, sebabnya seperti yang dinyatakan tadilah. Sebab dah dibuktikan peniaga ni boleh dipercayai, marilah tempah dengan saya; 36 hengget saja termasuk pos. Kat luar belum tentu jumpa harga begini biarpun ketiak berpeluh-peluh keluar masuk kedai mencari kan? Sebab kalau kat kedai memang harga dia mahal; paling murah RM 59.90 yang pernah ditemui. 

Aku rasa adalah empat kali kot aku berurusan dengan peniaga ni di Lelong. Alhamdulillah, servis cepat dan memuaskan. Lepas ni bolehlah kalau nak berurusan dengan dia lagi. Yang gambar atas ni tempahan kedua, sekali 8 aku beli. Dah ada yoga mat, dah ada dumbbell, silalah jangan ponteng kelas ye. Tuan Tanah berkata dihadapan cermin.

Buta IT Ke?

Ada tak dalam kalangan pembaca ni yang pakai Note 8 jugak? Meh nak tanya, kenapa tak boleh nak pindahkan gambar dari tab ke lappy ek? Stress dibuatnya! Bukan ke cucuk je USB tu ke lappy dan kita ikut je arahan yang muncul dan selesai? Dah buat dah, masalahnya gambar dari device tak muncul. Maka tak boleh nak copy dan paste atau proceed to the next step. Why? Why? What to do? Kalau nak pindah gambar dari Pokcik Arba senang je tapi kenapa Note 8 ni banyak cengkadak? Thinking to find alternative or should I read the manual first? Hahaha... Manual dia pun sebenarnya aku tak habis baca. Banyak sangatlah benda nak hadam, tak rajin. Kehkehkeh...

Oh, rentetan lappy ku yang meragam tahun lepas tu, I'm poorer by RM 300 after got it fixed. Buat itu, tukar ini, masukkan segala neka software, semua sekali RM300 +/-. Okeylah tu rasanya sebab upgrade RAM dan tukar hard disc sekali. Dulu kapasiti cakera keras lappy ni 40GB je; sekarang dah jadi 500GB. Dalam hati ada taman la jawabnya sebab boleh letak drama Korea banyak-banyak dalam ni. Hehehehe... Sepanjang 8 tahun pakai lappy ni tak ada masalah kritikal yang muncul melainkan masalah yang disebabkan virus-virus cinta sesat. Lepas dapat balik lappy sampai sekarang, trauma aku nak bagi orang cucuk pendrive yang dah dicucuk di PC pejabat. Tak pasal kang masuk hospital balik kang. Apape hal, sila cucuk di PC jugak biar PC tu yang jahanam. PC ofis takpe la kalau nak ada virus pun sebab ada F29 yang nak tolong tengokkan atau nak tolong sembuhkan kalau sakit. Lappy mak incik? Kedai la gamaknya.

Tapi sejak dah bergaul dengan orang-orang bidang IT ni, dah tak buta IT sangat dah. Kalau tak dulu asyik kena kutuk je dengan abang aku. Setakat nak defrag, nak buat error-checking, dan nak scan serta update antivirus dah boleh buat sendiri.

Ehem, rancak nampak menaip entri? Ha, ini gara-gara angkut laptop ke ofis la ni. Kebetulan tengah hari ni tak keluar makan, maka menaiplah sebanyak entri yang boleh sambil dengar lagu Korea. Dia memang tau, bila kat ofis je semangat nak menaip tu bukan main berkobar-kobar. Cuba kalau kat rumah? Tenung skrin sampai 10 minit baru idea muncul nak taip apa. Hehehe... Kepada yang mengenali saya di pejabat dan nampak saya macam baik, macam pendiam je, sila jangan buat perbandingan dengan personaliti saya yang lagi satu ni. Baca sini, udah la dendiam sendiri. Well, this is the other side of me. Tetiba ada pesanan penaja pulak kan? Sebab dah ada orang jumpa blog ni. Adoi...

Wednesday, 19 March 2014

Sampai 4 Kali

Alhamdulillah,  selesai sudah program rutin institut untuk kali pertama bagi tahun 2014. Kali ni sambutan tetap meriah macam yang dulu-dulu cuma aku tak ada jiwa nak beria melawat setiap booth pameran. Sebelum ni poyo aku pergi tanya soalan pada setiap penjaga booth, siap ambik gambar lagi. Kali ni sekadar di pinggiran saja. Gambar pun tak sampai sepuluh keping kot. Punyalah tak ada jiwa.

Lepas dah pusing dewan, masuk pusat sumber nak tengok aktiviti apa yang ada. Sekalinya ada pemeriksaan kesihatan percuma, haruslah aku jakun nak buat kan. Hahaha... Banyak benda nak kena isi rupanya. Satu borang pemeriksaan, satu borang soal selidik kemurungan, satu lagi borang soal selidik keseluruhan. Daripada berdiri, sampai cari kerusi nak menyiapkan isi borang tu. Alhamdulillah, semua normal kecuali berat badan. Ye, masalah tu memang timbul dari dulu lagi kecuali waktu belajar kat U. Kesimpulannya, kena buang 13 kg untuk berat badan ideal.

Ada juga ujian darah untuk talasemia. Mula-mula memang nak buat terus, sekali waktu aku habis kaunseling, dah ramai yang menyerbu masuk bilik perbincangan tu nak buat jugak. Malas ah nak tunggu. Balik ofis sambung tanda tugasan budak-budak. Tak lama tu, Kak Rin ajak pergi pusat sumber balik. Ha, waktu ni dah tak ramai orang. Cepat-cepat minta borang dan isi dan masuk menunggu giliran.

Lama gila tak kena cucuk jarum oi! Cuak sikit. Hehehe... Ada dua petugas; seorang lelaki seorang perempuan. Aku mestilah pergi yang kat perempuan tu. Dia tanya; "Pernah kena ambik darah?" Aku pun blur blur jawab; "Pernah, derma darah." Yakin gila bagi jawapan. Lepas tu dia cakap; "Oh, kalau derma darah tu lain, jarum dia lagi besar." Aku pun balas balik; "Oh, ye ke? Tak sama eh? Kalau macam tu tak pernah la." Lama dia carik urat tak jumpa-jumpa. Bila dah jumpa, dia macam tak berapa nak yakin dah jumpa. Dia cucuk jugak tapi darah tak keluar. Ouch! Lepas tu cari lagi. Tangan kanan tak boleh, tengok tangan kiri pulak. Lama kena belek, tak jumpa jugak.

Tiba-tiba dia tanya; "Takut ke?" Aku pun jawab; " Tak adalah. Sebelum ni pun dah biasa derma darah." Nak kata dah biasa dengan jarum la tu. Hehehe... Lepas tu aku pulak tanya; " Kenapa urat ni boleh 'hilang'?" Dia senyum dulu sebelum jawab; "Kalau takut, urat tak nak timbul. Tapi kalau sejuk pun boleh jadi jugak." "Ha, ni sebab sejuk kot. Tu aircond direct ke sini." Aku balas sambil jeling aircond. Memang hala terus kat tempat aku duduk tu, sejuk beb! Cari punya cari, tepuk punya tepuk, tak jumpa jugak. Dia terus tak nak buat. Kang salah cucuk kang lebam tangan aku. Dia suruh yang staf lelaki tu buat. Aiseh...

Dengan yang lelaki ni, kena cucuk dua kali. Sekali dekat belah atas, sekali dekat belah bawah sikit. Ini kes tak timbul jugaklah ni. Dia nak jumpa tu pun lama jugak dok pam tangan, dok ikat, dok tekan-tekan, sampai dia cakap nak cucuk dekat belakang tapak tangan. Aaaaa, tak nak! Kat situ lagi bisa punya sebab tak banyak daging. Aku sampai nak kata 'takpelah, tak payahlah buat. Membazir jarum je.' tapi tak terkeluar. Bukan takut, tapi seram sikit je. Hahaha... Mau tak seram? Dua kali dah dia cucuk tu, sekali darah tak keluar langsung yang sekali keluar sikit gila. Lepas tu dia suruh aku bertenang dulu. Lama gak la dok melangut dalam bilik sejuk tu.

Percubaan terakhir mencari, tak berjaya jumpa sampai kena panggil lagi sorang staf yang macam ketua diorang kot; sebab sebelum ni dia dok cop dan tandatangan borang-borang je. Dengan yang ni, kejap je. Dia tengok tangan lepas tu tekan-tekan sikit, terus cucuk. Membuak-buak darah masuk dalam picagari tu. Rasa nak sujud syukur kat situ sebab akhirnya darah keluar. Tak sampai seminit pun Encik Hadi tu buat. Orang lama kot, dah pro dah. Lepas kena cucuk tiga kali oleh dua staf berbeza, percubaan kali keempat oleh staf ketiga baru berjaya. Adoi la... Nasib baik tangan tak lebam, kalau lebam memang aku boikot jarum sebab dah pernah rasa sakit lebam kena cucuk tu macam mana. Seminggu merana kesakitan. Kalau rajin, pergi korek entri lama pasal derma darah. Ada aku letak dalam ni. Terima kasihlah yang mencucuk lengan saya ni tadi sebab gigih juga cari walau sampai membazir tiga jarum. Walau sampai empat kali, rasa tenang je bila nak kena cucuk sebab semuanya baca bismillah sebelum buat. Alhamdulillah, amalan seorang muslim.

Sebenarnya kena cucuk jarum ni tak sakit, cuma bisa sikit je. Jadi toksahlah nak takut-takut dengan jarum ye. Seram sikit-sikit takpe. Hehehe... Keputusan ujian akan diketahui dalam masa sebulan. Nanti dia akan pos ke rumah katanya, maka kenalah bersabar. Cerita kena cucuk jarum pun boleh panjang berjela-jela, apa da Cik Farae ni. Tabah jelah baca eh. Sekian, terima kasih. Gambar bawah ni tak ada kaitan dengan jarum. Gambar semasa kejadian tak ada sebab tak bawa masuk telefon dalam bilik tu. Kalau tak nampaklah kejakunan seorang blogger tu. Kihkihkih..

Monday, 17 March 2014

Bab Berangan, Bagi Ke Dia!

Ni namanya entri sengal. Benda nak merapu ada tapi gambar tak dapat nak pindah masuk dalam lappy. Dah dekat setahun pakai Note 8 tu, sampai sekarang terkial-kial lagi bila nak pindah gambar. Canggih sangat kekdahnya! Esok-esok jelah aku cuba lagi. Seminggu lalu, jiwa kacau tak menentu sampai rasa malas gila nak pergi kerja. Dok meratib nak cuti nak cuti tapi tak pergi mintak pun. Rupanya emosi tak stabil sebab bendera merah nak berkibar kot. Hahahahadoi!

Kebelakangan ni, menjadi-jadi pulak demam drama Korea. Tak putus stok ok! Lepas tu dok berangan. Memang kalau bab berangan, nombor satu. Walau jiwa kacau, berangan tetap berangan. Bak kata Jay Jay, 'berangan tak salah, asalkan tahu bertempat.' Ewahhh... Okey tu je nak cakap. Selamat menghadapi minggu baru dengan semangat baru. Hello Monday!

Satu lagi modal berangan....

Saturday, 15 March 2014

Polis Robot

My all-time favourite movie! Bila cerita ni keluar panggung, terus teruja tahap melompat bintang. Tak tipu. Ura-ura cerita ni dari tahun lepas lagi bila nampak Mix.Fm tampal gambar robocop dekat dinding FB diorang. Nampak aje gambar Robocop tu, terus tak sabar tunggu beliau beraksi. Kiranya, inilah hero kegemaran zaman kanak-kanak dulu. Zaman tu mana ada hero dahsyat-dahsyat macam sekarang. Robocop ni dah kira hero paling hebatlah! Tapi satu je tak kenan dengan Robocop versi 2014 ni, rupa robot dia tak begitu menyerlah. Robocop versi lama memang nampak robot dan diperbuat daripada besi; tak macam yang baru ni. Kesan warna hitam menampakkan badan beliau seperti diperbuat dari plastik. Nasib baiklah kesan bunyi dia masih lagi kesan bunyi robot.
Tak nampak macam robot kan?

This one is better...


Aksi dalam filem ni, memang terbaik. Sampai bergegar jantung aku dengar bunyi tembakan punya kuat, punya banyak. Kalau Robocop lama, beliau lebih bersederhana dimana beliau hanya menggunakan kereta peronda polis untuk bergerak ke mana-mana. Robocop baru ni dapat motor sebijik. Cool jugaklah kan bila dia menyelit situ dan mencilok sini untuk kejar penjahat. Hehehe... Selain menonjolkan kehebatan teknologi, filem ni juga menekankan bagaimana perikemanusiaan itu penting sekalipun berhadapan dengan bahaya. Bila robot diusulkan untuk menggantikan manusia dalam organisasi polis, ramai yang membantah kerana robot hanya bertindak mengikut apa yang diprogramkan. Persepsi itu kemudian sedikit demi sedikit berubah bila Robocop muncul. Walaupun dia robot, tapi disebaliknya besi itu ada manusia. Diprogramkan untuk hanya bertindak mengikut arahan tapi akhirnya sensitivi dan emosi seorang manusia berjaya mengembalikan kewarasan beliau.
Robocop Remake dengan motorsikal beliau


Robocop dengan kereta peronda polis

Macam biasa, ada pihak jahat dan ada pihak baik.Kemuncaknya adalah sewaktu Robocop dengan sendiri menyiasat 'kematian' beliau walaupun tidak diprogramkan untuk berbuat demikian. Bila yang sepatutnya melindungi tetapi akhirnya mengkhianati, yang tidak bersalah dikorbankan. Di penghujung cerita, penaung projek berasa terancam bila Robocop tak nak ikut apa yang dia suruh sampai dia nak 'matikan' Robocop. Mujurlah si pencipta ni cepat bertindak dan berjaya menyelamatkan beliau. Si penaung akhirnya ditembak Robocop kerana melanggar perjanjian awal mereka dan aku yakin dan pasti akan ada sambungan sebab dia tak tunjuk pun penaung ni mati. Mungkinkah penaung ni nanti bertukar jadi robot jugak? Mari kita tunggu...

Tungguuuuu...

Sangkut

Al-kisah, waktu keluar tengok Robocop haritu sambil niat nak 'cuci' dompet. Eh, tak ulas lagi filem Robocop! Okey, lepas ni. Sambung cerita... Niat tu tak adalah sampai nak cuci kasi 'kilat', nak cuci buat syarat je. Boleh gitu? Hahaha... Sebelum ni dok tengok dekat laman web yang menawarkan diskaun sampai 80% katanya, tapi tengok rekaan macam tak berkenan. Lepas tu bila beli online ni kita tak boleh nak cuba pakai. Keseronokan membeli hilang disitu.

Nak dijadikan cerita, dalam AEON Bukit Raja tu ada pulak Focus Point; haruslah singgah kan? Boleh juga seret Bonuslink. Singgah dan sangkut terus! Cuba cari yang diskaun sampai 50% atau 70% tapi nan hado! Sebaliknya, dia buat promosi beli satu dan dapat satu lagi percuma. Contoh harga dia 422 hengget, ko boleh pilih satu lagi yang berharga sama atau lebih murah. Kalau pilih harga yang lagi mahal, dia akan kira harga yang mahal tu. Kalau tak nak ambik promosi tu, dia bagi promosi lain pulak tapi kurang best sebab cuma potongan 30%. Tapi tak semua jenama ada rekaan yang menepati citarasa dan harga mampu milik. Dari haritu dah berkenan dekat Guess tapi harga dia mahal sangat, maka berangan jelah.

Hari kejadian, masuk kedai je terus tuju ke Guess. Memang ada pun rekaan yang menjadi pujaan. Tapi konon macam mahal sangat jugak, cuba tengok Bonia pulak, pun cantik-cantik juga tapi tak berapa nak suka jenamanya. Hehehe... Patah balik ke Guess, minta jurujual bawa keluar dan cuba sangkut. Uish, selesa beb! Memang menepati ciri-ciri idamanlah. Tapi bila mengenangkan harga, aku rasa macam; 'Biar betul?' Gituuu... Akhirnya selepas ditimbang, tambah, tolak, darab dan bahagi beserta sedikit nasihat dari teman jenayah, aku angkut juga. Kalau dah suka tu, tetap nak jugak kan? Hambik! Terus aku rasa bersalah selama seminggu. Hahaha...
Takmo kosong, kena ada corak-corak sikit dan mesti ada benda kat hujung tu...hehehe..

Terus rasmi

Lagi mahal dari beg tangan aku kot! Untuk hilangkan rasa bersalah, balik dari kerja pun aku sangkut sampai Pakcik Ghani gelak-gelak tengok aku bila kereta melepasi pondok pengawal. Lantak situ, yang penting aku guna apa yang aku dah beli. Nak tips beli cermin mata hitam, silalah Google sendiri. Macam mak incik, mak incik cari yang ada corak-corak dekat tepi dia. Lepas tu kena cari bentuk yang bertentangan dengan bentuk muka. Kalau muka bulat macam mak incik, carilah yang empat segi. Nak tahu bahawa 'this is it!', kena cuba pakai. Agak-agak rasa selesa dan tak terlalu mencengkam, itulah dia 'this is it!' awok. Lagi satu, cuba tengok lantai. Kadang-kadang ada cermin mata yang kantanya terlalu memberi ilusi. Macam mana nak cakap eh? Ermmm.. Ha, macam ni. Bila pakai cermin mata, kita nampak lantai tu macam rata tapi sebenarnya dia tinggi sikit. Jadi kena lebih berhati-hati bila melangkah. Kalau beza permukaan kita tengok lantai dengan cermin mata dan tanpa cermin mata tak jauh, itu juga faktor yang penting. Sebab fungsi cermin mata hitam ni nak lindungi mata dari terik mentari, faktor kegelapan kanta juga perlu dipertimbangkan. Ikut keselesaan masing-masing la ek. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 12 March 2014

Kerja Tetap Kerja

Hari ni baru boleh bernafas lega sikit sebab dah tak ada kelas. Waktu nilah nak buat soalan tugasan, soalan kuiz atau tanda tugasan dan juga siapkan bahan dan rancangan mengajar untuk kelas seterusnya. Untuk subjek aku, awal-awal masuk kelas memang dah bagi tahu kena wujudkan fail untuk selit segala nota dan latihan yang diberi sepanjang semester. Konon kali ni terlebih rajin, suruh budak-budak ni hantar fail untuk disemak. Ambik ko, penuh meja dengan fail diorang je! Lepas tu waktu aku kumpul pulak tak cantik, memang bersusun la atas meja sampailah Isnin minggu lepas, baru sempat semak. Peram atas meja sampai seminggu! Ish..ish..ish..

Sebelum ni aku tanda pakai pen je, kali ni macam bosan pulak nak 'conteng' pakai pen je. Maka aku pun melebur sedikit duit untuk beli benda alah yang dinamakan encouragement stamp. Memang dah tahu dekat Popular bersepah benda alah ni dan dah banyak kali belek bila ke sana tapi mak incik kan kadang-kadang jadi kedekut bila nampak harga, maka letak balik. Kali ni nekad nak beli jugak, dua ketul ni nak dekat 30 hengget. Harga asal RM 15.90 tapi sebab mak incik ahli, dapat la diskaun 10% setiap satu. Gitulah kisahnya... Selain dapat salah satu cop ni dalam fail, mana-mana yang tak lengkap notanya juga turut mendapat 'nota cinta'. Cramp tangan tulis nota-nota tu. Sabor jelah...


Kesimpulannya, leceh atau tak leceh, kerja tetap kerja; wajib kena semak fail budak-budak ni dari semasa ke semasa sebab kadang-kadang diorang tersalah fakta ke, tersalah eja ke, tersalah tanda jawapan ke, sekurang-kurangnya ada yang menyemak. Minggu ni minggu kuiz. Kali ni baik hati sikit siap bagi tahu tajuk mana yang patut dibaca. Huh, tak dapat nak jawab jugak! Akhirnya, aku bagi masa bonus 3 minit untuk tengok nota. Kelam kabut semua bawak keluar fail atas meja, siap ada yang berterabur notanya atas lantai. Muahahaha.... Tulah, orang dah suruh masukkan elok-elok dalam fail, awok selit je. Pandai-pandailah nak hidup. Sekian, Tuan Tanah melaporkan.

Sunday, 9 March 2014

Bila Terganggu

Dalam masa seminggu, ada dua musibah berlaku. Bermula dengan kemalangan tragis yang berlaku di simpang masuk institut pada Selasa lalu. Walaupun semasa ia berlaku aku tidak berada di situ, namun jasad kaku salah seorang mangsa kemalangan yang tertiarap di bahu jalan mengganggu emosi juga sedikit sebanyak. Sampai ke petang terasa lemah dan lesu mengingatkan kejadian yang berlaku sehinggakan aku sedikit buntu dalam kelas pertama pagi itu. Petangnya, pertama kali suhu kemarahan naik bila mana pelajar-pelajar semester satu membuat aku seperti orang halimunan dalam kelas. Mujurlah akal masih mengatasi emosi yang sarat.

Kemudian pagi Sabtu, sebaik saja melihat suapan berita di FB, hati berdetak kencang dengan perkhabaran yang diberitakan. Allahuakbar! Pesawat milik MAS lenyap ketika dalam perjalanan ke China. Sehingga saat ini, semua yang aku buat serba tak kena dan sentiasa mencari perkembangan terkini insiden tersebut. Sepertinya, aku juga merupakan keluarga mangsa yang terlibat. Pelbagai spekulasi timbul, tak kurang juga gurauan kasar dari mereka yang tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kuasa Allah, tiada manusia yang mampu menyangkal. Kita bukan sebahagian daripada anggota yang terlibat untuk operasi mencari dan menyelamat dan kita juga bukan pakar cuaca, jurutera kapal terbang, mahupun ahli geologi untuk mencerna data atau membuat kesimpulan. Ujian Allah datang bukan pada mereka yang melakukan maksiat dan dosa saja malah semua yang bernaung di tempat yang sama. Teringat kata-kata seorang naqib ketika di universiti dulu; "Walaupun maksiat berleluasa di Malaysia ni, Allah masih sayang pada kita dan tiada bencana dahsyat berlaku kerana masih ada alim ulama' yang bangun di tengah malam dan menangis memohon keampunan padaNya." 

Selagi bukti belum ditemui, teruskan berdoa dan jangan berhenti berharap kerana Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. DIA berkuasa menentukan segalanya. Mungkin DIA mahu menyedarkan kita yang alpa melalui peristiwa ini. Sama-sama muhasabah diri dan berhenti menunding jari. Ambil peluang untuk mendekatkan diri padaNya dengan memperbanyakkan amalan.

Nota Galaksi: Al-fatihah buat salah seorang mangsa kemalangan yang telah kembali ke rahmatullah hari ini selepas berada dalam keadaan koma selama lima hari. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah...

Wednesday, 5 March 2014

Sebelum Lena

Mata dah kuyu, badan dah letih tapi terasa nak menaip. Banyak je cerita sebenarnya menjelang Mac ni tapi kena tunggu lapang sikit. Maklum aku ni kalau menaip, kalah karangan periksa. Hahahaha... Sebelum tidur kena minum ephyra sebab hari Isnin sampai Rabu kena guna tenaga banyak sikit. Kalau tak minum, rasa susahnya lah nak bangkit dari katil. Sementara tengah rajin ni, hampir setiap malam aku bancuh ephyra. Baru-baru ni je mula bancuh guna air sejuk; sebelum ni guna air suam. Rupanya lagi sedap eh bancuh dengan air sejuk ni? Okeylah, sebelum Pokcik Nota 8 kelepup atas muka, layan gambar sendiri tangkap yang malas nak edit letak watermark. Selamat malam....zzZzzZz