Engagement Fund ;)

Thursday, 26 June 2014

Short Trip to Pahang - Episode 2

Okey, dah habis menanda kertas periksa budak-budak ni, curi masa kejap sambung cerita pergi Pahang haritu. Kali ni nak cerita pasal makan dekat Kuantan. Sebab tak pernah sampai Kuantan, kelam kabut tanya orang yang pernah duduk Kuantan tempat mana yang best nak makan. Lepas check in, SMS Rahmah dan suaminya yang merupakan kenalan di uni dulu. Ingatkan boleh jumpa dekat rumah Che Pah tapi tak ada rezeki. Pung pang pung pang, dia nak datang hotel tuntut ole-ole dari Korea tempoh hari. Asalnya aku kata nak pos tapi tak menyempat je nak ke pejabat pos nun. Alang-alang dah dekat, cuba nasib kot-kot mereka boleh datang tuntut dan belanja makan malam sekali. Ahaks!

Niat nak kopak Tuan PTD tak kesampaian sebab diorang nak menghala balik rumah maka tak boleh nak jimba-jimba. Borak-borak kejap dengan Rahmah dekat lobi. Abang Garang tak turun kereta sebab Sarah tidur pulak. Takpe, lain kali kami cuba lagi. Malam tu lepas maghrib kami keluar cari makanan. Lokasi tujuan adalah Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur. Dari hotel dalam 5 minit je kot; memang dekat gila ko! Cawangan dia ada banyak, yang kami nampak ada tiga. Tapi kami pergi yang belah dalam. Kawan Kak Chik kata yang kami pergi tu kedai asal dia.

Cara-cara nak order dekat sini, mula-mula cari tempat duduk dulu. Lepas tu panggil pekerja dia untuk ambil order. Orang memang ramai tapi pekerja dia cekap dan cepat dan ramai. Dekat adik pelayan tu, order makanan selain makanan laut dan juga minuman. Memang laju gila adik tu cakap; zap zap zap zap, selesai. Pelayan dekat Kenny Rogers pun kalah. Hahaha... Dah sudah tu, pergilah pilih makanan laut apa yang korang nak makan. Macam-macam adaaaa! Aku ni tak berapa kenal ikan besar-besar ni makanya meramahkan diri bertanya dekat sorang akak yang tengah pilih ikan jugak. Hehehe... Aku pilih sorang sebab Kak Chik tunggu meja. Memang berbelah bagi nak ambik tu sebab semuanya besar dan banyak. Tapi sebab aku tamak, ambik jugak. Dah pilih-pilih ikan dan makanan laut, pergi kaunter timbang dan bagi tahu nak masak apa dan nombor meja sekali. Selain menu makanan berat, ada juga satar dan keropok lekor. Tak sempat order keropok lekor sebab dah kenyang tahap gaban.

Lala masak cili

Ikan jenahak(kot) bakar petai

Satar yang sedap nak mamps

Kailan goreng belacan

Tomyam campur yang meriah dan sedap!

Sotong goreng tepung

Makanan daebak! Sedap dan setimpal dengan harga. Semua yang di atas adalah makan berdua dan berharga dalam RM 105 kot. Lupa dah. Cumanya kan, nak bagi cadangan sikit ni, harap boleh sediakan ikan-ikan yang bersaiz kecil atau sederhana untuk dua orang makan sebab ikan yang ada semuanya gabak-gabak belaka. Tak habis makan sebab hidangan dia semua bersaiz besar kecuali sayur dan sup atau tomyam. Mujur ikan tu tahan sampai esoknya maka aku ratah ikan je waktu tengah hari sementara tunggu Kak Chik pergi Diskusi Grup.

Sebelum bertolak pulang, sibuk nak beli satar bawak balik KL. KL sangat! Hahaha... Sibuklah Google tempat satar paling sedap. Kebanyakan blogger cakap Kedai Pok Su dan Kedai Mok Naa. Lepas check out, hala kereta ke Tanjung Lumpur balik. Kalau dari Bandar Kuantan, kedai Pok Su belah kiri tapi kitorang nampak kedai Mok Naa dulu dekat seberang nun maka laju je cari tempat pusing dan terlepas kedai Pok Su. Kedai Mok Naa ni belah kanan jadi kena buat pusingan U. 

Antara makanan yang ada

Kedai Mok Naa

Selain keropok lekor, satar dan otak-otak, ada juga makanan berat macam nasi berlauk dan mee. Kuih-muih lain pun banyak. Pilih je nak yang mana. Kitorang beli bungkus je. Tak ingat dah harga dia berapa tapi aku beli banyak gak la. Satar dia sedap, tapi rasanya satar dekat Ana Ikan Bakar Petai lagi sedap sebab satar yang dekat sini macam hancur-hancur sikit. Dari segi tu je la yang tak best, dari segi rasa memang best! Keropok lekor dia pun sedap nak mamps! Lembut dan sangat terasa ikannya. Kalau datang Kuantan, jangan lupa cari keropok lekor dan satar ye. Yang paling tak boleh blah tu, boleh tiba-tiba dengar nama kena panggil waktu tengah excited nak bungkus satar. Oh, kawan kat Maahad dulu rupanya. Kecik dunia ni, boleh jumpa dekat negeri orang pulak ye. 

Tuesday, 17 June 2014

Makan-makan Nando's dan Vivo

Lagi cerita makan-makan. Asal keluar je makan, asal makan je mesti nak yang pelik-pelik. Tengok bajet jugak la, kalau keluar merayap waktu duit masih berkepuk, bolehlah. Kalau duit dah surut, KFC jelah. Hehehe... Ini cerita basi jugak, bulan 3 haritu. Waktu ni keluar sebab nak tengok Robocop dan beli barang-barang nak pergi melancong. Sambil menyelam sambil minum air katanya. Nando's ni kitorang makan untuk lunch dekat AEON Bukit Raja sebab kelaparan lepas kesejukan dalam panggung. Antara Kenny Rogers dengan Nando's, aku lagi suka Nando's sebab boleh pilih kepedasan dia. Tapi sekarang dah mahal dah; ayam dia comel je.Sekali sekala bolehlah nak makan sini tapi kalau selalu, tak dapek la.

Haku punya - Wrap with 2 regular sides


Aten punya - 1/4 chicken with 2 regular sides


Dari Bukit Raja, singgah Bukit Tinggi pulak untuk beli barang yang patut dan tak patut. Hahaha... Dah pusing satu bangunan, dah penat jalan, perut pun lapar balik. Maka menyinggah la ke Vivo Pizza untuk minum petang pulak. Layanlah gambar beserta penerangannya ye.

Calamari & Onion Rings, watermelon juice and green tea latte(kot)

Panini Tak Ingat Inti Apa - roti boleh pilih nak perasa apa; ada 4 jenis rasanya

Smoked salmon pizza - topping tak kedekut sampai muak makan sebab banyak toppingnya

Dah petang-petang, dah malas nak ambik gambar diri sendiri. Ada gambar makanan je dekat Vivo. Harga untuk kedua-kedua tempat ni kurang lebih macam dekat SR je. Sesapa yang terasa nak cuba kedai barulah, bolehlah pergi sini pulak.

Short Trip to Pahang - Episode 1

Ini kejadian baru-baru ni jugak. Mula-mula tak nak pergi sebab hujung minggu ada tuisyen jadi malas nak mintak cuti dan cadang nak ambik cuti waktu sepupu aku tunang. Kang banyak kali cuti pulak. Tapi Kak Chik cakap tak sedap pulak bila yang menjemput buat ayat-ayat sedih kalau tak datang. Kak Chik ajak aku sebab dalam kad tu ada tulis nama aku sekali. Hahaha... Fikir punya fikir, takpelah, pergi jelah. Kebetulan minggu tu minggu ujian jadi aku siapkan soalan untuk semua kelas yang aku ajar dan tinggal dekat akak yang jaga bahagian tuisyen. Rancangan last minute kiranya ni sebab hari Khamis tulah baru nak cari hotel bagai. Terkincit jugaklah cari hotel yang tak mahal sangat tapi selesa dan best. Kak Chik ajak duduk dekat rumah kakak dia tapi aku kan penyegan, jadi cadangan itu telah ditolak bulat-bulat. Hehehe... Nasib baik Kak Chik ni cool je so proceed with my plan. 

Keluar masuk website hotel, jumpa satu hotel yang nampak best dan tak perlu bayar dulu. Yakin je aku book bila tiba-tiba esoknya dia hantar email bagi tahu tak ada bilik kosong. Stress kuasa dua. Waktu rehat tengah hari Jumaat tu aku Google dan terus book hotel guna booking.com. Settle! Payah sangat kan? Lepas ni booking dekat situ jelah.

Perjalanan bermula seawal pagi dan dari Banting sampai ke Shah Alam sampai ke Pahang, hujan lebat tapi kadang hujan kadang tak hujan. Kali ni test power kereta baru Kak Chik. Ingatkan dia nak bawak rupanya aku jugak yang kena bawak. Takpe, sejak dah biasa bawa kereta ke mana-mana ni, jadi takut bila duduk kerusi penumpang.Hahaha... Maka, marilah memandu. Pertama kali bawa kereta dekat Karak, seriau jugak sebab bengkang bengkok lepas tu stress sebab walaupun jalan macam tu, kereta-kereta lain tetap laju macam jalan dekat PLUS. Waktu dalam perjalanan pergi tu, singgah rehat dekat R&R mana entah, tapi dah dekat nak keluar dari lebuhraya la. Masa ni ada cerita cuak yang lawak. Waktu nak cabut kunci, kereta dok menjerit. Dah kenapa? Habis semua diperiksanya; tempat minyak, bonet, kunci pintu, semualah. Tetap juga bunyi. Dah panik dah ni. Tetiba aku teringat, waktu hujan lebat tadi ada nyalakan lampu tapi lupa nak tutup. Bila dah tutup, barulah bunyi hilang. Kereta moden cenggitulah, selagi semuanya tak dikembalikan ke asal, jangan harap dia nak berhenti berbunyi. Cuba kalau Mrs. Kanc? Nak tahu lampu tu menyala ke tutup, tunggulah bateri habis. Hahaha...

Macam biasa, bila sampai tempat asing, sesat dan terlajak itu sinonim dengan kami. Hahaha... Dahlah hujan lebat, tak jumpa papan tanda nak masuk pulak. Merasalah la buat pusingan U berkali-kali. Sampai tempat kenduri orang dah kemas dah. Lauk pun tinggal sikit je tapi sempatlah makan. Lepas makan baru masuk dalam jumpa pengantin dan bergambar.





Dari rumah Che Pah, terus patah balik ke Kuantan nak check-in hotel. Dapat baring pun sedap ni. Nak cari hotel ni pun berpusing-pusing sampai 8 kali. Patutnya belok kanan, aku belok kiri. Patutnya berhenti tepi ni, aku terus sampai depan. Merasalah ukur jalan dekat Bandar Kuantan tu. Tengok dalam peta, seberang je dengan masjid negeri tapi realitinya, depan masjid tu ada blok bangunan dan ada lagi jalan besar dan lorong kecil. Akhirnya dalam pukul 5 kot selamat juga kami sampai di Classic hotel. Hotel ni betul-betul tepi jalan besar. Kalau nak ke Tanjung Lumpur melalui jalan depan masjid negeri tu, ambik cabang ke kanan dan cari susur masuk nak ke bangunan hotel.

Hotel ni menerima bayaran menggunakan kad. Asalnya dah sediakan tunai untuk bayar hotel tapi bila dia tanya "Nak bayar tunai atau guna kad?" terus aku tamak kata nak guna kad dan muncul niat lain untuk duit tunai dalam dompet tu. Hahahaha... Stylo apa bayar guna kad ni walaupun bukan kad kredit. Merasa gak la perasaan orang swipe card dan sign resit tu. Heeee... Dah selesai bayaran, dia bagi kunci bilik dan kupon sarapan. Ada dua benda pelik dan misteri sepanjang menginap dekat sini. Pertama, kami hanya berdua tapi dia bagi kupon sarapan untuk tiga orang. Kedua, lif akan terus ke tingkat 3 walaupun ada tingkat 1 dan 2 tapi butang tingkat 1 dan 2 tu dia tutup dengan kertas. Misteriiiii...

Aku malas nak fikir jadi aku diam je. Kalau bukak topik borak mesti meleret-leret jadinya kang. Dasar penakut punya orang. Hahaha... Tapi ada beberapa kali jugak Kak Chik tanya kenapa dia bagi 3 kupon? Kenapa tak boleh tekan tingkat 1 dan 2? Malas nak layan. Boleh gitu? Hahaha... Ye la, Kak Chik ni jenis letak kepala je terus tidur aku pulak jenis terkebil-kebil dulu baru tertidur. Kot waktu terkebil-kebil tu ada 'makhluk asing' datang melawat sebab kitorang dok cakap-cakap pasal dia, tak ke haru? Alhamdulillah tak ada benda pelik berlaku.








Keseluruhannya hotel ni memuaskan dengan harga yang ditawarkan. Aku ambik bilik Superior Twin untuk 2 orang; luas sikit berbanding bilik untuk 2 orang yang biasa. Memang luas gila! Nak hampar toto dekat lantai untuk golek-golek pun boleh. Yang lawaknya, waktu nak cari kiblat. Aku ingat ini masih dekat Korea lagi agaknya, beria aku pusing-pusingkan kompas dekat lantai nak cari arah kiblat. Kak Chik yang dah baring dekat katil waktu tu tegur; "Awak solatlah dekat hujung tu, tak terganggu dengan pintu bilik air." Aku kagum dalam hati sebab cemana Kak Chik boleh nampak kompas aku dengan kedudukan dia tu. Malamnya kot bila dah baring tu, aku tiba-tiba ternampak penanda arah kiblat dekat siling. Rupanya Kak Chik tahu arah kiblat berdasarkan penanda tu. Kahkahkahkah... Mati-mati aku ingat dia nampak kompas aku, rupanya dia tengok penanda tu. Hahahahadoi... Lupa pulak hotel tu dekat Malaysia. Dekat Malaysia memang kebanyakan hotel ada letak penanda kiblat ni, kalau kat Korea memang takde lah kan.

Tu jelah cerita untuk hari pertama. Episod kedua akan menyusul untuk tempat makan yang menarik di Kuantan. Tak tahulah bila sebab nak menyibukkan diri menanda kertas periksa budak-budak ni.

Monday, 16 June 2014

Pre-loved Clinique Product

Tumpang lalu iklan kejap. Ada orang nak jual murah 3 Step Skin Care dia. Sebab jual? Tak sabar nak tunggu kesannya. Sabor jelah. Sesiapa yang berminat nak beli, cuma liquid facial soap je yang available ye. Exfoliator dengan moisturiser tu aku dah cop. Pencuci muka ni untuk skin type 3 or 4 iaitu combination oily to oily; 400 ml dan produk adalah original dan bersih. Bersih sebab yang tukang pakai ni tuang sikit-sikit dalam travel kit bottle untuk kegunaan beliau. Ada separuh lebih sikit lagi dan harga sebotol RM 60 tak termasuk pos. Berminat? Boleh tinggal komen. Sekian...


Friday, 13 June 2014

Giveaway Beads & Pearls June 2014

Dah lama tak masuk mana-mana giveaway. Lepas buat giveaway dan melawat blog peserta-peserta giveaway Ke Korea Dah Kita, barulah macam ada semangat nak jadi macam diorang jugak yang rajin benor masuk giveaway. Bagus! Siapa lagi yang nak sokong blogger kalau bukan blogger jugak, tak gitu? Nak masuk giveaway pun kena tengok syarat-syaratnya, kalau kena follow blog, follow page Facebook, atau jawab soalan-soalan yang diberikan, tak ada masalah. Tapi kalau kena follow Instagram atau Tweeter sekali, memang tak dapek la sebab tak ada akaun. Hehehe...

Syarat-syarat Giveaway Beads & Pearls June 2014 sudah pun dipenuhi dengan tertampalnya entri ni di Atas Nama Cinta. Cantik-cantik shawls dekat Beads & Pearls dan yang penting lebar. Pakkal aku baru borong shawl dekat Fleur Closet, kalau tak memang nak angkat sehelai jugak. Hehehe... Kepada yang berminat nak turut serta giveaway ni, boleh klik poster di bawah untuk keterangan selanjutnya. Tarikh tutup adalah pada 21 Jun 2014. Jom kita masuk ramai-ramai sebab pemenang akan dipilih menggunakan random.org makanya semua pun ada peluang untuk menang. Harapnya, adalah rezeki mak incik nak dapat shawl cantik ni sebab memang cantik okey hadiah yang ditawarkan tu! Kalau tak percaya jugak, nah tengok poster giveaway ni....

Klik sini untuk menyertai Giveaway Beads & Pearls

Hardware Cafe Space U8

Entri tertunggak ni memang banyak yang pasal makan jadinya kalau tak kuat iman, tak payah baca. Hehehe... Ini pun cerita lama jugak, lepas balik dari kenduri Hani dan Jepah tahun lepas. Macam mana entah terpergi Space U8 tu, sebab nak solat kot. Suka dengan surau dia yang luas dan mendamaikan tu. Lepas makan, makan lagi. Cari punya cari kedai makan yang best, terjumpa Hardware Cafe dekat tingkat atas. Kenapa Hardware? Sebab selain tempat makan, pemilik kedai ni juga ada kedai Hardware yang terletak bersebelahan dengan tempat makan ni. Jom tengok gambar pulak

Mee goreng Na

 Aten dengan adik sepupu dia

 Na dan Tuan Tanah

Chicken Wings with Fries

Nasi goreng Aten

Nasi goreng makanan laut aku punya

Selepas; licing macam biasa...hahaha


Makanan sedap, tempat best dan banyak! Bolehlah kalau nak ulang makan dekat sini. Pilihan makanan pun banyak. Datanglah ke Space U8 kalau nak makan dekat Hardware Cafe ni.

Thursday, 12 June 2014

Minum Petang Pulak

Kejadian ni berlaku pada hari yang sama kitorang makan kat Bulgogi Brothers. Dah habis merayap, dah ukur satu Mid Valley, dah beli barang, maka orang lain pun minta diri nak balik rumah. Aku dengan Aten je tak reti-reti balik rumah. Hahaha... Sambung merayap dekat The Gardens pulak. Nak membeli dekat sini tak mampu maklum la butik barang-barang import je bersepah dalam ni. Aten ajak ke Alexis nak ngeteh katanya. Layan jelah.

Ramai sungguh manusia dekat Alexis ni dan kena tunggu jugak dulu sebelum dapat duduk. Sebab hari tu aku tak dapat 'dadah', kepala pun dah sakit maka order kopi ke cappucino ais. Dah lupa dah. Pastu aku order pavlova yang orang kata sedap nak mamps tu. Aten teringin nak makan pizza dia jadi dia order pizza apa entah tapi sedap la. Hehehe... Nah, layan gambor.

Pizza

Aten dan pizza nya

Pavlova

Pavlova lagi, sudut lain pulak

Aku dia dan pavlova

Bincang-bincang di Bulgogi Brothers

Ini pun cerita basi jugak ni tapi sebab dah ambik gambar bagai nak rak, gigih jugak aku edit dan ingat balik cerita pada hari kejadian. Kejadian berlaku pada 31 Januari yang lalu sempena cuti Tahun Baru Cina. Berkumpul sebab konon-konon nak bincang apape yang patut untuk Kembara Korea Musim Bunga haritu. Nak pergi Korea, maka tempat bincang pun kena yang ada sangkut paut dengan Korea. Poyo je! Hahaha... Sebenarnya lebih kepada terpengaruh tengok blogger-blogger buat review pasal Bulgogi Brothers ni.

Disebabkan dah lama gila tak jejak kaki kat Mid Valley, haruslah aku jakun dan tak sabar nak pergi. Kali terakhir pergi waktu kat uni dulu. Hari cuti maka jalan adalah lengang selengang lengangnya. Dari Banting ke Mid satu jam je. Kagum! Sampai sana merayap dulu tunggu ahli meja cukup lepas tu baru masuk dalam Bulgogi. Waktu dah tengah hari maka marilah makan tengah hari terus. Masuk je, their staff greeted us the way Korean did. Aku tak belajar bahasa dia lagi waktu tu dan diorang cakap laju maka angguk je la. Hahaha... Mada yang dah khatam bahasa Korea siap terangkan balik kat kitorang bila dah duduk tu.

Compilmentary snack - korang duduk je dia akan hidang ni...ada keledek, jagung dan kacang apa ek orang panggil tu? Aku suka hisap kulit dia sebab rasa manis-manis tapi nak makan kena kupas tau, korang jangan ngap dengan kulit dia, tercekik lak kang...

Bila dia bagi buku menu, terus tamak. Itu nak, ini nak, semua pun nak! Semua dok pakat nak makan bibimbap tapi aku nak makan stew jugak maka aku pun order dua jenis; beef bibimbap dan kimchi jigae. Bibimbap tu memang dah sahlah nasi maka set dia didatangkan dengan sup yang masam-masam sebiji macam yang kitorang makan waktu kat Korea haritu. Layan jelah... Kalau order kimchi jigae, set dia memang dengan nasi sekali. Dah tu, nak makan nasi dua kali? Nasib baik adik-adik Mada order satu set kimchi jigae maka nasi yang dapat dengan set aku tu aku bagi diorang makan. Tak adalah pembaziran disitu.

Aten dan Mada

Yours truly dan Za

Sambil makan, sambil bincang kononnya. Bincang tak bincang sangatlah sebab blur-blur lagi. Hahaha... Lama jugak duduk dalam tu nak perabis makanan sebab bibimbap tu panas, tak boleh terus suap lepas gaul. Suasana dalam kedai ni menenangkan dan malap je. Sesuailah kalau nak makan sambil lepak-lepak. Kalau nak makan daging panggang macam dalam drama tu pun ada tapi kitorang tak order sebab kitorang ni manusia, bukan monster. Hahaha... Kenyang gila makan tu!

Beef bibimbap

Kimchi stew

Banchan (side dishes) - ada bayam, labu lenyek, dan akar teratai kot yang macam roda tu...

Chicken bibimbap kot

Banchan jugak - radish kimchi, stir fried kangkung, kimchi

Seafood bibimbap

Selepas; licin...

Harga dia aku dah tak ingat tapi satu hidangan tu dalam 20 ke 30 hengget kot. Ala, kalau korang tengok review blogger lain, diorang ada letak harga. Kitorang makan berenam ni dekat dua ratus hengget gak la. Air kena order asing, takde dalam set. Kot mengidam, bolehlah terjah Mid Valley sana.

Wednesday, 11 June 2014

Memenuhi Jemputan Walimah 2013 - Episod 2

Hohohoho.... cerita zaman Pak Kaduk ni baru nak letak sini. Sabor jelah kan? Sekadar rujukan untuk di masa depan. Karang kalau ada yang tanya, "Ko pegi tak kenduri dia tu? Ingat tak bila?" Kalau hilang ingatan, bolehlah bagi je link blog suruh dia tengok sendiri. Gituuu... Okey, mari tengok kenduri yang diadakan pada hujung tahun ni. Kalau korang buat kenduri kahwin hari Sabtu pada hujung tahun, bolehlah aku pergi sebab sah-sah tak ada tuisyen. Cuti sekolah, tuisyen pun cuti.

Kenduri Dyaz - 7 Disember 2013(Kajang)
Ini kenduri teman jenayah yang dikira rapat juga. Waktu sekolah dulu sama-sama belajar, sama-sama stay up dekat bilik prep, sama-sama makan maggi tengah malam, sama-sama gosip, sama-sama ponteng prep ye jugak. Hahaha... Banyaklah benda baik dan tak baik kitorang buat sama-sama dengan geng-geng jenayah yang lain. Dah kahwin dah dia. Layan gambar sepanjang majlis beliau ye.

Gaya bebas yang tak diketahui

Pelamin cantik!


Dari bawah...perantin ni sporting gila sebab dia yang suggest nak bergambar gaya apa...

Husband and wife

Kami yang lewat

Cinderella sangatttt...

Kitorang datang dah lewat jugak. Katerer dah nak kemas-kemas dewan dah tapi aku dah bagi tahu nak datang lewat sebab boleh borak lama dengan pengantin dan tak payah beratur lama sangat untuk bergambar. Hehehe.... Oh ye, kalau ada yang berkenan dengan baju Puan Nadya ni, bolehlah pergi kabor kalau nak sewa sebab dia cakap kat blog dia yang dia nak sewakan baju kahwin dia tu. Cantik sangat baju awok Dyaz! Nasiblah kita tak sama saiz kalau tak dah jimat dah kalau aku kahwin kang. Hahaha..

Kenduri Kak Ila - 15 Disember 2013 (Jenjarom)

Minggu seterusnya, ada dua jemputan kenduri; satu dari kawan satu pejabat dan lagi satu dari geng tingkap. Pada hari yang sama jugak aku kena jaga periksa untuk subjek semester 1 makanya mereka semua kena datang pejabat dan ambik aku. Nak tinggal kereta pun lebih selamat sebab dalam kawasan yang ada guard. Budak-budak ni kan, waktu aku nak cepatlah diorang nak tunggu sampai habis waktu periksa. Layan jelah. Habis je kutip kertas laju-laju ke surau untuk solat zuhur dan teruslah kami gerak ke destinasi pertama iaitu rumah Kak Ila di Jenjarom.

Teman-teman jenayah

Pingganku

Aku memang sangat menanti-nanti nak pergi rumah dia sebab dia masih lagi Jawa tegar. Sekarang ni walaupun duduk dekat kampung, jarang dah nak jumpa lemper waktu kenduri kahwin. Tapi kawasan rumah Kak Ila ni masih lagi rajin orang-orang yang rewang nak buat lemper maka haruslah aku jakun dengan lemper. Sampai-sampai je kaut lemper dulu, baru pergi ambik nasi. Hahaha... Tamak okey, penuh satu pinggan sampai semua orang aku paksa makan jugak. Makan nasi pinggan penuh sebab lapar. Lauk pelbagai, masakan Jawa pulak tu, memang kena sangatlah!


Kenduri Zimah - 15 Disember 2013 (Shah Alam)

Doktor Hazimah dan suami

Selesai kondangan rumah Kak Ila, zassss ke Shah Alam pulak. Kenduri Doktor Zimah yang tiba-tiba hantar kad kahwin padahal kalau keluar lepak tu, sibuk nak kenenkan kitorang dengan doktor tu, doktor ni, tapi pasal dia tak cerita apape pun. Takpe, yang penting dah selamat dah jadi isteri orang.

Kami semua

Kenduri Zimah ni buat dekat masjid makanya waktu kitorang sampai tu memang orang dah berkemas dah. Yelah, bila buat dekat tempat selain rumah sendiri mesti ada tempoh tertentu kan. Tapi sempat lagilah makan. Sebab masih kenyang, maka makan sikit je buat syarat jamah nasi kenduri. Hehehe... Lauk Jawa jugak, tu yang nak merasa jugak. Waktu kami sampai tu Zana dah nak balik tapi sempat bertembung dengan Shera dan Wani Jantraz. Lepaklah kitorang satu meja. 

Menu petang kami

Dah siap makan, dah habis borak, terus pergi dekat pengantin nak ambik gambar. Tahniah Zimah dan suami, ada masa nanti kita lepak lagi macam dulu-dulu. Hehehe... Dari situ, kami menuju ke SACC Mall. Nak jalan-jalan katanya tapi pergi ngeteh pulak. Perut kenyang tapi order tak nak kalah. Hahaha... Telan jelah. 

Kenduri Nab Nadz - 14 Disember 2013 (Ampang)

Eh, patutnya kenduri Nab dulu baru Zimah, terbalik pulak. Jodoh Nab dengan kawan satu sekolah jugak makanya jumpa ramai kawan sekolah waktu dekat sini. Tegur yang perempuan jelah, nak tegur yang lelaki segan. Sebelum pergi singgah Jusco dulu cari hadiah lepas tu kumpul dekat rumah Na. Kali ni tumpang Pnut sebab kononnya nak merasa naik kereta baru. Hehehe... Sesak teruk okey dekat MRR2. Sampai sana pun dah lewat tapi ramai orang lagi. 

Menu dekat sini lain dari yang lain sebab ada baaaaaanyaaakkk jenis makanan. Menu utama adalah nasi daging yang sedap nak mamps; sampai hari ni dok teringat-ingat lagi. Ada pulut durian, ada ayam bakar, ada kambing bakar, dan banyak lagilah makanan yang aku pun dah lupa. Nak lagi best, pengantin sendiri yang dok suruh makan banyak-banyak, lagilah aku seronok. Habis satu, pergi ambik yang lain pulak. Hahaha... 

Siap makan, naik laman belah atas untuk ambik gambar. Tak ada pelamin pun cuma bergambar dekat buaian je. Asalkan pengantinnya ada, sempurnalah gambarnya. Lama gila sesi bergambar ni. Kejap gaya ni, kejap gaya tu. 





Gambar dah tunggang terbalik, tandanya dah malas nak taip. Caption gambar, korang letak sendiri. Heeee...

Kenduri Zuliana - 21 Disember 2013 (Cheras)

Okey, kenduri terakhir untuk 2013. Nak datang kenduri ni halangan dia tak boleh blah, hadiah dah beli tapi kad tak ada. Dari Banting sampai ke Cheras, tak ada satu tempat pun jual kad ucapan untuk pengantin baru. Stressss! Akhirnya dah malas nak fikir, kitorang beli je sticky notes. Selesai masalah. Sejak dari tu, memang aku simpan satu kad ucapan dalam beg untuk kes-kes cengginilah. Waktu lalu depan kedai cenderahati dalam Alamanda bila dah balik tu, Za sampai cakap; "Aku tak nak tengok kad ni." Hahaha... 

Jumpa jugak geng-geng Maahad tapi tak ramai sebab macam biasa, sampai dah agak lewat. Dah makan, terus ambik gambar dengan pengantin dan mintak diri. Terima kasih kerana sudi jemput kami ye Zul. 

Siap bulatkan lagi sticky notes tu..





Okey, selesai dah kenduri kahwin tahun 2013. Lepas ni sambung entri kenduri kahwin tahun 2014 pulak.