Engagement Fund ;)

Saturday, 16 August 2014

Sebab Hijaulah....

Sebagai seorang penggemar warna hijau, hampir kesemua benda berwarna hijau aku kata cantik. Kalau nak bagi hadiah, bolehlah cuba cari warna hijau ye. Tapi kalau namanya pemberian tu, warna apa pun aku terima dengan penuh kesyukuran dan hati yang berbunga-bunga. Disebabkan sebelum raya hari tu tak sempat nak shopping untuk diri sendiri, maka gunalah saja apa yang ada antaranya beg tangan warna hijau yang dibeli di Korea tempoh hari.

Memang dah aim, wajib beli satu beg dekat sana. Disebabkan masa tak banyak, memang cuma berlegar-legar di Myeondong je untuk beli barang-barang macam ni. Masuk satu butik yang semua benda dalam tu berharga 29 000 won. Semua jenis beg dan kasut ye. Beg dia boleh tahan cantik-cantik belaka dan ala-ala design beg mahal dan terkenal macam MK, Gucci, Dior dan LV. Tengok punya tengok, terkenan satu beg yang ala-ala MK dan warna hijau ni.

Aku kalau nak beli barang macam ni, memang sengal sikit; kena mintak pendapat orang lain sungguh-sungguh sebelum beli. Mangsanya adalah Za yang dipaksa teman masuk dalam tu. Hahaha... Mesti Za menyampah je dalam hati dengan perangai tak yakin aku ni sebab banyak kali gak la aku tanya pendapat dia. Akhirnya, beli jugaklah buat syarat walaupun tak berapa nak puas hati dengan pilihan yang ada. Bukan aku je membeli kat situ, Za pun beli jugak tapi kasut la, bukan beg.

Mula-mula pakai, macam tak best beg ni sebab macam besar la pulak. Bila dah lama-lama pakai, eh, best sangat beg ni tau! Patutnya haritu beli dengan kasut yang sepadan sekali. Hahaha... Over pulak. Best la sebab besar, senang sumbat marker pen semua bila nak pergi kelas. Hehehe... 3 hari lepas, Kak Dayan nampak beg tu dah tegur; "Eh, kenapa hijau ni?" Aku pun jawablah; "Akak, sebab hijaulah saya beli." Sebab dia pun pencinta hijau jugak.

Seindah Pelangi

Tahun ini, hari ulangtahun kelahiranku jatuh pada bulan Ramadhan. Maka hanya menerima ucapan sahaja pada hari kejadian. Terima kasih pada yang mengingati dan mendoakan, semoga Allah merahmati awak semua. Tak harap pun orang tampal ucapan banyak-banyak dekat dinding FB sebab aku pun tak berapa nak rajin tampal ucapan hari jadi dekat dinding orang. Hehehe...

Alhamdulillah, selepas dua tahun mengidam, dapat juga kek pelangi idaman hati daripada Kak Chik. Terima kasih banyak-banyak Sedari; kek comel dan sedap! Tak sangka pun beliau nak bagi kek tu, ingatkan buka puasa macam biasa je. Oh, kejadian seindah pelangi ni berlaku semasa perjumpaan bekas teman serumah yang merupakan aktiviti tahunan kami setakat ni. Dah masuk tahun ketiga kami mengadakan perjumpaan ni sekali dengan buka puasa berjemaah.

Nasib baiklah aku tak batalkan kehadiran pada hari kejadian, kalau tak haru dibuatnya. Hehehe... Hampir nak batal kehadiran dah sebenarnya bila tersekat dalam kesesakan di jalan short cut Pulau Carey dan terpaksa berpatah balik ikut jalan biasa. Elok-elok perjalanan satu jam, terus jadi satu jam lebih lebih. Itu pun bawa kereta macam ambulan - laju nak mamps! Sampai di tempat kejadian ngam-ngam je azan berkumandang. Berbunga riang bila nampak kek atas meja. Heheheh... Terima kasih again for fulfilling my wish.

Sedikit comot kerana berliku perjalanan kek ni...hehehe

As colourful as my life

Kami di lokasi kejadian..hanya bertiga daripada tujuh orang

Gambar yang terrakam selepas dipaksa rakam oleh yours truly ;p...hahaha...terima kasih Shiro

Thursday, 14 August 2014

Kimchi Bokkeumbap

Wah, tajuk tak nak kalah! Nak tulis nama Korea jugak. Padahal nasi goreng kimchi je pun. Hehehe... Ini cerita raya ketiga. Ko mampu makan makanan Korea waktu raya? Ala, itu pun sebab aku tak masak rendang tahun ni. Kalau tak aku sauk jugak rendang dari kuali nak makan dengan nasi impit. Tak ada mood nak makan sebenarnya padahal tengah hari tu dah masak sup ayam untuk orang lain. Sup ayam je senang, campak semua benda dalam satu periuk dan siap satu hidangan seimbang. Gituuu...

Petang tu waktu rehat-rehat lepas siap buat kerja dapur, lapar la pulak. Terus rajinkan diri masuk dapur balik nak masak nasi goreng kimchi. Lagi satu sebab kena masak jugak nasi goreng tu adalah takut kimchi yang buat sebelum puasa tu jadi rosak sebab kimchi ni jenis yang kena makan cepat. Tinggal sikit je lagi pun, memang ngam-ngam untuk satu hidangan. Untuk resepi ni, aku guna nasi segera dari Korea. Orang gi Korea bawak balik kimchi, aku bawak balik nasi segera. Kahkahkahkah... Resepi dia campak-campak je tau. Kalau tak sedap sendiri tanggung.

Nasi segera Korea

Kimchi Bokkeumbap

2 mangkuk nasi
1 mangkuk kimchi
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji cili padi (dihiris)
2 batang sosej (hiris nipis dan goreng garing)
Beberapa titis minyak bijan
1/2 camca serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 biji telur

Cara masak;
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Campakkan cili padi dan kacau.
2. Masukkan kimchi beserta jusnya. Kalau jus tu banyak, kaut dua sudu je cukup.
3. Kacau dan goreng kejap. Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan sosej.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan minyak bijan.
6. Hidangkan dengan telur goreng.



Haritu pernah buat jugak tapi tak letak minyak bijan, rasa dia tak sedap sangat. Kali ni punya rasa memang daebak! Telur tu biasanya sunny side up style tapi haku tak reti nak goreng cenggitu. Ke malas nak tunggu? Nak kuning dia macam keras sikit tapi tak nak tunggu lama-lama, cemana tu? Terus aku terbalikkan dia tapi kejap je la, tu yang jadi macam tu. Hehehe... Kalau tak tahan pedas, tak payah campak cili padi okey? Kalau ada gochujang, guna gochujang je sebab kalau tengok sesetengah resepi, memang ada yang letak gochujang tu.

Monday, 11 August 2014

Cerita Berbuka Sepanjang Ramadhan 1435 Hijrah

Ha, blog ni jangan dibuat main-main. Bila dah mula menulis, asyik nak menulis aje walaupun yang tukang baca tu orang yang menulis. Heee... Ini cerita sepanjang ramadhan 1435 yang lalu. Puasa macam orang lain jugak, berbuka pun macam orang lain jugak. Ada masa, aku rajin masak. Ada masa, aku malas masak. Masak pun biasa-biasa aje, dan gambar pun kelabu asap sebab bila siap masak hari dah gelap dan dah nak masuk waktu buka. Maka gambar makanan memang tak banyak. Fokusnya adalah aktiviti berbuka di luar.

Disebabkan awal puasa haritu nenek masih ada dekat rumah Bibik, maka Abah pun ambil kesempatan ajak kitorang berbuka dekat luar. Knowing my Abah, when he said 'to eat out', he means really outside our residence area. Sejak mak dah tak ada ni, bila kata nak makan kat luar je mesti ke Bagan Lalang atau Shah Alam atau Bangi. Bila ada nenek, susah sikit nak uruskan solat semua; lagi-lagi bila bawa nenek berjalan malam-malam, nanti dia jadi bingung. Sementara nenek belum balik, jomlah keluar.

Menu yang ditampal dalam kedai

Meja kami

Lokasinya adalah lokasi tahunan, memang tiap tahun mesti kena pergi buka dekat sini walaupun sekali. Kedai ni memang dah dipajak sejak zaman-zaman aku sekolah lagi. Waktu tu kedai ni baru-baru buka dan masakan dia memang sedap. Teruslah jadi tempat persinggahan. Nama kedai ni adalah d'limau nipis. Macam-macam lauk ada dan harga pun berpatutan. Wajib order bila makan dekat sini adalah air istimewa d'limau nipis yang telah pun dipatenkan hak ciptanya. Memang sedap!

Seterusnya, sesi berbuka dengan Geng Tingkap kawasan Banting. Asalnya Kak Rin la ni dok cakap-cakap bufet dekat Saha sedap dan berbaloi, terus aku roger crime partner dan bincang-bincang. Terus roger geng Banting yang lain dan alhamdulillah semuanya boleh datang pada hari kejadian. Cepat-cepat pergi buat tempahan sebab dekat Saha ni memang sentiasa ramai. Aku tempah tu pun seminggu awal siap deposit untuk secure tempat.

Our table - see my name there? Hehehe...

Orang lain tempat kerja jauh jadi diorang sampai dekat-dekat waktu nak buka. Lama jugaklah aku duduk sendiri menikmati udara sejuk dari air-cond yang betul-betul atas kepala sambil baca The Star. Hahaha... Mula-mula Aten sampai, lepas tu Hani, lepas tu baru Za sampai. Dah dekat nak azan, barulah kitorang ambil makanan. Patutlah asyik penuh je Saha ni, rupanya memang makanan sedap dan pelbagai dan tak kedekut. Berkali kali kali kali kali ganda lebih baik dari bufet buka puasa Intekma Shah Alam. Harga pun aku kata murahlah dengan makanan yang dihidangkan.

My plate first round - nasi sejemput je buat syarat selebihnya lauk pauk yang pelbagai jenis dan sedap!

Kemuncaknya adalah bila tiba waktu nak membayar. Masing-masing punyalah sibuk keluarkan duit nak bayar, Hani siap dah hulur duit 50 hengget kat aku tapi sambil hulur tu sambil gelak-gelak. Blurr kejap mak incik. Lepas tu dia cakap; "Tak payah bayar, orang dah bayarkan. Untuk semua." Aku pandang dia, lepas tu pandang orang lain, lepas tu baru tersedar dan cakap terima kasih. Hahaha... Lawak pulak bila ingat balik situasi tu. Jadi, terima kasihlah Hani sebab belanja kitorang semua; patutlah sedap lain macam je makanan pada hari tersebut. Kikikiki... Dah selesai tu, terus pergi solat dan kemudian, ambik gambar kenang-kenangan. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni.

Selfie, captured by Hani - terer nampak set angle selfie?part-time selfie kat hospital ke doktor?

Habis ambik gambar, masing-masing pun balik. Tapi aku dengan Aten buat perancangan lain pulak, beralih ke pusingan kedua. Apa lagi, Secret Recipe la. Dah dua bulan tak pergi, menggigil tak dapat kek dia. Yelah tu! Aten siap cakap; "Mentang-mentang tadi tak keluar duit, nak second round pulak." Hahaha.. Macam tak biasa pulak kan, bukan senang nak keluar malam-malam ni. Lagi sekali, tak keluar duit sebab waktu nak bayar tu Aten kata nak belanja untuk birthday haritu. Waaahh, thanks so much crime partner! Rezeki..

Cappucino cheese

Penutup berbuka di luar adalah pada hari terakhir puasa. Waktu tu keluar nak cari sarung kusyen dengan baju raya Abah. Keluar dah lewat, lepas tu cari parking pun payah, diikuti dengan manusia yang ramai di tempat membeli-belah, teruslah telefon Abah kata kitorang buka kat luar.
Pizza sajork...

Kepochi Sangat Kan?

Kali ni cerita makan-makan lagi tapi dengan crime companion pulak; lebih ramai kekdahnya. Perancangan outing ni dibuat sejak sebelum aku ke Korea lagi sebab saja nak outing ramai-ramai. Pilih tarikh beberapa minggu lepas balik sebab boleh la bagi sekali ole-ole dari sana. Tapi Aten tak dapat join sebab tak ingat kenapa. Aku gerak lepas tuisyen dengan Za, terus ke Alamanda. Sampai-sampai je terus aku gunakan kuasa veto kata nak makan dekat Pasar Ikan Manhattan. Bila diorang kata mahal, tak dapat nak tolong sebab dah lama kitorang duduk dalam tu dan dah hampir nak order. Mahap kengkawan, lain kali korang pilih tempat ye. Heee...







Lepas makan, pergi solat dulu baru ronda-ronda dalam Alamanda. Eh, ke pergi sumbang suara dulu eh? Lupa pulak. Tapi adalah sesi ronda-ronda dalam Alamanda tu dan sasarannya adalah Skin Food. Nak bandingkan harga kekdahnya dengan Korea. Kepochi sangat kitorang dalam Skin Food tu. Hahaha... Memang jauh beza harga sana dengan harga sini. Rugi tak beli banyak-banyak haritu. Sobsobsob...
Kami

Makan lepas makan

Ada satu sesi lagi iaitu sesi mensumbangkan suara. Hahaha... Kemain memasing berebut mikrofon, siap tak cukup masa lagi. Hahaha... Lepas tu, sesi bergambar kejap dan pergi makan balik. Orang dah sumbang suara tu pergi cari air, tapi pergi sumbat makanan. Belasahlah labu. Dah makan, pergi Aunty Anne pulak nak tapau pretzel. Dekat situ barulah dapat air. Lega tekak. Hehehe... Dah minum, keluar dari Alamanda menuju ke Masjid Besi untuk solat asar. Alang-alang dah lewat, lepas maghrib sekali baru gerak balik. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi luangkan masa untuk berjumpa dan Mada, ingatkan Sazoh nak bagi DVD gambar-gambar Korea. Lupa pulak nak bawak pada hari kejadian.

Bayar Guna Groupon

Ini cerita bulan lepas lepas lepas lagi. Macam biasa, entri tertunggak semua nak hempuk jugak. Kisahnya, bila dah melanggan promosi dari Groupon, haruslah hari-hari dia hantar email. Tiba-tiba ada satu tu promosi dari Manhattan Fish Market. Terus gatal tangan nak beli sebab memang sangat-sangat berbaloi. Laju-laju roger teman jenayah sebab sebelum tu dia kata nak makan hidangan yang 'bakar-bakar' tu. Hahaha... Cantik sangatlah tu!

Kupon ni beli dengan harga RM 49 untuk set dua orang makan. Ada minuman, appetiser, main course dan salad. Aten kata nak makan yang 'bakar-bakar', aku pilih Flaming Seafood Set. Bukan bakar apa pun, bila dia hidang main course tu, dia bakar kejap nak bagi keju cair. Tu je pun. Tapi kagum jugaklah menengoknya, maklum la kalau masak sendiri mana ada nak bakar pakai direct flame ni. Oh, kejadian ni berlaku pada hari yang sama aku pergi periksa darah. Sampai restoran memang lapar tahap gaban sebab kena puasa dari pagi kan. Nah tengok gambar pulak.


Salad mahal yang sangat sedap! Ada bebiji bunga matahari kot, tomato dan dressing yang 'ringan' dan sedap! Nampak, perkataan 'sedap' diulang dua kali makanya dia memang sedap!

Crime partner

Mussel bla bla with garlic bread - bla bla sebab tak ingat nama dia..hahaha...


Flaming Seafood Plate katanya tapi aku rasa lagi sesuai gantikan plate dengan pot sebab banyak gila khazanah dalam ni..

Kek tak ingat nama

Rupa kek yang tak habis

Pada hari tersebut, kami adalah tamak sebab awal-awal lagi dah pesan pencuci mulut iaitu kek yang sedap dan besar saiznya. Pesan sorang satu, bukan satu kongsi dua orang. Tamak! Ini semua gara-gara lapar la ni. Mau tak lapar, I skipped two meals on that day - breakfast and lunch. By the time we reached there, it's already 3pm ++. Bila makanan sampai, terus rasa kenyang. Hahaha... Besar gila portion dia. Kalau makan 3 orang pun lebih dari cukup.

Sudahnya, sampai nak dekat asar kot kitorang duduk makan dekat situ. Hahaha... Itu pun tak habis. Lain kali boleh la bawak Abah makan dekat sini sebab ada nasi. Kalau nak mencuba makan di sini, jangan takut sangat nak masuk sebab harga dia tak adalah mahal melampau. Ala-ala Kenny Roger's punya harga rasanya. Untuk orang marhaen macam aku ni, sekali-sekala boleh la. Kalau selalu, kopak jugak.

Saturday, 9 August 2014

Ayem Sangat

Tetiba keluar Jawa dekat tajuk. Hehehe... Raya tahun ni macam tak raya. Baju raya sendiri tak berapa nak beli. Rumah bersepah jugak walaupun dah penat mengemas. Makanan pun tak ada. Kuih raya je buat sampai 3 jenis, balas dendam sebab tahun lepas tak buat kuih raya. Sebenarnya awal puasa haritu cuti lama jugak sementara tunggu sambung tawaran baru. Tapi tulah, tak ada mood katanya nak mengemas. Yang dibuatnya adalah mengemas dalam otak. Maksudnya, dok fikir benda yang aku nak kena buat sampai stress. Bila stress, terus tak nak fikir. Bila tak nak fikir, lagi tiga hari nak raya aku lap lantai sambil menangis. Hahahaha... Drama sangat. Ater, aku sorang je perempuan dalam rumah tu. Nak tak nak aku la yang kena buat. Mau tak stress? Kalau arwah mak ada dulu, senang je bahagi-bahagi kerja sorang sikit. Ko tak buat, memang siapppp!

Tahun ni ingat nak la tukar tikar getah yang dah koyak sana sini dan tertanggal-tanggal lapisan plastik dia tu. Berbuih suruh Abang haku ukurkan berapa panjang ruang yang nak ditukar tu, sampai sudah tak diukur. Nak menukar tikar getah ni dah la leceh, kalau nak buat dua ke tiga hari sebelum raya, memang tak la. Penat. Penyudahnya, lantak situ. Malas nak bising-bising sangat sebab kang aku stress kuasa tiga. Tak kuasa dah nak mintak tolong buat apa-apa sebab penyudahnya aku jugak yang kena buat. Konsep aku senang je; ko mampu ko buat, ko tak larat, lantak situ. Gituuu...

Alhamdulillah  tahun ni ada rezeki nak beli peti ais baru. Dari tahun lepas lagi aku sibuk nak beli peti ais baru sebab asal raya je peti ais memang tak muat nak letak ayam, daging segala. Stress lagi di situ. Yang ni pun aku jugaklah bising mintak teman pergi kedai nak beli. Tolong teman je pun, bukan suruh bagi duit. Bukan apa, dekat-dekat nak raya haritu, bukan main kes samun, kes rompak muncul dekat Banting ni. Seramlah jadinya nak merayap sorang-sorang. Bila cakap dengan Abah, Abah kata tak payah beli, guna je apa yang ada. Tapi aku beli jugak. Hahaha... Bila dah beli, kurang satu punca stress aku. Mana yang tak sempat nak makan, sumbat je dalam peti. Orang lain pun bukan main seronok sumbat air, sumbat makanan segala.

Disebabkan terlalu ayem, maka aku terpaksa masak untuk monjong pusingan kedua iaitu Sabtu sebelum raya. Tu yang aku tak lalu dah nak masak rendang, kuah lodeh dan sambal kacang untuk raya tu. Dah penat duduk dapur gamaknya. Penatlah sebab aku sorang buat dari A sampai Z. Kali ni nenek beraya dekat sini, jadinya tak adalah sangat sesi menziarah ke rumah jiran-jiran sebab nenek pun tak berapa nak sihat dah nak bawa berjalan. Duduk jelah rumah tunggu orang datang.

Baju raya aku pun tak adalah meriah macam orang lain. Ada jugaklah bajunya, itupun sepasang batik yang aku beli kat Kelantan tahun lepas dan sepasang lagi cotton yang beli kat Korea haritu. Ada tempah jubah online sebab jubah tu ada lace. Memang cantik sangat dan dia sanggup nak custom made. Malangnya, saat akhir dapat SMS mengatakan bahawa lace tak cukup. Cuma ada jubah kosong saja. Akak tu bagi pilihan samada nak ambik jubah kosong tu dengan harga yang dikurangkan atau refund duit, maka aku pilih untuk refund duit sebab aku tempah jubah tu kerana lacenya. Baju nenek awal-awal aku dah tempahkan dua pasang dan baju Abah aku belikan sehari sebelum raya. Alhamdulillah, ada rezeki duit dan masa nak membeli baju tu. Bila bagi Abah baju yang aku belikan tu, Abah cakap; "Kok mahal betul ko beli baju tu sampai seratus lebih? Abah pun tak pernah beli baju mahal macam tu." Sebak dan bersalah sebab selama ni beli baju untuk diri sendiri sampai beratus-ratus tapi jarang belikan Abah baju. Sobsobsob... Kadang tu bukan tak nak belikan tapi Abah ni jenis yang susah sikit nak suka dengan baju yang orang lain bagi. Tapi bila tengok Abah pakai t-shirt yang aku belikan kat Korea haritu, kembang kejap. Hehehe... Entri raya tampal kemudian nanti, ini entri bebel sebelum raya dulu. ;)

Thursday, 7 August 2014

Bawa Diri Ke Gangnam Station

Hai Blog! Rindu nak membebel dalam ni sebab tak ada orang nak lempang kalau bebel banyak sangat. Paling kuat pun korang klik 'X' je kat hujung tu kalau tak lalu nak baca. Hahaha... Macam biasa, mood nak menaip adalah tak mari bila dekat rumah tapi bila masuk pejabat, bukan main meluap-luap rasa nak menaip tu. Agak-agak dah silau mata tengok nombor dan perkataan-perkataan asing, moh la masukkan cerita zaman batu ni. Ini kejadian bulan Mac kalau tak silap. Masa tu keluar saja-saja dengan Kak Chik sebab lama tak mengukur jalan dengan dia.

Seperti yang dimaklumi, Kak Chik tak makan benda-benda pelik ni tapi kalau ada nasi, dia boleh telan lagi la. Itu pun aku keluar masuk FB Gangnam Station dan baca review dari bloggers untuk tahu menu yang dihidangkan. Kak Chik tak makan daging dan makanan laut pun kurang, jadi kalau ada ayam, meyakinkan sikitlah nak ajak. Hahaha... Terima kasihlah Sedari sebab teman saya makan kat situ. Korang tengok jelah gambar ye sebab nak cerita banyak pun dah lupa.

Banchan @ side dishes - kitorang pesan set nasi dan dapat ni percuma. Kalau pesan menu lain tak pasti pulak. Yang bestnya, banchan ni PERCUMA dan boleh REFILL ikut sukati. Dari atas belah kiri; ikan bilis+kacang goreng, kimchi, bayam, fishcake, jeruk lobak (kot), kerang-tak-pasti-masak-apa



Antara menu yang ada dalam buku menu

Menu utama, ayam masak merah. Kitorang ambik set untuk dua orang jadi siap ada nasi, dan buah. Air tak pasti la pulak ada sekali ke tak. Hehehe... Menu asal dalam set adalah sotong tapi sebab Kak Chik tak makan sotong, dia kata boleh tukar lauk ayam ni.

Sup daging yang banyak gila isi dalam tu, ada hirisan nipis daging, suhun dan cendawan

Kak Chik yang dipaksa rela

Tteokboki - selain kuih beras, ada juga fishcake dalam ni dan ada telur rebus. Sedap tapi kuih beras dia macam kenyal sangat, tak lembut macam yang kat Korea.

Selepas - cuma ada mangkuk nasi dan piring banchan je, mana pergi pinggan ayam, pinggan tteokboki dengan mangkuk sup? Tak habis ok, dah kenyang tahap Power Rangers. Rasanya kitorang makan lauk utama tu berapa suap je sebab portion dia adalah BANYAK. Sangat berbaloi la harga makanan dia.

Rupa depan kedai

Kalau nak ke Gangnam Station yang terletak di kawasan Laman Seri ni, boleh parking dekat kawasan Tutti Fruiti sebab lokasinya adalah belakang deretan bangunan tu. Dari jalan besar memang tak nampak, korang kena jalan ke belah dalam sikit ye. Sekian.