Engagement Fund ;)

Wednesday, 29 October 2014

Laporrr...

Hari ni tak sempat nak makan sarapan berat sebab ada kelas awal pagi jadi sekarang tengah lapar tahap nak makan orang. Bila lapar, tak boleh nak fokus buat kerja walaupun kertas tugasan budak-budak ni menimbun nak kena tanda. Tapi boleh taip satu entri untuk divert rasa lapar tu.

Bangun pagi pagi tadi terasa nak nangis sebab mimpi sampai pejabat lewat sebab ada backhoe dan lori bawak konkrit dekat depan sampai terpaksa buat emergency brek sebab tetiba kenderaan di depan berhenti mengejut. Mujurlah mimpi je. Tapi nasib baik aku awal seminit hari ni sebab bila nak keluar dari simpang ke jalan utama, toleh kanan tengok ada backhoe sedang menjadi 'kepala' kepada kenderaan lain yang berderet dibelakangnya. Fuuhhh! Nasib baik... Kalau lewat seminit tu, sah aku lewat hari ni. Hehehe...

Okey, disebabkan mak incik lapor, meh nak belanja satu gambar makanan. Rojak kuah campur nyumssss! Hanya di Banting.

Thursday, 23 October 2014

Kerja Luar Tetap

Cerita basi lagi entri kali ni. Hehehe.. Ini kisah bulan lepas dimana lagi sekali namaku 'cukup bertuah' untuk terpilih sebagai salah seorang penggubal soalan peperiksaan sesi 2/2014. Baru-baru ni kan kecoh soalan UPSR bocor kan? Secara peribadinya, aku adalah marah dengan si pembocor soalan sebab ingat senang ke nak buat soalan ni? Bukan setakat nak kena fikir apa benda nak letak, siap nak kena ikut format dia betul-beul tau! Gggrrrr....

Sebelum nama naik, bos kecik memang dah bagi tahu bahawa nama aku dicalonkan ke ibu pejabat dan hati kecilku berkata bahawa nama akan naik sebab dah ada dua kali pengalaman. Tapi pelik jugak sebab dalam banyak-banyak orang, apesal asyik aku dan mereka yang naik namanya? Cer bagi peluang orang lain sekali, kan ker adil? Apa pun arahan yang keluar, saya menurut dengan ikhlas sebab sebenarnya seronok juga dapat keluar dari rutin kerja.

Alhamdulillah kali ni bengkel mula hari Rabu petang maka tak perlu nak ganti kelas. Yeaay! Kali ni juga ada lagi dua nama lain naik sekali maka adalah geng nak ke sana dan sewaktu di sana. Kalau tak sebelum ni aku duduk diam jelah menghadap laptop sampai soalan siap dan sekali sekala meramahkan diri bertegur sapa dengan sesiapa jua yang kebetulan ada depan mata. Bab nak beramah mesra ni, tak berapa nak pandai sangat kecuali orang tu mulakan dulu. Hehehe...

Kali ketiga ni, lokasinya naik sikit daripada sebelum-sebelum ni iaitu di Melaka. Boleh tahan juga Seri Malaysia Melaka ni tapi kalau kena duduk bilik sorang-sorang, seram juga sebab bilik aku kali ni nun di ceruk sana. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Makan boleh tahan sedap dan banyak pilihan. Dewan waktu bekerja pun besar dan selesa jugak. Satu benda yang tak berubah dari dulu adalah virus-virus cinta yang dah bermastautin dalam laptop urusetia. Balik dari gubal soalan, TAK SAH kalau tak bawa balik virus sekali. Nasib baik kali ni pinjam laptop pejabat dan bawa pendrive kosong untuk tujuan memindahkan dan mencetak soalan, maka senang sikit kerja. Habis je cetak dan simpan soalan dalam laptop urusetia, terus format siap-siap.

Alhamdulillah soalan siap awal; Khamis malam dah siap seal semua maka Jumaat tu dah tak ada benda nak buat melainkan melangut tunggu orang lain siapkan soalan diorang. Baliknya tu sempatlah menyinggah beli cencalok dengan belacan; benda wajib beli kalau datang Melaka. Cencalok tu kalau gaul dengan bawang dan cili padi pastu perahkan limau kasturi atau limau nipis, musnah diet ko tak nak makan nasi malam. Hahaha...

Sunday, 19 October 2014

Puff Segera Semudah ABC

Nak memasak tak susah sebenarnya tapi kena bijak dan kadang-kadang kena derhaka. Derhaka pada resepi tak apa, jangan derhaka pada ibu bapa mahupun guru. Itu tak bagus. Kali ni nak kongsi resepi yang serius senang! Jumpa resepi ni dari blog Kak Pnut yang dah seakan-akan mengundur diri dari berblogging. Beliau memang suka kongsi resepi yang mudah tapi hasilnya nampak hebat dan sudah tentu sedap.

Puff Segera


Bahan-bahan:
Roti parata jenama Kawan secukupnya
Tuna chunk
Lada hitam kisar secukup rasa
1/2 biji bawang besar (hiris halus dan didadu)
3 biji cili padi (hiris halus)
Garam secukup rasa

1. Toskan air tuna dan lenyek sampai hancur. Campurkan semua bahan lain dan gaul sebati.
2. Panaskan ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius selama 10 minit.
3. Ambil sekeping roti parata dan potong dua dengan saiz sama besar.
4. Letakkan inti di bahagian tengah separa bulat dan lipatkan menjadi bentuk segi tiga.
5. Tekan hujung lipatan dengan garfu untuk mengelakkan inti terkeluar.
6. Cucukkan permukaan puff dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur.
7. Buat sampai habis dan boleh bakar menggunakan api atas bawah selama 15 minit atau sampai puff masak.

Kalau nak langkah demi langkah resepi ni, boleh scroll URL blog Kak Pnut dekat belah kanan ye. Aku letak resepi ni agak-agak sebab dah lupa-lupa sikit, maklum la buat benda alah ni waktu bulan puasa haritu. Resepi mudah, sedap dan setanding hotel. Hehehe... Kot nak buat mak mertua kagum atau bakal mak mertua kagum, boleh la cuba ye. Inti tu pun boleh pelbagaikan. Nak guna sardin biasa pun sedap, nak buat inti macam karipap bubuh ayam pun boleh. Ikut suka masing-masing ye. Selamat mencuba!

Saturday, 18 October 2014

Cuti-cuti Malaysia Langkawi 2014 - Episod 1: Perancangan

Berjalan sakan nampaknya tahun ni. Lepas Korea, terus rancang nak bercuti dalam Malaysia. Gayanya macam cop duit saja. Hahaha... Alhamdulillah, simpan sikit-sikit, dapatlah kumpul ongkos. Perancangannya bermula bila aku dengan Aten bincang-bincang waktu ngeteh pada suatu hari. Asalnya nak ke Sabah tapi sebab macam kosnya lagi banyak dan bila buat undian dengan Geng Tingkap semua pilih Langkawi, maka Langkawilah destinasi kami. Dalam ramai-ramai, cuma 5 orang termasuk aku yang nak bagi komitmen.

Kronologi percutian bermula pada 16 Mei 2014 dimana topik dibangkitkan. Seterusnya, pada 22 Mei 2014 tiket kapal terbang pun selamat dibeli oleh AJK Pengangkutan iaitu Chik. Kelas tak percutian siap lantik AJK? Hahaha... Memandangkan harga tiket promosi, kami bayar RM 170 + 10(tempat duduk) untuk tiket pergi balik MAS. Chik biasa beli tiket kapal terbang, maka kita lantik dia jadi AJK ni. Hehehe... Mekaseh Chik! Lepas tu, sibuk cari hotel pulak. Aku jadi AJK Penginapan maka kenalah cari hotel. Disebabkan mak incik suka kalau nak tidur hotel, maka wajiblah cari hotel yang best dan cantik dan ada sarapan. Makan siap-siap senang nak berjalan. 30 Mei 2014 selamatlah tempah hotel melalui booking.com.

Seterusnya, agenda lawatan pulak. Yang ni bincang waktu ngeteh jugak dengan Aten. Siap pinjam peta Langkawi kawan Aten lagi. Semangat! Dah bincang-bincang, masukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk pandangan geng lain. Cadangan saja kekdahnya, kot ada perubahan, kita kira belakang. Gituuu... Kemudian, dalam 3 minggu sebelum tarikh sebenar, kami tempah kereta. Ini pun rumit jugak. Aku nak Estima, ada yang nak Almera, ada yang Serena; macam-macamlah keluar. Hahaha... Siap nak sewa dua jenis lagi sebab nak jimat duit katanya. Akhirnya, Chik sewa kereta besar terus. Tak payah nak pening-pening tukar kereta bagai. Okey, setuju! Maka pada 24 September 2014 selesailah hal-hal tempah menempah untuk keperluan kami di sana.

Benda yang tak selesai-selesai sampailah sehari sebelum pergi adalah cuti masing-masing. Paling mendebarkan adalah cuti Hani sebab dia baru nak tukar bahagian lain maka kena tunggu jadual baru keluar dulu. Aku pulak tak ada masalah nak cuti setakat ni asalkan kelas ada orang ganti. Mada pun tak ada masalah jugak. Chik pun alhamdulillah senang je cuti diluluskan tapi saat akhir ada kerja ad hoc. Merasalah angkut laptop untuk urusan kerja. Aten punya cuti lagi best sebab sampai sudah bos dia tak luluskan secara hitam putihnya. Tapi bos dia bagi cuti cuma dia cakap; "You pergilah cuti dulu. Nanti ada masa I approve cuti you." Hehehe... Paling lega bila Hani cakap dapat pelepasan cuti. Yeayyy! Maklumlah, dari awal dia dok cakap KIV, KIV. Doktor kan, cenggitu la. Susah nak cuti.

Okey, habis episod pertama. Episod kedua akan cuba ditaip secepat mungkin kot-kot ada yang nak bercuti juga dan perlu rujukan.

Wednesday, 15 October 2014