Engagement Fund ;)

Wednesday, 25 February 2015

Masak Tetap Masak

Pagi ni bangun dengan mata panda sebab malam tadi tidur tak lena gara-gara nak pindahkan folder berisi drama-drama Korea dari external hard disk ke laptop. Sambil tidur sambil salin dari hard disk ke dalam laptop, kau mampu? Hahaha... Kelam kabut bila crime partner kata kawan dia nak mintak balik hard disk tu. Maka, kena guna konsep mana yang sempat ajelah. Salin mana-mana cerita yang macam best je pun sebab tempat simpanan tak cukup. Nak membeli external hard disk baru tak menyempat lagi. Yelah, nak kena pergi bank ambik duit dulu baru boleh pergi kedai beli hard disk tu. Hari Isnin sampai Rabu memang jadual agak padat. Rabu petang baru lapang otak, lapang masa.

Alhamdulillah kepala tak pening walaupun tak cukup tidur. Aku perasan kalau minum ephyra ni, tak ada masalah pening waktu bangun tidur walaupun tak cukup tidur. Cuma mata jelah bengkak dan sepet dan pedih. Hehehe... Yang lawaknya, masuk kelas pagi tadi kemain ramai jugak budak-budak ni mata sepet dan merah. Eh, korang pun tak cukup tidur macam cikgu korang ke? Geram pulak bila tengok ramai yang dah tak ada tulang belakang. Terus aku cakap; "Eh, kamu ni kenapa 'syahid' beramai-ramai ni? Ingat kamu je ke yang tak cukup tidur sampai terpaksa 'syahid' dalam kelas? Tengok mata saya ni. Ada saya 'syahid' macam kamu?" Hahahaha... Terus diorang ketawa dan jawab; "Ala, kitorang buat assignment la miss. Untung la miss dapat tengok bola tu." Bahahaha.. Memang tak la wei! Aku gelak je, takkan nak bagi tahu sebabnya pulak kan? Memang nampak sangat la bengkak mata tu kalau tak cakap pun.

Penangan betul drama Korea ni, sampai 'demam' dibuatnya. Walaupun demam, masak tetap kena masak sebab ada orang tua dekat rumah. Kalau duduk sorang, memang sahih makan angin je depan laptop. Hahaha... Ini hasil masakan hari Ahad haritu. Nama dia sup ayam campak semua benda. Protein ada, fiber ada, karbo ada; lengkap satu hidangan. Bila dah bertambah umur ni, kalau nak buat sup mesti aku paksa diri untuk tumbuk bawang sebab bila ditumbuk, kuahnya akan lebih pekat dan sedap. Dulu-dulu, M nya besar sangat jadi bila buat sup bawang tu dihiris halus je. Hehehe..

Sup Ayam Campak Semua Benda

Cara nak masak, tumbuk bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam. Tenggek ayam atas dapur dan masukkan air sampai menutupi ayam dan hidupkan api. Bila nampak ayam dah suku masak, tambah air dan didihkan. Masukkan bawang tumbuk dan bancuhan rempah sup Adabi. Campak kentang dan biar sampai ayam masak dan kentang lembut. Kalau nak letak lobak merah, boleh campak sekali. Perasakan dengan garam dan letak sikit serbuk lada putih. Kacau-kacau dan tabur daun sup. Makan dengan nasi lembik dan sambal kicap. Sedap hoi! Lagi-lagi ceker tu. Tak pandai makan ceker, tak Jawa ye.

No comments: