Engagement Fund ;)

Saturday, 21 February 2015

Pernah Ada Hati

Bila masuk kumpulan membeli belah mak-mak, mulalah terhasut nak membeli sama. Maka bila tempahan Corelle, Pyrex, Corningware dan pelbagai lagi barang dapur dari Australia dibuka, terus gatal tangan tempah bakeware yang berwarna. Tempah pun sebab dia ada mangkuk saiz ramekin tu sekali dan harga pun RM 70 je jadi takdelah terasa sangat keluar duit banyak. Kira murah la bagi aku sebab mangkuk Borcam yang paling kecil pun harganya dah RM 30++; Target ni pulak RM 70 dapat satu mangkuk empat segi tepat besar + 4 ramekin. Murah...murah... Nah tengok gambar dulu...

Ambik gambar atas katil pun boleh...

ETA kontena adalah Disember haritu tapi sebab ada masalah, maka kontena sampai dekat akak Jolly Malaysia awal bulan ni. Maka bermulalah urusan untuk pengambilan dan membayar baki. Kalau baca blog mak-mak, korang kenal kot Makcik Rehan; Kak Rehan ni la taukenya. Waktu dia tunjuk barang aku, terus pening kepala sebab aku yakin  waktu tempah dulu hanya satu set tapi bila barang sampai jadi dua set pulak. Eh? Ikutkan rasa tamak, nak dua-dua. Bajet ada ka, bajet takde ka, aku akan adakan jugak. Muahahaha...

Bab-bab macam ni selalu aku tak pandai buat keputusan. Terpaksa roger crime partner untuk minta pandangan. Ada dua orang yang biasanya aku minta pendapat. Disebabkan yang sorang tu tak balas wasap, roger lagi sorang. Pung pang pung pang, dia kata ambik satu je la sebab benda sama kan? Dalam hati nak jawab; 'tak sama, saya pesan biru tapi dia bagi biru dan merah.' Kahkahkah... Dasar tamak! Tapi aku ikut cakap Kak Chik, ambik satu je la. Tak baik membazir.

Bila dah buat keputusan dan bagi tahu Kak Rehan, Kak Chik tanya aku; "Memang betul kan awak order satu je?" Aku jawab; " Betul, order satu je yang set warna biru. Tapi kan, waktu nak order tu memang dalam hati nak dua set. Dalam hati je la." Bagus tak jawapan? Hahaha... Kak Chik gelak dan cakap; "Patut la akak tu orderkan awak punya dua, sebab ada hati rupanya. Kahkahkah..."
Hebat tak hebat suara hati aku sampai boleh didengar walau tidak diluahkan. Kihkihkih... Sekarang dah cukup koleksi bakeware dengan saiz yang sempurna; dari kecil sampailah besar. Sudah sudahlah gatal tangan membeli ye. Siapa nak beli jugak, boleh cari Jolly Cotton dekat FB nun dan mintak nak masuk kumpulan. Macam-macam ada!

No comments: