Engagement Fund ;)

Wednesday, 25 February 2015

Restoran Haslinda Sim Abdullah Bangi

Cerita makan-makan yang ni hujung tahun lepas punya dan lokasinya pulak dekat Bangi. Abang Parhan nak belanja makan makanan Cina maka ke sinilah kami. Janjinya aku balik kerja je terus pergi tapi bila sampai rumah, ada yang baru nak mandi, ada yang masih mengadap laptop lagi, hangin dibuatnya. Aku ni dah la lapar sebab tak makan berat waktu tengahari, tahan je daripada nak membebel. Gedebuk gedebak, pukul 6 lebih juga baru gerak dari rumah. Maghrib dulu dekat Masjid Al-Hasanah baru gerak ke restoran. Tak jauh pun jarak masjid dengan restoran; dalam 5 minit kot. Tengok dulu antara menu-menu yang ada. Untuk maklumat lanjut, boleh ke website mereka.





Sebab masih terlalu awal, maka restoran masih kosong. Baguslah sebab boleh pilih meja best dan makanan pun cepat sampai. Disebabkan pertama kali ke restoran makanan Cina, tak tahu mana yang sedap dan besar mana saiz hidangan. Mujur tak ada orang lagi, maka kami pun membelek menu seperti membaca buku teks sejarah. Hahaha... Pelayan yang ambil pesanan pun ramah dan penyabar dimana itu adalah sifat wajib seorang pelayan restoran. Sambil tengok menu, sambil tanya dekat dia itu dan ini. Akhirnya inilah dia yang dipesan;

Butter Prawn

Salted Egg Squid

Dari atas kiri; telur dadar ada udang (tak tahu nama saintifik), Portuguese Style Chicken, bayam tumis (pun tak tahu nama saintifik), salted egg squid

Mango Style Deep Fried Fish

Bagi aku, harganya setimpal dengan saiz hidangan dan masakan pun sedap! Cumanya macam ada banyak aji kot sebab sepanjang perjalanan balik, berdenyut-denyut kepala. Bila umur dah meningkat ni, aku sensitif dengan pak aji; asal makan makanan yang banyak pak aji, mesti sakit kepala. Kalau dulu, okey je pun. Total damage malam tu tak tahu sebab orang belanja. Kalau bayar sendiri, sahih ada simpan resit sebab hobi aku kumpul resit. Hehehe...

Bahan atas ikan yang banyak berlebih... 

Selepas

Sesiapa yang nak cuba makanan Cina, boleh cuba datang sini sebab harga berpatutan dan masakan dia sedap. Kalau tak pasti nak pesan apa, tanya je dekat pelayan dia tau. Kalau tak nak ramai orang, datang awal sebaik saja selesai solat maghrib sebab kedai memang kosong. Kalau datang pukul 8.30 keatas, susah nak cari tempat duduk. Sekian, cerita tertunggak tahun lepas.

No comments: