Engagement Fund ;)

Thursday, 5 February 2015

Tarikh Ini, 15 Tahun yang Lalu...

Wah, tetiba jadi tak rajin balik nak menaip. Entri yang berderet haritu tu semuanya auto publish, itu yang nampak macam rajin nau si Farah ni mengarang. Hehehe... Disebabkan dah 'ter'masuk dalam dashboard, maka marilah taip satu entri mengenang zaman silam.

Tiap tahun, 5 Februari akan menjadi tarikh yang bermakna buat aku. Pada tarikh inilah 15 tahun yang lalu, aku memulakan hidup di dunia baru. Daripada hidup selesa dengan mak abah, kena hidup berdikari dekat asrama. Takdelah nak cuak sangat pun waktu daftar tu sebab ada abang sekolah situ jugak tapi cuak jugaklah. Sepanjang tiga tahun ulang alik ke situ, tak pernah sekalipun terfikir bahawa suatu hari nanti aku juga akan bersekolah di situ. Bila dapat surat tawaran, tak ada perasaan sangat pun.

Pagi nak mendaftar tu, aku ingat lagi aku kalut tinggalkan hadiah hari jadi untuk Abah atas meja kerja dia konon-konon nak bagi kejutan la sebab 5 Febuari juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Abah. Maka tarikh ini memang menjadi tarikh penting dalam hidupku.

Macam biasalah, bila sekolah asrama ni kena ikut orentasi. Alhamdulillah, kakak-kakak tingkatan 5 yang kendalikan orentasi kitorang tu semuanya berwawasan dan maju kehadapan sebab denda-denda yang diberikan semuanya denda berilmiah macam kena hafal surah-surah lazim, hafal ayat 1000 dinar, baca selawat syifa' ataupun baca selawat nur. Tak adalah kena cium tiang ke atau buat benda-benda tak berfaedah.

Waktu orentasi nilah nak kenal kawan-kawan dan kakak-kakak senior. Dah tak berapa nak ingat pulak kenangan orentasi ni tapi lebih kurang jelah dengan orentasi orang lain jugak kot. Daripada perkenalan aku dan mereka, persahabatan yang terjalin sudah pun berusia 15 tahun. Terlalu banyak memori yang kalau dikenang semula boleh buat aku ketawa, sedih, geram, marah mahupun sebak. Semoga persahabatan yang terjalin kekal selama-lamanya. Entri diakhiri dengan sekeping gambar sewaktu tingkatan 5, sekian.


2 comments:

han! said...

zaman muda innocent remaja. hiks. good ol memories.

Minesweeper said...

i like...