Engagement Fund ;)

Tuesday, 17 March 2015

Komitmen Baru

Cerita bermula pada Disember 2014. Ini kali pertama aku buat keputusan yang setakat ini terbesar komitmennya dalam hidup. Dengan keadaan kewangan yang masih tak stabil, macam-macam benda aku fikir sebelum memuktamadkan keputusan.

14.12.15, keputusan muktamad. Pandu uji dulu sebab sengaja nak merasa. Buat tempahan dan bagi dokumen-dokumen yang berkaitan. 22.12.2014, pinjaman lulus dan duduklah diam-diam tunggu kereta sampai. Bapak lama okey nak tunggu Taejang sampai! Sebabnya, aku nak warna hijau. Nak hijau, hijau jugak! Hahaha... Silalah tingkatkan kesabaran tunggu Sang Saka Hijau keluar dari kilang. Punya lama tunggu sampai malas dah nak tunggu.

28.01.2015, S bagi tahu nombor plat dah keluar. Mula-mula nak BNB sebab macam cantik pulak B dengan B tapi sebab dia buat lambat, dapat BNC. Itu pun S macam tak nak buat cepat-cepat sangat sebab dia kata kereta lambat lagi nak dapat. Tapi aku kata nak jugak sebab dah bayar 300 hengget kat dia kan? Tak dapatlah guna nombor Mrs. Kanc sebab kena bayar mahal. Kuasa pulak aku nak bayar banyak-banyak untuk berebut nombor kan?

27.02.2015, dapat panggilan dari S memaklumkan bahawa kereta ada tapi kena bayar deposit sebelum Februari berakhir. Buat lawak? Waktu tu aku dan keluarga sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru;  celah mana nak korek 2 ribu hengget dalam tempoh yang singkat? Duit untuk kereta ni memang aku asingkan dalam akaun lain yang tak ada kad, maka kalau nak keluarkan kena pergi kaunter.

S cakap kalau tak ambik yang ni, memang kena tunggu lagi lama. Aku malas nak sesak otak fikir celah mana nak cekau duit dalam masa beberapa jam tu, maka aku pasrah je cakap, "Takpe la kalau tak dapat sebab memang tak sempat nak uruskan dalam masa yang sangat singkat ni." Aku nak menikmati pemanduan ke JB dengan tenang maka lantakkan situ. Esoknya, S telefon cakap dia bayarkan dulu pakai duit dia untuk secure kereta. Dia dah bayarkan, aku bersyukur jelah. Hehehe...

Maka pada 2.3.2015, aku ke bank untuk tandatangan perjanjian. Serius tak suka pergi bank hari Isnin sebab sesak gila tapi sebab terpaksa, tahan je la. 2 jam lebih jugaklah aku bertapa dekat bank untuk urusan perjanjian dan keluarkan duit. Tapi tak bayar terus pun sebab petang tu ada mesyuarat maka berkejar balik pejabat balik. Selesai tandatangan perjanjian, S minta tempoh 7 hari bekerja untuk kereta sampai.

10.3.2015, dapat panggilan dari bank untuk buat advanced payment untuk bayaran bulanan yang pertama. Daripada beratur dekat bank, aku pilih untuk bagi duit tu pada S. Petangnya lepas kerja aku bayar advanced payment sekali dengan down payment. Kereta akan sampai pada hari Khamis kata dia.

Petang Rabu, 11.3.2015, S cakap dah boleh ambik kereta. Tapi sebab aku tak cakap dengan Abah lagi, maka aku tak bagi jawapan. Belum sempat bagi jawapan, S suruh datang esok je sebab dia ada kecemasan.

Annyonghasaeyo! 

Hari Khamis 12.3.2015, dari pagi perut geli; berdebar-debar nak dapat benda baru yang paling mahal setakat ni. Harta besar yang bukan sekadar benda. Perasaan waktu ni memang bercampur baur; tak dapat nak digambarkan. Sampai sana, S terangkan dulu pasal servis, penjagaan kereta dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Dah selesai, baru keluar periksa kereta berdasarkan senarai semak yang ada. Dalam pukul 10.43 pagi, selamatlah Taejang diserahkan pada aku.

Alhamdulillah, bertambah satu lagi rezeki, satu lagi amanah. Kalau ikutkan, tak nak terikat dengan komitmen yang begini selagi kewangan tak stabil tapi sebab ada perkara berkaitan Mrs. Kanc yang tak boleh nak diselesaikan dalam masa terdekat, maka aku gagahkan diri untuk berada dalam situasi ini. 

No comments: