Engagement Fund ;)

Sunday, 19 April 2015

Bukan Kedekut Okey!

Lepas kondangan semalam, ajak crime partner ke Jusco. Sebab macam dah lama gila tak ukur Jusco Bukit Tinggi tu dan nak beli toner yang dah nyawa-nyawa ikan. Terima kasih crime partner sebab tolong bawak ke sana. Mengikut bajet, aku nak beli toner yang 200ml JE tapi bila yang jaga kaunter tu super duper peramah sampai nak bagi tengok beza botol 200ml dan 400ml walhal aku dah tahu dah rupa dia cemana dan siap bagi tahu berapa hengget aku boleh jimat kalau beli 400ml, maka aku akhirnya membuat keputusan untuk beli yang 400ml.

 Kiri, 400ml; kanan 200ml

Itu pun lepas aku fikir dan fikir dan tengok Aten konon mintak pendapat la kan padahal dah tahu dah dia mesti suruh beli botol besar punya. Lepas fikir dan termakan umpan, tu yang buat keputusan beli botol besar terus. Jurujual tu cakap; "Botol kecil cuma tahan 3 bulan oo, you beli 400ml boleh tahan 6 bulan lor. Plus jimat lagi 30 ringgit." Aku senyum dulu sebelum jawab; "Eh, saya pakai satu botol ni boleh tahan sampai 6 bulan tau." Asalnya nak cakap tahan sampai setahun, tapi karang dia terkejut beruk sangat pulak. "Aiyo, 6 bulan ke? You guna sikit sangat ke? Jangan kedekut sangat lor." Ada ke dia cakap aku kedekut? Kadang tu sampai basah kapas tu sebab aku terlebih tuang. "Eh, tak adalah kedekut, cuma kadang saya pakai satu kali sehari je. Malam kadang saya tak pakai sebab malas." Hahahaha... Jujur aku cakap malas dekat dia. "Tak boleh lor itu macam." 

Waktu dia bawak keluar botol 400ml, aku tanya siap-siap expired date dia tahun bila sebab aku kan kedekut penjimat; botol 200ml pun boleh pakai setahun lebih sikit, kalau botol 400ml kang makan masa bertahun-tahun pulak kang. Dia kata kena guna dalam masa 5 tahun lepas tarikh pengeluaran. Botol pertama yang dia bawak keluar bertarikh keluaran 2012. Bila aku cakap takut tak sempat habis sebelum expired date, dia terus tukar batch keluaran 2014. Harga toner 3-step-skin care Clinique adalah RM89 untuk 200ml dan RM148 untuk 400ml.

Lepas tu dia kata, kalau aku beli barang bernilai RM160 dan keatas, boleh dapat tiga barang yang dipamerkan percuma. Ada full lipstick, eye-cream dengan even better lotion. Menggoda ko! Mula-mula macam nak abaikan je hasutan tu tapi tak kuat iman; gatal pergi tanya minyak wangi pulak. Sekali dia bawak keluar semua minyak wangi yang ada dan kasi cuba itu bau; takde la semua sebab Happy Heart dengan Happy aku dah tahu bau dia macam mana. Tadi ada Happy in Bloom, Calyx dengan satu lagi bauan terbaru, Aromatics. Happy in Bloom memang kesukaan sebab bau dia lembut je. Calyx tu macam menyengat dan Aromatics pun menyengat jugak tapi kurang sikit dari Calyx. Tapi kan, jurujual yang ini memang bapak peramah dan penyabar sampai aku tak sampai hati nak kata tak jadi beli padahal boleh je kalau tak nak beli kan.

Kiri, botol edisi 2013; kanan, botol edisi 2015

Yang lagi tak boleh blah, dia promosi Happy in Bloom tu kaw-kaw punya bila aku tak berapa nak tertarik dengan yang lagi dua tu. Dia cakap; "Kalau you tak nak yang ni(Calyx) dengan yang ni(Aromatics), you ambik Happy in Bloom. Ini hanya dijual dalam tempoh 3 bulan saja dalam setahun; plus botol dia cantik lor. Lepas tu setiap kaunter hanya dapat empat botol saja; very limited." Punya beria dia nak promosi tu, siap bagi tahu fakta lagi sampai aku dengan Aten kagum sebab biar betul cuma ada empat botol je? Tapi Happy in Bloom memang bermusim pun sebab lepas je Spring habis memang dah tak jumpa. Kiranya dia buat ni sempena musim bunga walaupun kat Malaysia tak ada empat musim. Aku pernah beli sekali yang edisi 2013. Cara dia nak tarik orang beli adalah untuk setiap edisi dia akan reka corak botol berlainan.

Dua benda yang berjaya dibeli

Ini dia benda alah percuma yang diberikan...sanggup!

Kesimpulannya, aku beli dua barang sebab nak cukupkan 160 hengget walaupun jumlah dua barang ni nak dekat 300 iaitu sekali ganda dari nilai minima yang ditetapkan untuk dapat barang percuma tu. Rugi ke untung? Ko pikirlah sendiri. Hahahaha... Bak kata Aten; "Mana ada barang harga 20 hengget untuk genapkan 160? Baik ko beli benda yang dah tentu ko akan guna." Gituuu... Dah selamat beli pun, guna jelah dengan gembira. Bukan selalu pun kan? *ayat nak sedapkan hati* Eh, tapi serius peramah tak boleh blah la jurujual tu, kalau orang yang biasa tu, tak berapa nak peramah sangat. Sebab dia ramah tu yang aku terlabur banyak. Cehhh...

No comments: