Engagement Fund ;)

Wednesday, 29 April 2015

Jemputan Walimah 2014; Muka Tak Siap

Sebelum cerita ni mereput, baik sudahkan karangan. Bila aku tengok balik jemputan-jemputan ke walimah untuk tahun lepas, baaaaaanyak lagi jemputan yang tak dapat aku penuhi rupanya. Zaman sekarang ni semua jemput dekat FB je; ada yang terlepas pandang, ada yang memang tak dapat nak pergi disebabkan hal-hal lain, ada juga yang tak sempat nak sampai ke tempat kejadian. Kalau jemputan tu hari Sabtu, memang jarang sangat dapat pergi sebab tahun lepas masih mengajar tuisyen lagi jadi memang tak sempat nak berkejar. Yang paling terkilan bila tak perasan langsung jemputan walimah teman serumah waktu praktikal dulu. Tak perasan sebab orang lain yang buat jemputan tu di FB dan aku pulak tak kawan dengan orang tu, jadi bila tuan badan jemput, dah suntuk sangat masanya. Satu lagi yang paling terkilan jugak adalah majlis teman sebilik waktu tahun asas di U dulu. Aku tak ingat pulak kenapa aku boleh tak pergi majlis dia.

Ada juga yang tak mesej tanya alamat ke apa, tiba-tiba dapat kad undangan. Terharu wei! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput kawan korang ni hadir ke majlis perkahwinan korang. Buat yang aku tak dapat nak hadir ke majlisnya, hanya doa yang mampu dikirimkan dari jauh. Bawah ni adalah undangan-undangan yang dapat dipenuhi.

Wani Jantraz - 1 Februari 2014 (Shah Alam)


Kenduri Wani ni ajak Za sekali sebelum dia berteman. Kiranya inilah pembukaan untuk 2014.

Farahin Zamri - 1 Jun 2014 (Jalan Kebun)

Tahun lepas, semua kembar nama dah selamat menamatkan zaman bujang dan ini adalah salah seorang. Dua-dua ni kawan sekolah menengah dulu dan diorang ni bercinta sejak zaman sekolah lagi, alhamdulillah panjang jodohnya. Dekat sini jumpa Kinah (bukan nama sebenar) dan kalau tengok gambar, tudung aku tak padan langsung dengan baju. Selebet je nampak sebab waktu tu ada tuisyen, maka tak rajin nak bersiap; sarung je apa yang ada.

Pana Lan - 1 Jun 2014 (KL)

Lepas dari kenduri Farahin Zamri, kitorang ke KL untuk kenduri Pana Lan. Pelamin dia serius cantik kebabom! Waktu sampai tu dah lewat pun tapi masih lagi dalam masa majlis. Makanan pun banyak lagi jadi kitorang makan dengan berselera sebab dah rasa lapar sikit sebab jaraknya jauh + sesat sikit. Dekat sini jumpa Ain Nuar pulak.

Baz - 30 Ogos 2014 (Batu Caves)

Yang ini haru sebab kitorang sampai, pengantin dah keluar pergi outdoor photoshoot. Tapi takpe, yang penting sampai dan ambik gambar kenangan dengan kawan-kawan lain yang ditemui walaupun tanpa pengantin. Mahap Dyaz, terpaksa letak gambar dengan mata awok tertutup ni sebab gambar ni je orang lain cantik. Hehehe...

Faien - 31 Ogos 2014 (Taman Melawati)




Ini satu lagi kembar nama tapi dia dikenali waktu di universiti. Kawan merajuk, kawan buat kerja gila, dan juga kawan serumah. Patutnya kitorang buat perjumpaan semula geng serumah dekat sini tapi tak cukup korum pulak. Mana yang ada jelah. Dekat sini lagi naik sheikh ambik gambar sebab adik manis yang pakai cermin mata tu memang gila kamera. Siap buat pelamin tu macam pelamin kitorang. Heeeee.... Terima kasih Faien sebab jemput akak dan sporting pada hari tersebut. Semoga dapat berjumpa lagi macam tahun-tahun lepas. Aku datang dengan Kak Chik dan waktu nak balik tu, Kak Chik cakap; "Kenapa muka awak tak siap harini?" Sebabnya aku tak lilit selendang macam selalu Kak Chik cakap aku tak siap. Hahaha... Malas sebab keluar rumah dua hari berturut-turut; tak sempat nak fikir untuk melilit.

Pana Mie - 14 September 2014 (Tanjung Sepat)

Ini dekat kenduri belah lelaki. Aku tak ingat kenapa aku tak dapat pergi kenduri belah perempuan. Disebabkan mertua Pana Mie ni Jawa, maka memang meriah sungguh kenduri ni. Makanan semua memang kena sangat dengan selera kami yang merupakan Jawa ni. Siap bertambah ko! Eh, tercakap pulak...

Husna Asri - 14 September 2014 (Bangi)


Lepas dari kenduri Pana Mie, terus ke Bangi untuk kenduri Cuna pulak. Kitorang sampai dah lewat dan orang katering pun dah kemas-kemas dah. Waktu sampai pengantin tengah solat tak silap jadi tak sempat jumpa. Lepas makan dan salam dengan mak Cuna, kitorang naik atas untuk solat zuhur dan bila turun, terserempak dengan Cuna. Dapat jugak jumpa pengantin walaupun tak sempat bergambar. 

Rinie Salwa[Sepupu] - 12 & 13 Disember 2014 (Klang)


Ini kenduri sepupu rapat pulak. Nikahnya hari Jumaat dan majlisnya hari Sabtu. Sebab dia guna katering, maka takdelah nak kena rewang sangat. Sekadar datang dan bantulah mana yang patut. Untuk majlis belah lelaki, kena tunggu nanti-nanti.

Umairah - 20 Disember 2014 (Bangi)


Penutup kenduri tahun 2014 adalah majlis Maira. Kitorang satu sekolah sampai tingkatan 3 je tapi boleh dikira rapat jugalah sepanjang 3 tahun tu sampai mak dia masih kenal lagi muka kitorang.

Setakat inilah saja laporan kehadiran walimah tahun 2014. Terima kasih kerana menjemput, buat yang menjemput tapi aku tak dapat nak hadir, minta maaf banyak-banyak. Laporan kehadiran walimah tahun 2015 akan menyusul nanti; nanti yang tak tahu bila. Hahahaha... Jemputan pun dah berkurang la sebab semua dah kahwin, tukang lapor je yang sibuk pergi kenduri kahwin orang sampai tak kahwin-kahwin lagi. Sekarang ni bila orang tanya bila nak kahwin, malas nak jawab panjang-panjang. Aku jawab je "Bila sampai masanya." Kalau nak tanya, pastikan korang tak tanya kosong ok! Ingat, jodoh tu Allah yang tentukan.

No comments: