Engagement Fund ;)

Thursday, 16 April 2015

Lagu Korea Kegemaran

Menjak dua menjak ni, semedang perkataan Korea muncul dalam blog. Kali ni nak borak pasal lagu kegemaran. Bila cakap pasal K-Pop, aku tak reti nak taksub sampai kena tampal poster mereka dalam bilik; nak kena bebel dengan Ustaz Mispul? Setakat Google je la tengok rupa cemana pasal merdunya suara yang nyanyi ni, hensem ke tidak? Cun ke tidak? Gituuu...

Lagu pun pilih-pilih jugak; lagu rancak tak minat sangat dan biasanya cuma dengar OST je. Satu geng la dengan Radin sebab dia pun dengar lagu OST je jugak. Bila dengar OST, ada terlekat dengan beberapa penyanyi yang suaranya daebak! Setakat ni minat terlekat dengan Gummy, Ailee, K.Will dan Sung Si Kyung.

Memula dengar suara Gummy dari OST Daemul lepas tu ada satu lagi dia nyanyi untuk OST The Master's Sun tak silap. Suara dia jenis tinggi dan bergetar. Lebih kurang Ailee jugak yang boleh tahan bila tarik suara. Ailee pulak mula-mula dengar OST Secret Love, lepas tu terlekat dengan OST Fated to Love You.

Kalau yang lelaki, suka dengar K.Will dengan Sung Si Kyung. Dua-dua jenis suara rendah yang tersekat nafas dekat kerongkong. Bila suara rendah, lagu pun sayu-sayu je la kan. Memula dengar suara K.Will dari OST Daemul. Lepas tu ada lagi beberapa drama tapi tak ingat pulak. Terbaru ni, OST dari Doctor Stranger. Baru tak barulah sebab drama tu dah lama, aku je yang baru tengok. Sung Si Kyung pulak aku kenal dari Secret Garden menerusi lagu You Are My Spring kot tajuk dia. Lepas tu bila dengar satu lagu dalam My Love From the Star, terus terdetik ' Eh, ni macam suara Sung Si Kyung ni.' Memang pun.

Maka sekarang ni sambil buat kerja, sambil dengar lagu Korea jelah ulang-ulang hari-hari pun takde hal. OST lain layan jugak cuma empat orang ni la yang jadi kesukaan.
Install Winamp dalam PC pejabat sebab Media Player tak boleh nak ulang satu lagu banyak kali

2 comments:

Amirah Su'aidah said...

sama...bila tengok drama korea, ost dia best terus search kat youtube.. pastu ulang la berkali-kali pun tak bosan

farae al-farafisya said...

Kan? bukan setakat hadap kat youtube je, terus download buat koleksi...hehehe