Engagement Fund ;)

Monday, 27 April 2015

Tak Payah Nak Biru Sangat!

Alhamdulillah pagi ni senang jugaklah nak bangkit dari katil walaupun tak minum ephyra malam tadi. Biasalah, bila dah tergolek atas katil, memang takde dah nak pergi dapur. Mujurlah baju dah gosok siap-siap lepas maghrib semalam, kalau tak, ada jugak yang EL harini. Hehehe...

Tengah hari tadi keluar ke pekan nak cucuk duit tapi semua mesin atm dekat bank tu boleh pulak tak berfungsi? Monday blues juga kah? Nasib baik kali ni aku fikir waras sikit dimana aku masuk je dalam isi borang dan keluarkan duit dari kaunter. Memang jadi waras sebab dalam dompet tinggal resit je, duitnya dah takde. Nasib baik jugaklah aku ada simpan slip lama yang ada tulis nombor akaun, kalau tak terpaksa jugak bayar 11 sen dekat bank lain.

Waktu nak solat zuhur tadi, saja korek telinga pakai putik kapas sebab terasa sangat tak selesa. Lepas kejadian telinga tersumbat dan ada sikit jangkitan, memang sensitif gila bab telinga ni. Belah kiri dah okey, belah kanan masih tak berapa okey; malam-malam pun automatik aku terjaga bila tekanan dalam telinga tak seimbang. Terjaga bukan sekali, tapi sampai berkali-kali. Fobia ke apa ni? Tu yang masa terjun tasik kelmarin aku kecoh kemain tak nak menyelam sebab kang air masuk telinga. Dalam pada berhati-hati, ada jugaklah air yang masuk. Bila tarik keluar putik kapas tadi, ada darah pulak. Ah, sudah... Macam kena ke klinik balik ni.

Entri Isnin Biru disudahi dengan gambar mangga muda bersama kuah rojak segera. Cerita-cerita tertunggak dan juga cerita kem, esok-esok aku taip sebab macam tak lalu nak hadap laptop malam ni.

No comments: