Engagement Fund ;)

Saturday, 30 May 2015

Asal Boleh...

Minggu ni minggu sibuk dan stress dan tension. Dah hujung sem ni, semua nak kena cepat aje dan azam sem lepas tak tercapai pun. Bila stress, benda kecil pun boleh buat mood berpusing habis dan akhirnya satu hari tu mood ke laut. Paling kecik hati petang tadi la bila aku tolong orang tu tapi orang tu buat pandai je tak ambik kisah pun? Boleh buat tak dengar sambung borak bukan hal kerja tu daripada buat kerja? Memang takdelah aku nak tolong dah lepas ni. Sentap ok! Biarlah telefon tu bunyi macam nak pecah pun, takkan ku angkat lagi. Pasal minggu sibuk pulak sebab jadual padat dari Isnin sampai hari ni.

Cerita dimulakan dengan awal minggu. Hari Isnin macam biasa, sibuk uruskan bahan P&P untuk kelas hari Selasa dan Rabu. Petang tuisyen dan malamnya melantak chicken chop dengan crime partner.

Hari Selasa ni yang penat. Paginya tanda kertas tugasan budak-budak ni, petangnya kelas dan pukul 5.30 main rounders peringkat akhir. Cerita rounders tu kena entri khas sebab dapat johan. Habis main dah dekat pukul 7, sampai rumah pukul 7 lebih. Rehat kejap bagi peluh kering, mandi dan solat dan keluar untuk tuisyen. Kak Ijan minta tolong ganti kelas sejarah untuk tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Pergh, nota baru dapat semalam, dengan banyak benda nak kena fikir, memang tak cemerlang prestasi aku dalam kelas malam tu. Sampai rumah pukul 10 lebih dan makan nasi sebab laporrrr. Nasi panas yang lembik sikit gaul dengan sambal taon yang aku beli dekat Saie, memang tahan jelah nafsu ni daripada menambah nasi.

Hari Rabu ada kelas tiga slot termasuk untuk ujian. Stress jugak ni sebab dah kata ujian, mana boleh bercakap? Hangin je haku dengan budak-budak ni. Pulak tu buat ujian dalam perpustakaan dan gabung kelas dari bidang IT dan CAD, makan hati jelah dengan perangai tak makan saman diorang.

Hari Khamis ada sambutan hari guru dan semua sambutan yang tak disambut lagi, sekali dengan hari kecemerlangan. Walaupun jadi penonton, penat jugaklah duduk dan beri tumpuan. Kertas yang berlambak-lambak tak bertanda lagi tu, penyebab stress jugak.

Hari ni, semangat nak derma darah dekat Pusat Angkasa. Ingat nak pergi derma lepas tu nak balik tapi budak-budak tu tak ada yang pantau pulak. Tunggu jugaklah sampai tengah hari. Paling seronok sekali bila tak layak jugak nak derma darah sebab HB rendah lagi; 12. 1 je. Sobsobsob.... Kecewa dan penat isi borang dia yang banyak nau benda nak kena tanda tu. Jadi dekat sana buat apa je? Dapatlah tengok tayangan 3D dan beli novel yang ditunggu-tunggu kemunculannya dari awal tahun haritu lagi iaitu Kimchi Untuk Awak. Sebut pasal kimchi, tak menyempat nak buat kimchi untuk stok bulan puasa. Rindu hoih nak makan kimchi buatan sendiri. Maka berakhir sudah entri tak berapa ada faedah ni dan saya akhiri dengan gambar novel KUA.

No comments: