Engagement Fund ;)

Wednesday, 6 May 2015

Berprogram di Tengah Hutan - Episod 1

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, pada tarikh 24 hingga 26 April yang lepas, aku telah dipilih untuk menjadi pengiring bagi Kem Kepimpinan dan Motivasi untuk MPP dan Belia India. Disebabkan jadi pengiring, maka aku dengan berbesar hati menerima tawaran tersebut. Kalau kena jadi peserta, aku fikir 80 kali dulu sebab aktiviti yang namanya khemah atau kem ni memang bukan kegemaran sejak dari dulu lagi. Waktu sekolah dulu, selagi boleh ngelat, selagi tu aku ngelat. Elok pulak dapat unit beruniform lasak iaitu Kadet Bomba, masaklah cari alasan tak nak pergi. Sekali je aku pergi perkhemahan dengan kadet bomba; yang lain-lain, selamat. Kihkihkih...

Program kali ni adalah diuruskan sepenuhnya oleh konsultan luar maka kami hanya memantau keadaan sahaja. Bertolak dari Banting dalam 10.30 jugak kot dan sampai di Melaka agak awal iaitu sebelum jam 12.00. Tak pernah sampai pun lagi kem yang bernama Sedanan Outdoor Camp ni tapi waktu Google dia kata kem ni berada di dalam Taman Negeri Melaka. Ingatkan taman negeri yang dekat dengan zoo tu, rupanya dekat kawasan nak ke Selandar nun. Pemandu bas pun tak tahu tempat, maka Pengurus Kem telah 'menjemput' kami dan bawa kami ke kem tersebut. Memang kawasan hutan betul kem ni sampai liputan talian telefon pun tak dapat. Aku guna Celcom dan Maxis, dua-dua sengal! Celcom tu kadang-kadang dapat jugak la tapi hazabedah dia punya sendu! Pengurus kem pun dah cakap awal-awal bahawa liputan memang hazabedah; kalau nak laju kena daki bukit atau berkayak ke hujung tasik nun. Tapi kan, kenapa telefon cap Asus dengan Lenovo boleh dapat liputan? Musykil haku.



Pintu depan chlaet, katil asrama, bilik mandi + tandas-yang-kecik-tak-boleh-blah, almari untuk gantung baju. Sebelah kawasan almari tu ada macam ruang dapur la tapi cuma ada sinki

Berdasarkan rupa binaan di kem tersebut, aku simpulkan bahawa kem ni masih baru. Rasanya untuk program dengan peserta yang ramai tak berapa sesuai nak buat di sini sebab tempatnya terhad; hanya ada satu dorm untuk lelaki dan satu dorm untuk perempuan dan juga dua buah chalet. Dorm tu aku lupa pulak boleh muat berapa orang tapi chalet boleh muat empat orang. Rupa dorm pun tak tahu sebab tak pergi tengok tapi chalet yang kitorang duduk tu bersih dan selesa; ada air-cond lagi! Sampai je kami diberi taklimat ringkas sebelum dijamu dengan hidangan tengah hari. Makan pakai tray dan makanan sedap! Bak kata budak-budak ni, lagi sedap dari makanan dewan makan. Apapelah korang, yang penting saya dapat makan.
Menu hari pertama; nasi putih + ikan sambal + tauge masak lemak + pisang


Aktiviti bermula selepas kaum lelaki selesai solat Jumaat; kurang lebih 2.30 petang. Macam biasa, aktiviti pertama adalah sesi taaruf atau ice-breaking. Semua aktiviti dibuat di dewan terbuka. Sebelum sesi taaruf, para peserta diberikan borang untuk diisi; isi dalam dia ala-ala kebenaran dan kerelaan untuk sertai semua aktiviti yang dijalankan. Lepas tu, ada sedikit taklimat peraturan sepanjang kem dan kemudian bermulalah sesi taaruf dengan slot pertama iaitu Kapal Karam. Mereka diberikan situasi dimana mereka berada di dalam sebuah kapal yang akan karam tetapi hanya beberapa orang sahaja yang boleh selamatkan diri. Jadi, setiap orang kena datang dan jumpa kapten kapal serta beritahu sebab musabab paling kukuh dan logik mengapa dia layak untuk diselamatkan. Waktu ni memang lawak tak boleh blah, macam-macam sebab keluar, macam-macam gaya muncul.


Taklimat dari 'kapten kapal'

Saat untuk menyelamatkan diri pun bermula....mangsa pertama yang tampil

Mengumpul kekuatan dan mencari idea untuk menyelamatkan diri

Mangsa ketiga yang tampil; sampai mengesot gara-gara nak meyakinkan si kapten

'Kapten' kena serang dengan mangsa-mangsa yang terdesak untuk hidup...hehehe

Selepas beberapa minit, tak sampai separuh pun yang terselamat. Mangsa-mangsa yang terkorban kemudian diarahkan untuk duduk dalam bulatan sambil dikelilingi oleh mangsa-mangsa yang terpilih untuk diselamatkan. Setiap mangsa yang terpilih diberikan tiga batang straw dan mereka perlu beri straw-straw tersebut kepada 3 orang yang dirasakan paling layak untuk diberi keutamaan diselamatkan. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) diri masing-masing seterusnya memilih ketua dan penolong untuk mengepalai para peserta sepanjang program. Program diteruskan dengan aktiviti-aktiviti untuk merapatkan lagi jurang komunikasi di antara peserta. Layan gambar je okey.

Yang berjaya menjadi calon untuk diselamatkan

Sesi pembahagian straw

Dah stress sebab tak terselamat tadi, mari buat senaman muka. Peraturan dia adalah, getah yang disangkut pada hidung-bawah-telinga itu perlu digerakkan ke leher hanya dengan menggunakan mimik muka sahaja. Sentuhan tangan tidak dibenarkan!

Pindahkan getah dengan straw

Sayaaaang kawan saya

Bersatu, bercerai, roboh...eh, itu modul kem i Rakan kat Janda Baik pada tahun 2006. Lebih kurang macam tu jugaklah, semua orang kena bekerjasama untuk laksanakan arahan dengan pantas.

Selepas tamat sesi taaruf, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Macam biasa, bila dah dapat kumpulan, kena lantik ketua lepas tu kena bagi nama dan kena cipta war cry serta pengenalan kumpulan. Pengalaman aku pergi kem sebelum-sebelum ni, untuk pengenalan kumpulan mesti kena buat bendera. Kali ni bukan bendera, tapi t-shirt. Setiap kumpulan dapat sehelai t-shirt putih dan crayon dan buatlah apa yang patut dekat t-shirt tu.


Malamnya, bermulalah aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti pertama dinamakan 'Kertas Hasad' dimana setiap kumpulan diberikan sehelai kertas surat khabar dan mereka perlu mengoyakkan kertas tersebut kepada bilangan yang telah ditetapkan; dari 5 bahagian sampailah ke 72 bahagian. Hasil koyakan diberikan kepada kumpulan lain untuk dicantum semula; kurang lebih macam jigsaw puzzle. Bila kena koyak sampai jadi puluh-puluh cebisan, dah macam nak buat kolaj dah gayanya. Objektifnya adalah untuk melatih mentaliti supaya tidak dengki dengan orang lain - ni ayat karangan sendiri ye, ayat saintifik yang jurulatih tu bagi dah tak ingat. Hehehe...




Aktiviti lepas tu nama dia macam Betul Salah Betul Salah, kalau tak silap la ye. Tak susah tapi kena fokus sebab diorang kena bergerak ikut arahan yang diberikan oleh jurulatih. Ini aktiviti kumpulan jugak dimana setiap kumpulan kena beratur macam keretapi, mengikut jantina. Lepas tu, melompatlah ikut arahan jurulatih. Contohnya jurulatih punya arahan adalah "Betul betul salah betul salah." Jadi, bila jurulatih cakap "Kiri!" kena lompat ke kiri. "Belakang!", kena lompat ke belakang. "Depan!", kena lompat ke belakang jugak. Gituuu... Dah penat melompat, diorang kena bincang untuk pembahagian tugas; siapa jadi biro keselamatan, siapa kena pantau disiplin, dan sebagainya.

Ni je gambar yang ada sebab lepas tu aku rakam video

Pemantau? Balik chalet tidur. Dekat pukul 12 jugaklah habis aktiviti. Malam tu tak berapa boleh tidur sangat sebab kemain banyak bunyi pelik kedengaran. Aku ingat aku sorang je tak boleh tidur, rupanya yang lain-lain pun sama. Biasalah, tempat tak ada penghuni, bila ada penghuni, 'dia' nak taaruf juga. Seram jugaklah dengar anjing menyalak tengah malam buta dekat tengah hutan. Kak R dengan Kak D lagi la dengar bunyi mencakar dekat pintu belakang. Hat tu aku tak dengar sebab kebetulan terlelap kot. Cerita hari kedua disambung kemudian.

No comments: