Engagement Fund ;)

Monday, 25 May 2015

Berprogram di Tengah Hutan - Episod 2

Sebelum terlupa, aku sambung catatan kem kepimpinan pada hari kedua. Pagi tu bangun awal jugaklah sebab masing-masing tak dapat tidur kan. Mandi dan bersiap semua, terus pergi makan. Waktu kitorang makan, budak-budak semua dah siap makan; tinggal AJK Makan je yang tinggal dekat tempat makan tu. Terbaiklah budak-budak ni sebab dah siap tuang air dan simpankan makanan untuk kitorang. *tepuk tangan* Lepas makan pulak, siap basuhkan tray dan cawan lagi, rasa bersalah dibuatnya. Hehehe...

Habis makan, terus ke kawasan lapang untuk aktiviti sukaneka. Permainan ini dinamakan sebagai Volley Ballon; ala-ala bola tampar gitu tapi guna belon berisi air dan tuala. Cara dia, setiap orang dalam kumpulan akan berpasangan dan kena pegang satu tuala. Belon akan dilantunkan ke pasukan lawan menggunakan tuala dan pasukan lawan kena sambut dengan tuala jugak. Barang siapa yang menyambut belon dengan tangan, dikira batal. Yang main dah tentulah penat fikir strategi dan penat melaksanakan strategi yang dirancang; yang tak main ni penat gelak je sebab memang lawak; nak-nak pengadil merangkap pengulas memberikan ulasan-ulasan yang sengal dan mengundang ketawa. Dalam gambar tak nampak la lawaknya tu tapi bila tengok rakaman, memang tak berhenti ketawa. Nah layan gambar perlawanan Volley Ballon ni.







Lepas main volley ballon, ada aktiviti ketangkasan sikit di mana semua orang kena peka dan cepat dengar arahan


3 orang yang tidak berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi..ini paling lawak sekali dan kena tengok video baru gelak berdekah-dekah...heeee

Dah selesai Volley Ballon, sambung ke aktiviti air pulak. Inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu tapi sebelum masuk air, kena panaskan badan, sediakan minda, cekalkan hati dulu atas darat. Ini aktiviti yang dibuat oleh jurulatih untuk melatih budak-budak ni supaya sentiasa berkerja dan bergerak dalam kumpulan walau apa pun yang terjadi.
Ambik gambar ramai-ramai sekeping

Angkatlah sampai belakang

Lumba pindahkan air dari gelas ke gelas dimana semua gelas mesti berisi air dipenghujung aktiviti

Cara berkayak yang betul; tangan mesti hujung pendayung dan badan kena bongkok setiap kali pendayung dihayun


Bila pendayung ditegakkan, maknanya semua kayak kena berkumpul

Habis aktiviti, taklimat dari jurulatih tentang penggunaan buoyancy jacket dan juga isyarat yang perlu difahami ketika berkayak serta cara berkayak yang betul. Walaupun aku bersungguh-sungguh dengar jugak taklimat tu, tapi waktu berkayak tu asyik berpusing-pusing tempat sama je. Hahaha... Selesai taklimat, bermulalah aktiviti air pertama iaitu water confidence. Aktiviti inilah yang pernah aku buat waktu kem persediaan sebelum jadi fasilitator minggu orentasi tahun 2008 dulu. Dahlah tak reti berenang, takut air pulak tu, memang masaklah ahli kumpulan aku dulu. Kali ni sebab aku tengok je dari jeti, maka kemain bersungguh-sunggh bagi galakan dan kata semangat kepada mereka yang macam yours truly ni. Hahaha.. Atas darat boleh la nak bagi galakan bagai, cuba masuk air tengok? Sama takut jugak dengan diorang tu. Hehehe..



Habis water confidence, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan; satu kumpulan pergi berkayak dan satu kumpulan lagi buat lake crossing. Sementara orang lain buat lake crossing, aku dengan Kak R pergi berkayak dulu sebab ada dua kayak single jadi bergilir dengan Kak E dan Kak D nanti. Kerja-kerja memasukkan kayak dalam air budak-budak lelaki yang buat. Waktu aku nak masuk dalam kayak pun diorang tolong; tolong tahan kayak supaya kekal statik jelah. Dekat sini dah mula drama dah; "Kamu tahan jangan bagi bergerak tau!" Cuak punya pasal, habis semua orang berenang dekat kayak aku. "Ye Miss, kitorang tahan dah ni." Dah masuk dalam kayak, tak gerak ke depan pulak, asyik berpusing je kat situ. Sekali lagi diorang ajarkan nak buat cemana. Waktu simulasi kayak atas darat tadi kemain senang rasanya, bila dah pegang dayung dia, eh susah pulak? Lama-lama berjaya jugak sampai ke tengah.


Mulanya aku tak nak terjun tasik buat lake crossing ni sebab telinga masih tak berapa okey lagi, takut masuk air kang susah pulak. Tapi bila tengok semua orang terjun tasik dan kemain seronok lagi budak-budak ni ulang alik rentas tasik, tak boleh jadi ni; kena jugak terjun. Waktu nak terjun dalam tasik ni yang ambik masa kemain lama nak bertenang sebab takut air. Tadi kemain bagi kata-kata semangat dekat budak-budak tu, sekarang ni budak-budak tu yang bagi kata-kata semangat kat aku dari dalam air. "Takpe miss, turun perlahan-lahan." "Ok miss, turunkan kaki dulu, tangan paut dekat kayu." "Boleh miss, saya tunggu kat sini." Kahkahkahkah.... Bagus budak-budak ni punya kata-kata semangat. Dah terjun tu, tak gerak-gerak dari pautan kayu sebab tak pandai imbang badan lagi. Cara imbang badan tak nak kasi tenggelam, cara nak berenang, cara nak terapung, semua budak-budak tu yang ajar. Dapatlah jugak terapung dan merentas tasik tu satu pusingan. Terima kasih awak semua yang ajar saya haritu.



Dah puas berendam semua, kenalah naik dan bersihkan badan. Balik chalet, mandi dan tukar baju, tunggu zuhur dan tidurlah kejap sebelum aktiviti seterusnya pada 2.30 petang. Yang itu sambung di episod seterusnyalah ye.

No comments: