Engagement Fund ;)

Sunday, 24 May 2015

Macam-macam

Hujung minggu ni patutnya ada jemputan kenduri yang perlu dipenuhi tapi sebab ramai orang tak sihat dalam rumah ni maka tak pergi mana-mana sudahnya kecuali ke pekan. Hari Jumaat petang, macam ternampak banner tentang kempen derma darah di Hospital Banting tapi tak jelas sangat. Tapi malamnya tetaplah tidur awal sebab cuba jelah tengok esok; kalau ada, kita derma, kalau takde kita balik. Semangat la malam tu tidur macam hari kerja dan minum ephyra sebab kadang-kadang malas nak bancuh kan. Paginya pulak bangun subuh pastu tidur balik; kena cukup tidur kekdahnya.

Sarapan pulak tak minum kopi pun tapi ganti dengan tamar koko sebab air bercoklat boleh menambahkan darah (ye ke?). Siap hirup pati delima lagi sebab takut hb rendah. Waktu tengah bersiap, masuk mesej dalam Wasap Kutu Gaji; Pn. S ajak datang sebab memang ada derma darah pun. Sampai sana, cari tempat derma darah tu dan teruslah mendaftar. Waktu nak periksa HB ni yang berdebar. Dah cucuk jari, sedut darah sikit untuk diuji dan tak lama tu dia cakap; "Maaflah, hari ni tak boleh derma sebab HB 12.4. Kalau 12.5 baru kita benarkan." Aigoo, beza 0.1 je punnn. Ni yang malas bila dia uji guna mesin sebab bacaannya jadi sangat tepat. Kecewaaaaa.... Takpe, Jumaat depan boleh cuba lagi dekat Pusat Angkasa.

Dari hospital, terus tapau lauk siap-siap dan sampai rumah masak nasi je. Sementara tunggu nasi masak, pergilah jolok buah mangga depan rumah. Sangat betul rasanya bila banyak yang membusuk. Disebabkan jolok sorang-sorang, maka tak dapat banyak sangat sebab tak berapa nak tinggi. Hehehe... Habis menjolok, kepala dah mula berpusing dan berdenyut; bahana mendongak terlalu lama. Petang tu makin dahsyat pulak denyutannya maka tidurlah kejap dengan harapan sakit kepala akan hilang. Lepas bangun, makin menjadi pulak denyutannya. Ni sebab tak minum kopi ke pagi tadi? Okeylah, lepas maghrib aku bancuh kopi sebab selalunya bila minum kopi dia hilang.

Malangnya lepas minum kopi 3 in 1 Agromas, makin menjadi-jadi pulak sakitnya sampai muntah. Pusingan pertama memang muntah kopi jelah. Lepas tu muntah lagi sampai keluar isi perut. Lepas tu muntah lagi dan lagi sampai tak keluar menda dah. Sahihlah migrain ni sebab dengan denyutan yang menjadi-jadi belah kanan dan tak boleh langsung tengok skrin telefon dan laptop, cahaya lampu apatah lagi; ini petanda migrain tahap kritikal. Bunyi orang mengunyah makanan pun boleh jadi amukan waktu-waktu macam ni.

Kalau migrain biasa takdelah sampai muntah. Kali terakhir kena migrain kritikal ni waktu kat U dulu kot. Memang sakit hoi! Bila muntah je, sakit tu lega sikit tapi kejap jelah lepas tu berdenyut balik. Kerjanya malam tadi keluar masuk bilik air sampai tak sedar tertidur. Disebabkan aku tak simpan ubat, bertabahlah tahan sakit dengan sapuan minyak angin yang tak berkesan sangat pun. Hari ni seharian tidur sampai kepala dah ringan. Tu jelah nak cerita.

No comments: